CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bercerai, Bekas Suami Kahwin Lain-Janda Buntu Bagi Makan Dua Anak

30-8-2021 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28753| Komen: 319

"Doakan saya boleh bertahan untuk besarkan anak. Sejak berpisah tujuh bulan lalu, saya tidak tahu ke mana lagi hendak mengadu.

"Duit simpanan tidak seberapa habis digunakan. Sepatutnya kes sudah didengar di mahkamah namun tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," kata Muna.


Ibu tunggal berusia 30-an itu buntu memikirkan masa depan anak-anaknya berusia dua hingga lapan tahun selepas menggalas tugas sebagai ibu dan bapa serentak.


Gambar Hiasan, Foto: Harian Metro

Katanya, dia tidak menyangka rumah tangga dibina lebih 10 tahun lalu hancur di tengah jalan dan lebih malang, suaminya sudah berkahwin baharu dan langsung tidak mengambil tahu soal anak.


"Sebelum ini saya nekad besarkan anak dengan wang sendiri. Dengan adanya nafkah, ia serba sedikit membantu saya membiayai persekolahan dan perbelanjaan harian mereka.

"Tetapi saya tidak tahu bila akan dapat nafkah ini. Semakin hari berlalu rasa seperti hilang semangat," katanya yang sebelum ini bekerja di sebuah kilang di selatan tanah air.

Seorang lagi ibu tunggal mahu dikenali sebagai Rohaya, 30-an, berkata hidupnya bersama tiga anak bertambah sukar apabila tidak menerima nafkah daripada bekas suami.

Menurutnya, keadaan bertambah meruncing apabila terpaksa menjaga anak bongsunya yang juga orang kurang upaya (OKU) dan pada masa sama dia juga hamil anak yang keempat.

Katanya, sejak berpisah dengan suami pada awal tahun ini, dia terpaksa menumpang ihsan ibu bapanya di Kedah kerana tiada wang menyara kehidupan bersama anak selain tiada tempat untuk berlindung.

Sepatutnya perceraian saya sudah didengar di mahkamah, tetapi sampai sekarang saya tidak tahu bagaimana statusnya.

"Tak tahu sampai bila akan hidup begini. Adik-beradik lain juga tinggal bersama dan saya rasa seperti menyusahkan mereka pula," katanya.

Justeru, dia berharap kesnya dapat didengar dan diputuskan segera untuk memberi keadilan kepada anak-anaknya buat mereka meneruskan kehidupan mendatang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosmahisham 30-8-2021 10:38 AM
Tgh2 ssh ni laki cabut lari mmg spesis x de tulur..benci..apalagi klu ada ank oku..kejam sgt klu laki lari tinggalkn bini terkontang kanting!!!ko je sorang nk lepas tgn..patut sama2 berganding bahu cari rezeki nk bsr kan ank2!
Dulu aku ada jiran laki dia kena buang keje, blh lakinye balik kg  sorang2 duk dgn family dia..bini & ank2 dia hantar ke rmh makbpk bini tu..sng je lps tgn..mmg Allah ssh kn lg hidup ko..dh ko lpskn tanggung jwb cam tu je!lg jahanam hidup laki tu! ALLAH bg cash!

Quote Pixie902 30-8-2021 10:46 AM
Bila bercerai tanggungjawab menyara anak2 seolah2 jatuh pada isteri, nak mati ke nak hidup ke pandai2 la cari makan sendiri...
Dah era millenium pun masalah nafkah selepas bercerai masih di takuk lama...
Di dunia mungkin terlepas, tapi di sana nanti bersediala menjawab atas peranan dan tanggungjawab
yg tak dilunaskan, ini termasuk la bapa2, datuk2, bapa2 saudara...
Tak dilupa pihak berkuasa agama sekali...
Quote Cece1234 30-8-2021 10:49 AM
Kesiannya..laki xguna btul..
Quote ellejo 30-8-2021 10:52 AM
sampai skrg aku tak paham kenapa kes mahkamah syariah tak boleh online atau macam biasa. at least operate 50%.

bukan semua org boleh masuk. duduk pun jarak2 dari dulu lagi.

Quote ekselen 30-8-2021 10:54 AM
Sbb tu la perempuan2 ni digalakkan belajar pandai2 dan keja elok2..simpan duit utk masa dpn sendiri. Kalo jadik camni xdela rasa down ke apa..mengenangkan laki skrg x ramai boleh diharap sbg lelaki yg bertanggungjwb... Diharap jgn patah semangat...byk je ibu tunggal yg bangkit pas ditinggalkan laki durjana...
Quote Meiizu 30-8-2021 10:55 AM
Sedihnya baca nasib ibu2 tunggal teraniaya...jaga2 kalau duda menghampiri anda ehh tiberr nak lari nafkah leerr tu
Quote rospinki 30-8-2021 10:56 AM
sebab tu aku ckp laki nk tgk 2 je

1. poen
2. point

read that again
Quote ellejo 30-8-2021 10:57 AM
terlampau pegang ayat nanti di akhirat kene lah dia atau dalam kubur di padang mahsyar akan dapat balasan. punca kenapa org2 yg teraniaya terus teraniaya.

konpiden betul org tu dapat balasan. entahkan esok lusa org tu mati syahid.



Quote mamastoney 30-8-2021 11:00 AM
Ironi sungguh...Malaysia negara Islam tapi undang2 psl nafkah lepas cerai ni mmg tak diambil berat, bapak2 durjana selalunya lari dr tgjawab beri nafkah anak2...si ibu lah yg susah payah buat mcm2 kerja nak tanggung keperluan makan minum, pakaian, tempat tiggal, pembelajaran anak2. Bapak2 durjana senang lenang memantat dgn bini baru, tak ada  tindakan undang2 pun dikenakan kpd mereka. Nak selesaikan kes di mahkamah syariah pun ambik masa unless bekas bini boleh hire lawyer sendiri. Tp di negara barat yg kafir tu, undang2 dorg mmg mewajibkan si bapak bayar nafkah anak2. Ini kepincangan sistem perundangan Islam di sini, sejak dulu2, kini dan mungkin sampai AJM. Muntri2 agama dan muntri wanita takde keinginan ke nak bantu perjuangkan hak bekas2 isteri dan anak2 yg diabaikan ni?
Quote mclaren 30-8-2021 11:08 AM
ellejo replied at 30-8-2021 10:52 AM
sampai skrg aku tak paham kenapa kes mahkamah syariah tak boleh online atau macam biasa. at least op ...

Kan?

Kat Malaysia ni apa2 berkaitan perkhidmatan awam memang payah nak hold online. Macam Parlimen tu, boleh je patutnya bincang online. Mahkamah pun, buat booking slot untuk dengar kes2 macam cerai ni apa salahnya daripada maacm kena gantung takde tali.
Tapi karang suami tak guna buat pulak alasan tak dapat line kat tempat dia.
Macam alasan MPs hari tu tak boleh sidang online sebab some MPs ada masalah line internet (???!!!)
Quote naina 30-8-2021 11:18 AM
Bercerai 7 bulan..tapi hamil anak nombor 4. Macam tu mana boleh bercerai lagi. Tunggu lahir anak baru jatuh talak. Amboi sempat lagi Nikoh baru. Lepas tangan tanggungjawab anak2 bini lama. Memang tak aman la rumahtangga baru kauuu. Ni spesies masa kawen memang merajakan lelaki ke apa..sampai tak reti sayang anak tinggal cmtuu je tanpa nafkah. Gila ke apa seorang bapak tak ingat makan pakai anak2. Selesa dan sedap sendiri je.
Quote fefeeling 30-8-2021 11:19 AM
Sorry nak tanya, kenapa kalau cerai dlm islam amik masa yg lama turun naik mahkamah bagai nak rak tapi tak setel2? Yg jenuh nak menghadap would always be belah pompuan pastu pompuan jugak nak kena tanggung anak2.. islam tu mudah kan? But pasaipa bab ni takleh nak permudahkan?
Quote sfhzuraz 30-8-2021 11:20 AM
bapak2 taraguna mcm ni ramai.
bila anak2 dah besar dan dah keje  nanti terhegeh2 nk mengaku anak.
Quote ellejo 30-8-2021 11:27 AM
Edited by ellejo at 30-8-2021 03:28 AM
mclaren replied at 30-8-2021 03:08 AM
Kan?

Kat Malaysia ni apa2 berkaitan perkhidmatan awam memang payah nak hold online. Macam Parli ...


selama ni mahkamah syariah dan pejabat agama takkan terima apa2 alasan.
sebab tu susah nak bercerai.

alasan dah mati dan nak mati je dia terima
Quote Olumis 30-8-2021 11:30 AM
Kesian... Para lelaki yang tak bertanggungjwb ni tak terfikir ka anak2 dia mcmna. Heran sungguhlah. Takan xde sekelumit kasih syg terhadap zuriat sendiri. Tahu tak mampu, tapi menggatal
Quote SedihPedih 30-8-2021 11:33 AM
untong jantanz kt malaysia ni sb undang2 longgar ..
Quote scorpionkiki 30-8-2021 11:37 AM
mamastoney replied at 30-8-2021 11:00 AM
Ironi sungguh...Malaysia negara Islam tapi undang2 psl nafkah lepas cerai ni mmg tak diambil berat,  ...

Betul. Di uk mmg lelaki.lepas cerai tak ada pelyang tak bayar nafkah. Gov cari dampai lubang cacing...siap rumah pyn kena bagi
Quote Zhana 30-8-2021 11:50 AM
Vicious cycle
Quote trexxxxxi 30-8-2021 11:51 AM
Patutnya dah lama implement acts yang boleh protect ibu tunggal yang menderita sorang2 jaga anak ramai

Amboi time bersedap kemahen yach sampai anak bersusun paku.. dah tak mau terus tinggai jah macam kucing kurap

Yang jejants tu patut kena hukum sampai tinggai spender jah

Negara Islam katanya

Lihat semua komen(319)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.044237 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top