CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bertatu Takut Nak Cucuk Vaksin, Kena Dipegang Beramai-Ramai

28-8-2021 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4244| Komen: 31

Seorang lelaki yang bertatu rupa-rupanya takut untuk disuntik vaksin Covid-19.

Ia dirakam dalam di pusat pemberian vaksin di  Wonogiri di Pendopo Kecamatan Sidoharjo.


Kejadian unik itu dirakam, kemudian dimuat naik ke instagram @polres_wonogiri.

Foto: Tribunenews

Dalam video tersebut menunjukkan seorang lelaki dewasa yang dipegang oleh banyak orang, termasuk tentera, polis dan pasukan vaksinator yang bertugas.

Pada keterangannya, dijelaskan bahawa penyebab lelaki itu perlu ditenangkan oleh banyak orang kerana ketakutan saat mahu divaksin.

Kronologi kejadian dijelaskan oleh salah satu polis yang bertugas.


“Saat itu ada yang ketakutan saat mau divaksin, perlu ditenangkan sampai berulang kali, setelah ditanya ternyata dia takut dengan jarum suntiknya,” jelas anggota polis berkenaan yang dipetik dari Tibunenews.

Polis itu menjelaskan, bahawa lelaki dalam video adalah seorang pemandu bas asal Kecamatan Sidoharjo.

Lelaki tersebut kelihatan sangat ketakutan ketika mahu disuntik, dia berusaha untuk lari saat petugas menyiapkan vaksin yang siap untuk disuntik.

“Akhirnya dapat disuntik, apabila seorang petugas kesihatan menampar-nampar perlahan pipinya hingga dia mukanya tertoleh ke tempat lain, jadi saat dia leka itu, petugas lainnya terus menyuntik,” kata dia.

Setelah selesai disuntik, seluruh petugas yang bertungkus lumus itu menenangkan lelaki itu sambil memberi tepukan kepadanya yang ketakutan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 28-8-2021 01:59 PM
Tattoo needle tidak takut pula... Lagi sakit buat tattoo dari cucuk vaccine... Prolly dia takut side effect vaccine
Quote helicornia 28-8-2021 02:03 PM
mengada lah
Quote Firenzza 28-8-2021 02:06 PM
Iols ada tengok org maori buat tatoo pakai taring babi....berdarah2 kena titik berjam2 mengelitik org yg kena tatoo itu
Quote doubleharmonic 28-8-2021 02:20 PM
mengada lah ko ni babi. cocok jarum tatoo berjam jam tu boleh pulak ko tahan. suruh cucuk vaksin 2-3 saat jah terus takut apooo?
Quote edayildiz 28-8-2021 02:25 PM
ngada..buat tatoo lg scary kot
Quote I.K.A888990 28-8-2021 02:44 PM
ni saje je ni
benda tu cucuk kejap je kut
ko ketap je la gigi tu. tup2 settle cucuk
Quote damsel_fiji 28-8-2021 02:58 PM
suka sgt editor cari ni berita sampah dari yindon kan??
Quote ninja9 28-8-2021 03:01 PM
ketakutan akibat kesan saikologi dari pemahaman yang salah terhadap jarum suntikan.. mungkin dah jadik masa kecil dan dibawa sampai ke besar.. yang takut itu adalah bahagian dari jiwanya yang masih kanak-kanak dan gagal mengalami perkembangan hingga gagal melihat persamaan jarum suntikan dan jarum tato..
Quote Adrif 28-8-2021 06:01 PM
trypanophobia? extreme fear of injection eh?

abang aku pun gini. tapi dari kecik dia fobia jarum.
berpeluh, menjerit, menangis, menggigil, pernah lari dari klinik gigi, macam2 hal.

masa nak cuk vaksin haritu, dia marah2 nye nurse dalam bilik tu,
tanya soalan macam2 vaksin.. bila staff dah berkumpul, baru dia bagitau,
"Maaf ler, saya tak boleh dengan jarum.", baru diorang semua faham.
tapi aku kagum ye dengan staff sebab diorang dah biasa handle fobia jarum ni.

"Takpe bang. Abang rilek je, pandang muka saya, jangan pandang dokto-", tak habis lagi pegawai tu cakap, nurse tu dah cucuk vaksin laju-laju  

aku dah get ready nak tumbuk bagi pengsan je.  serius cakap
takut dia meronta ke, lari ke.
iye, fobia jarum memang wujud. trypanophobia namanya.
bukan mengada-ngada atau dibuat-buat
Quote edayildiz 28-8-2021 06:07 PM
Adrif replied at 28-8-2021 06:01 PM
trypanophobia? extreme fear of injection eh?

abang aku pun gini. tapi dari kecik dia fobia jarum. ...

la comelnya laki takut jarum..xtau plak sblm ni mmg ada wujud fobia jarum..sbb kalau mcm kita2 ni takut jgk tapi takde la sampai nk lari ke apa
Quote Adrif 28-8-2021 06:24 PM
edayildiz replied at 28-8-2021 06:07 PM
la comelnya laki takut jarum..xtau plak sblm ni mmg ada wujud fobia jarum..sbb kalau mcm kita2 ni  ...

iye. umo dia dah pertengahan 30, dah beranak pinak,
kalau jumpa doktor, nak cucuk jarum,
peluh, menangis, panik, menjerit, muka kejap merah, kejap pucat
kalau dia panik je takpe, takut dia jadi agresif  

trypanophobia fobia jarum ni antara banyak2 jenis cabang fobia
macam hemophobia, takut darah,
arachnophobia, takut labah2,
hydrophobia, takut air,
thalassophobia, takut laut dalam,
ailurophobia, takut kucing.. etc...

jarum lain, macam jarum jahit, dia tak takut pun.
tapi kalau medical, dia tengok syringe tu ah siap, menggelupur  
Quote zie_indah 28-8-2021 06:41 PM
Yendonnnn erkkk.hahaah cacah tatu x tkut..porahhh...hahaa
Quote nakkomenjugak 28-8-2021 07:59 PM
erkkk habis tattoo ko pakai tampal ke?
Quote fly_in_d_sky 28-8-2021 08:58 PM
macam staff kat tempat kerja
takut gila dengan jarum
tapi kalau jarum tattoo tak takut
mungkin jarum tattoo tu tak halus,  tak panjang macam jarum
Quote TeropongThaico 28-8-2021 09:36 PM
Macam2 org. Kes fobia ni memang pelik2.
Iols respect pegawai perubatan yg handle bab cucuk mencucuk ni, doktor ke, nurse ke, MA ke... Bukan senang tau. Silap2 boleh kena tumbuk kalau ada yg agresif
Quote Babai 28-8-2021 09:38 PM
Ini budak lembik gatal nak bertatu. Bukan otai pun ni.
Quote sukacactus 28-8-2021 10:42 PM
Mengada la ko!
Ke tattoo ko tu pakai lukis dgn sharpie je
Quote mclaren 28-8-2021 10:48 PM
Taknak divaksin kot? Tapi kena paksa? Bukan sebab takut jarum.
Quote spicygirl3 29-8-2021 03:32 AM
Hahahah kelakar la

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.060531 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top