Tampon sememangnya sesuai digunakan sekiranya seorang wanita itu sedang membuat aktiviti lasak selain mengelakkan masalah kebocoran (heavy flow). Bagaimanapun, bagi wanita di negara Barat khususnya, penggunaan tampon kadangkala menyumbang masalah Toxic Shock Syndrome (TSS) di mana sistem imun dijangkiti kuman hingga mampu melumpuhkan sebahagian tubuh badan. Semuanya bermula apabila kapas yang dimasukkan ke dalam 'Miss V' tidak dikeluarkan lebih dari enam hingga lapan jam, sekali gus menjadi ‘sarang bakteria’. Gadis ini menceritakan pengalamannya ketika mengikuti perkhemahan cheerleading dan terlupa mengeluarkan tampon. Gejalanya hanya disedari selepas sebulan apabila abdomen bawah terasa amat perit, badan ditumbuhi kemerahan serta merasa lesu. Pada awalnya, ia disangka kesan aktiviti lasak dan jangkitan kuman keputihan, namun dia mengalami TSS.
Loading FB Post... "Ubat pun tak berkesan. Bintat merah tumbuh satu badan. Satu hari, saya rasa seperti ada yang tidak kena dan terus ke bilik air. "Sekali tarik, ada tampon dah membusuk. Sejak itu, saya lebih berwaspada dan memasang reminder di telefon," katanya. Untuk pengetahuan anda, jangkitan yang menyerang ini mampu membuatkan seseorang kehilangan abdomen pinggang mereka (dan ke bawah) seperti model ini. Sumber: Murai
|
lwyl: Macam mana boleh terlupa? String tu tak nampak ke?
nakkomenjugak replied at 30-8-2021 04:07 PM
wehhhhhh iol teringat kes camni, terbaca dekat reddit
bayangkan punya tak ingat sheol pakai tampon
...
ADVERTISEMENT