"Hidup kita jangan sampai menongkat langit, jangan sampai orang tunjuk pintu keluar." Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan persaraannya dari arena politik sekali gus tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Nazri, 67 menjelaskan keputusan itu diambil bagi membolehkan peluang diberikan kepada pemimpin muda seperti yang dilaporkan portal Awani. "Saya jadi Ketua UMNO Bahagian hampir 20 tahun. Ahli Parlimen sejak 1995 dan dilantik timbalan menteri. Sebelum itu saya jadi Senator pada 1991. Kemudian jadi menteri sejak 1999."
"Saya rasa sudah sampai masa untuk saya bersara dan memberi peluang kepada pemimpin muda." Malahan ini masa yang paling sesuai kerana kepimpinan kerajaan sudah dibarisi pemimpin muda. Jadi ianya juga perlu dibuat di peringkat akar umbi. Berita baik buat pelapis dalam arena politik. Kita tunggu jika ada ahli politik lain pula yang bersara. - CARI |
bedahmenjuyah replied at 28-8-2021 11:32 PM
Sahidan yg dah pencen 200 tahun dulu pun boleh come back jd Menteri. Entah lah..
ADVERTISEMENT