Cerita tentang segelintir peminat wanita yang kecewa apabila Remy Ishak bernikah masih belum berakhir. Pelbagai jenis video dimuat naik oleh peminat dalam media sosial bagi mengekspresikan kekecewaan mereka.
Paling menarik perhatian ialah perkongsian seorang wanita yang berlakon seperti meneguk cecair peluntur pakaian dan memadam nama Remy yang tertulis di atas kek. “Selamat tinggal pujaan hati dinda,” tulis pemilik akaun TikTok, Hannan Mubarak . Media sosial juga dibanjiri dengan luahan rasa kecewa peminat. Ada yang reda dan ‘harapan’ mereka kini teralih arah kepada Zul Ariffin. Berita perkahwinan Remy juga tular sehingga nama aktor itu sohor kini dalam Twitter selama dua hari.
Kemuncak sensasi pernikahan Remy ditambah dengan pemberian beberapa bungkusan hadiah istimewa daripada Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Namun hadiah berkenaan masih menjadi tanda-tanya apabila dia masih belum berkongsi mengenainya kepada umum. -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT