CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Kantoi Bila Sorok- Nabil Mahir, Ayda Jebat Umum Jantina Anak

28-8-2021 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1016| Komen: 5

Pasangan selebriti popular Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir mendedahkan jantina bayi mereka yang bakal dilahirkan sekitar penghujung bulan depan ialah perempuan.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi sebuah video berdurasi lebih tujuh minit yang dimuat naik dalam saluran YouTube, Wuvv Show.

Perkongsian berita gembira itu turut disaksikan anggota keluarga mereka di rumah termasuk teman-teman rapat secara dalam talian.


Foto: IG

“Saya lega sebenarnya selepas memberitahu keluarga tentang jantina anak kami kerana sudah lama saya dan isteri menyimpan rahsia ini. Kalau di rumah, apa-apa barang yang kami beli untuk bayi, kami akan sorok dalam bilik.

“Takut juga bila ‘kantoi’ nanti. Tapi alhamdulillah, akhirnya kami membuat pengumuman sekitar dua hari lalu dan keluarga sangat gembira apabila mengetahui anak kami nanti adalah perempuan,” kata Nabil.



Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat, 29, ketika ditemu bual Kosmo! Online secara dalam talian turut memberitahu bahawa dia akan menjalani proses bersalin secara pembedahan Caesarean Section (C-Sect).

“Saya memilih untuk bersalin secara pembedahan. Sebenarnya tiada sebab apa pun, cuma saya memang ingin bersalin secara pembedahan selepas disahkan hamil.

“Doktor pun ada tanya dan saya tetap beri jawapan saya. Tak ada alasan. Yang penting, bayi sihat, saya pun sihat,” katanya.



Awalnya pelantun Parah Parah itu dijadualkan bersalin pada 8 Oktober nanti, namun disebabkan dia memilih untuk bersalin secara pembedahan, proses kelahiran akan dilakukan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Disoal tentang nama pilihan untuk permata hatinya, Ayda dan Nabil telah mempunyai beberapa pilihan, namun masih belum membuat sebarang keputusan muktamad.




“Sepatutnya dah kena pilih nama anak. Tapi kami masih belum tahu lagi nama apa nak letak. Selalunya orang akan gabungkan nama suami isteri, tapi kami tidak. Belum ada sebarang keputusan nanti.

“Tapi yang pasti, nama anak kami nanti akan membawa makna yang baik-baik,” ujarnya.

Sekadar info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Nabil pada 1 Januari lalu di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di ibu negara selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote julia5094 29-8-2021 04:15 PM
[quote]mawarkhayalan99: aj pakai braces ke chuols[/quota
Veneer tu..pelik sikit kan..
Quote spicygirl3 29-8-2021 03:29 AM
Wish them all the best
Quote spicygirl3 29-8-2021 03:29 AM
Wish them all the best
Quote mawarkhayalan99 28-8-2021 02:19 PM
aj pakai braces ke chuols
Quote LadyCarefree 28-8-2021 12:09 PM
Laki tu kenapa hairline rambutnya pelik

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.029351 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top