CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tegarkembali Nyanyi Di Jalanan, Tak Malu Demi Isi Perut Anak Isteri

30-8-2021 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2746| Komen: 4

Nama penyanyi, Tegar Septian, 19, kini menjadi bualan ramai di Indonesia apabila dia kembali menjadi penyanyi jalanan di persimpangan lampu isyarat di Jakarta.

Tegar yang pernah popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang ketika berusia 11 tahun sehingga dikenali di Malaysia dan negara jiran lain, sekarang bagaikan mengalami zaman kejatuhan.

Terbaru, penyanyi berasal dari Subang, Jakarta ini menjadi perhatian warganet apabila di  Instagram, dia memuat naik beberapa fotonya kembali menjadi penyanyi jalanan di persimpangan lampu isyarat.


Foto: IG

Ujar Tegar, dia okey dan tiada masalah kembali menjadi penyanyi jalanan sama seperti ketika masih kanak-kanak dulu bagi membantu ibu bapanya menyara keluarga.


"Gak (tidak) papa (apa-apa) yang penting halal," tulisnya ringkas pada keterangan foto dikongsi di media sosial itu.

Pekerjaan menyanyi di persimpangan jalan dipercayai dilakukan Tegar sebagai cara dia mencari pendapatan untuk menyara isteri dan anaknya.

Terdahulu, Tegar berkahwin dengan Sarah Sheilka pada 20 Mac tahun lalu dan kini mereka dikurniakan seorang anak bernama Abidzar Oktaviano Putra.

Menerusi hantaran foto dibuatnya di Instagram itu sehingga kini mendapat hampir 10,000 tanda suka serta komen-komen semangat daripada warganet.

Kebanyakan warganet juga sangat positif dengan tindakan Tegar, yang rata-ratanya meniupkan kata-kata baik berbaur semangat dan doa kerana apa yang dilakukannya adalah demi keluarga. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 30-8-2021 01:15 PM
Lahh pulakk….
Quote orangbiasaje 30-8-2021 01:16 PM
Betul tu, yg penting halal...tak makan rasuah, tak jual diri, tak merompak/ cederakan org...
Quote nakkomenjugak 30-8-2021 04:02 PM
Asalkan halal. Lantakk
Quote Mamajiyem 1-9-2021 03:07 PM
Yup asalkan halal

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.030531 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top