CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangan Azizah Dah Ditanam, Keluarga Harap Penyamun Dibawa Ke Muka Pengadilan

30-8-2021 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7024| Komen: 34

"Kami berharap individu yang melakukan jenayah ini segera dibawa ke muka pengadilan," demikian luah abang saudara kepada Siti Nur Azizah Syafriadi, 17, yang menjadi mangsa samun pada Khamis.





Yusuf Karim, 24, berkata, kejadian memberikan kesan besar kepada Siti Nur Azizah dan keluarganya apabila tangan adik saudaranya itu terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman.

"Siti (Nur Azizah) terpaksa jalani tiga pembedahan di Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan parah kerana doktor tidak dapat menyelamatkan tangan kanannya yang sudah tidak boleh berfungsi lagi walaupun saluran darah utama sudah dijahit.

"Tangan kanan dia terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman, ketika ini dia masih tidak sedarkan diri dan kami sekeluarga mendoakan agar Siti kuat menghadapi semua ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.



Tangan kanan Siti Nur Azizah yang dipotong ditanam di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda pada Sabtu.

Dia berkata, Siti Nur Azizah merupakan seorang anak yang rajin membantu ibunya berniaga makananan secara kecil-kecilan

"Siti tak ada lesen, jadi untuk hantar makanan, dia akan hantar bersama teman lelakinya.

"Siti memang rajin bantu ibunya, sebagai anak sulung dalam keluarga, dia seorang anak yang bertanggungjawab," katanya yang turut memberitahu tangan adik saudaranya itu telah ditanam di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda di Jinjang pada Sabtu.

Siti Nur Azizah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Yusuf berkata, sebagai ahli keluarga terdekat dia mengakui amat sedih dengan kejadian itu dan sentiasa berdoa agar urusan Siti Nur Azizah sekeluarga dipermudahkan.

Katanya, dalam masa sama dia berharap pelaku segera dibawa ke muka pengadilan.

"Saya berharap penjenayah terbabit segara diberkas, apa yang mereka buat ini sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Kenapa mesti libatkan nyawa, apa yang berlaku ini soal nyawa dan masa depan seseorang itu, memang mereka ini tidak berhati perut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komissioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya masih mengesan individu terlibat dalam kejadian itu.

"Siasatan dari segala aspek sedang dijalankan dan kita berusaha untuk memburu suspek.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 30-8-2021 09:56 AM
Cacat anak dara org.. hilang keistimewaaan Allah beri
Quote rosmahisham 30-8-2021 09:57 AM
Edited by rosmahisham at 30-8-2021 10:00 AM

Batu Muda tu area Jinjang ke? Bkn Batu Cave ke? Klu mukim Batu tu caya la jgk!Semoga adek azizah cpt sihat, tabah menghadapi cabaran  & dugaan hidup.semoga di murahkan rezeki..dan dipermudahkn.
Quote mclaren 30-8-2021 10:00 AM
Moga rezeki adik ni dan keluarga dimurahlan selepas ni.
Quote Friska 30-8-2021 10:03 AM
Bingung saya, aturannya kalau mau jadi rider delivery harus punya SIM (Surat Ijin Mengemudi).

Siti tak ada lesen, jadi untuk hantar makanan, dia akan hantar bersama teman lelakinya
Quote dewi_rina 30-8-2021 10:41 AM
Friska replied at 30-8-2021 10:03 AM
Bingung saya, aturannya kalau mau jadi rider delivery harus punya SIM (Surat Ijin Mengemudi).

Kena ada lesen kak, nak bawak motor kena ada lesen
Bukan macam naik basikal
Quote nakkomenjugak 30-8-2021 03:56 PM
kesiannyaaaaa....
eeeiii tolonglahhhh
banyak betul kes unsolved kat negara ni
harap2 ada clue as justice untuk adik ni
Quote edayildiz 30-8-2021 04:00 PM
kesiannya..hrp bf dia xtinggalkan dia sbb kejadian tu dorg lalui bersama..mcm dlu ada sorg tu cite kaki patah..pastu bf tinggalkn dia..
besar betul ujian utk dia ni..
Quote lyshafull 30-8-2021 05:58 PM
Kesiannye muda lagi budk nie dh hilang nikmat
Quote sarahmirza 30-8-2021 06:09 PM
Jahatnya penyamun ni...
Moga cepat mati..
Quote zamnie 30-8-2021 06:10 PM
Innalillahiwainnalillahirajiun... Syaitan tul penjahat tuh
Quote sukacactus 30-8-2021 06:23 PM
Sian dia, dah la muda lg, mesti trauma gila2
Tu belum dia baca komen2 makcik bwg lg
Semoga bertabah la nak
Quote TeropongThaico 30-8-2021 06:41 PM
Moga dikurniakan kekuatan & dipermudahkan kehidupan adik azizah sekeluarga
Quote whitebeard 30-8-2021 07:37 PM
Dengan harapan si penjenayah siksa kena covid19 tapi tak mati mati dan hari hari berdoa agar nyawa ditarik kerana tak sanggup lalui siksa kena covid19 tapi tetap tak mati
Atau kena kesan sampingan vaksin yang teruk dan situasi diatas berlaku
Quote whitebeard 30-8-2021 07:39 PM
Atau si pelaku jenayah insaf dan bertaubat kerana rasa bersalah adala lebih menyakitkan untuk ditanggung seumur hidup
Quote Konahhh 31-8-2021 02:06 AM
Semoga urusan adik ni dipermudahkan. And bila bangun nanti semoga kuat & redha.
Quote MontanaHannah 31-8-2021 10:40 AM
negara yg ahli politik run the country mmg  akan alami banyak masalah tidak dapat diselesaikan kerana masalah ahli ahli politik lebih penting dari masalah rakyat.
Quote Whitepinkrider 31-8-2021 11:06 AM
Ya Allah... kesiannya.. semoga Allah laknat la penyamun tu
Quote nini_azmi 31-8-2021 11:20 AM
Semoga Allah beri kekuatan, insyaAllah.berat ujian ni.
Quote renko 31-8-2021 11:24 AM
Xdpt tangkap lagi ke? Tgh bz nk berarak merdeka ke

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.047287 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top