CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Sesat, Mengarut Dan Khurafat!

30-8-2021 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 176737| Komen: 1446

Satu dakwaan yang dilihat mengarut lagi khurafat.

Itu reaksi Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang mendakwa kebenaran mimpi ketuanya digelar Sittah Annur.


Mohd Asri dalam satu ulasannya yang dipetik di YouTube berkata, mimpi di dalam Islam sememangnya diiktiraf menerusi beberapa dalil namun ia hanya membabitkan orang soleh dan bukannya dakwaan mengarut yang dikatakan wanita berkenaan.

Beliau berkata, Jabatan Mufti Perlis mempunyai maklumat berhubung pergerakan kumpulan itu termasuk mengenal pasti ketua-ketua ajaran ini.

Foto: Harian Metro

"Kumpulan ini bukan seratus, dua ratus pengikut, mereka ada ribuan pengikut termasuk menggunakan pelbagai platform media sosial untuk menyebarkan fahaman khurafat mereka.


"Mereka (pengikut kumpulan PMYT) ini bergantung kepada mimpi wanita berkenaan yang membuat pelbagai ramalan terutama membabitkan kiamat.

"Ada dalam kalangan pengikut mereka yang sudah menjual rumah, membina rumah di dalam hutan, korek tanah untuk jadikan kubu dan bermacam lagi termasuk untuk memulakan perjalanan ke Syam bersama dengan Imam Mahdi," katanya.

Mohd Asri berkata, ada juga pengikut PMYT sudah mempersiapkan diri untuk menghadapi peperangan akhir zaman dengan membeli peralatan seperti anak panah.

Beliau berkata, kumpulan ini juga menyasarkan lokasi sempadan negara termasuk Perlis untuk berkumpul sebelum memulakan perjalanan untuk menyertai pasukan Imam Mahdi.

"Kita (Jabatan Mufti Perlis) mempunyai maklumat berhubung pergerakan kumpulan ini dan tahu siapa kepalanya (ketua) serta pengikut mereka," katanya.

Metro Ahad semalam melaporkan seorang wanita berusia 39 tahun yang menggunakan gelaran Sittah Annur didakwa mula mengembangkan ajaran PMYT dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

Wanita berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam, Selangor itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook, YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan termasuk Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh.

Bersedia untuk tindakan tegas!

Tindakan tegas akan diambil jika sebar ajaran menyeleweng di Pulau Pinang.

Itu komitmen Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dalam membanteras sebarang unsur ajaran sesat yang dibawa seorang wanita seperti dilaporkan Metro Ahad, semalam.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan memanggil wanita berkenaan jika didapati dia cuba menyampaikan ajarannya di negeri itu.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan terhadap ajaran berkenaan.

"Jika ada bukti, Jabatan Mufti akan memanggilnya untuk bersoal jawab. Jika apa yang diajarnya didapati menyeleweng daripada akidah atau syariat Islam berdasarkan kefahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka dia akan dinasihat supaya bertaubat dan tidak menyebarkan ajaran sesat berkenaan.

"Bagaimanapun jika dia berdegil dan meneruskan juga penyebaran ajaran itu, dia akan didakwa di Mahkamah Syariah mengikut undang-undang sedia ada," katanya.

Beliau berpandangan wanita terbabit mempunyai masalah jiwa yang serius termasuk hidup di dalam khayalan.

Katanya, ada ketikanya khayalan itu membentuk kepercayaan yang palsu, tetapi bagi pengidapnya adalah suatu realiti.

"Mungkin dia menganggap dirinya seorang yang hebat atau mempunyai kebolehan luar biasa.

"Kemungkinan juga dia mempercayai bahawa dirinya boleh berdampingan dengan makhluk ghaib seperti malaikat atau bertemu dengan para nabi, dapat melihat atau masuk ke alam barzakh, masuk ke dalam syurga dan sebagainya.

"Selanjutnya mimpi dilihat daripada perspektif Islam bukanlah sumber hukum syarak yang wajib diterima oleh orang Islam sebagai panduan di dalam kehidupan. Mimpi juga tidak boleh dijadikan sebagai panduan bagi kehidupan bermasyarakat," katanya.

Beliau berkata, jika seseorang yakin bahawa mimpinya benar dan baik, dia boleh menerimanya sebagai pengalaman peribadi dan mengamalkannya di dalam kehidupannya sendiri asalkan tidak bertentangan dengan akidah dan syariat.

Namun, katanya, ia bukan untuk mengajak orang lain turut mempercayai dan mengamalkan bersamanya ajaran yang diperoleh di dalam mimpinya.

"Saya ingin menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak mudah mempercayai ajaran yang didakwa oleh mana-mana individu yang mendapatkannya menerusi mimpi.

"Ini kerana agama Islam sudah sempurna pada zaman Nabi Muhammad SAW masih hidup, tak perlu lagi ditokok tambah dengan mimpi orang yang tidak siuman atau yang ada kepentingan tertentu.

"Rasulullah SAW hanya meninggalkan dua sumber sebagai panduan hidup umatnya iaitu al-Quran dan Sunnah. Umat Islam hendaklah berpegang teguh kepada kedua-dua sumber ini.

"Elakkan daripada mempercayai dakwaan yang tidak diketahui motif di sebaliknya," katanya.

Dakwaan bercanggah dengan ajaran Islam

Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan jika didapati kumpulan berkenaan aktif memberi ceramah atau merekrut ahli kumpulan di Pahang.

Ia termasuk kemungkinan untuk menahan mana-mana individu yang berkaitan dengan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

Demikian amaran Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berhubung kumpulan terbabit dan jika dikesan bertapak di negeri itu, tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan secara menyeluruh.

"Setakat ini, kita tidak terima apa-apa lagi (kegiatan dan aktiviti) kumpulan berkenaan di negeri ini (Pahang) namun jika ada, kita akan buat tindakan tegas.

"Dakwaan ketua kumpulan ini adalah sangat bercanggah dengan ajaran Islam malah dakwaan-dakwaannya mampu menimbulkan keresahan umum.

"Memang benar, mimpi adalah sesuatu yang diiktiraf di dalam Islam namun mimpi yang benar adalah (membabitkan) orang- orang soleh sahaja," katanya, semalam.

Abdul Rahman berkata, dakwaan wanita ini yang menyatakan dia pergi ke Arasy diikuti malaikat pengiring dan beberapa lagi adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Kami juga difahamkan bahawa kumpulan ini turut aktif bergerak di media sosial termasuk mempunyai beberapa kumpulan di Telegram bertujuan untuk menyebar luaskan fahaman mereka.

"Saya berharap masyarakat Islam tidak terpengaruh dengan dakwaan seumpama ini kerana ia sangat bertentangan dengan Islam.

"Seperti yang saya katakan, jika didapati kumpulan ini aktif di Pahang, pasti kita akan ambil tindakan dengan segera kerana kita tidak mahu fahaman songsang ini mempengaruhi masyarakat," katanya.

Menurutnya, berita-berita akhir zaman sudah pun dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW dan ulasannya sudah banyak dinukilkan oleh ulama terdahulu.

Katanya, jika masyarakat mengikuti ulasan ulama, pastinya mereka tidak akan tersesat dengan dakwaan sebegini.

Jaipk buat laporan polis, SKMM

Bimbang dakyah berhubung ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) terus tersebar di media sosial, Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) sudah membuat laporan kepada polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pengarahnya Datuk Mohd Yusop Husin berkata, laporan berkenaan dibuat kira-kira tiga minggu lalu susulan aduan diterima pihaknya berhubung ajaran PMYT.

Mengulas lanjut, Mohd Yusop berkata, tidak ada pusat aktiviti ajaran berkenaan dikesan di negeri itu namun pihaknya khuatir mengenai dakyah yang disebarkan menerusi media sosial.

"Kita mendapat maklumat awal mengenai ajaran itu dan membuat laporan polis serta SKMM.

"Kita difahamkan (ajaran ini) ada di merata-rata. Jadi laporan dibuat untuk pihak berkuasa terbabit mengambil tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Mohd Yusop berkata, pihaknya dimaklumkan ada perancangan untuk mengembangkan ajaran berkenaan di negeri itu namun pihaknya masih belum mengesan sebarang aktiviti setakat ini.

Katanya, beliau menasihatkan umat Islam khususnya di Perak supaya berhati-hati dan mendalami ilmu agama daripada sumber yang betul dan tidak menyeleweng.

"Kita juga berharap mereka yang mendengar atau tahu mengenai ajaran ini supaya memaklumkan kepada Jaipk untuk kita ambil tindakan. Nasihat saya, berhati-hati dan salurkan maklumat kepada pihak berkuasa agama mahu pun jabatan mufti.

"Setakat ini ajaran itu memang diragui, tapi untuk menentukan statusnya, kita perlu rujuk kepada Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan. Tapi apa pun, berhati-hatilah, kena kenal siapa yang bawa apa-apa jua ajaran," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan mengenai ajaran terbabit.

Katanya, umat Islam diminta merujuk kepada pihak berkuasa agama negeri terhadap sebarang persoalan dan isu membabitkan percakapan, perbuatan serta lain yang meragukan, mengelirukan dan menyimpang yang mungkin bertentangan dengan prinsip hukum syarak.

"Ada (aduan) dan Jais sedang meneliti perkara ini. Orang awam diminta tidak membuat sebarang tuduhan mendahului fatwa, undang-undang dan mahkamah," katanya.

Menurutnya, satu laporan bakal dikemukakan kepadanya dalam masa terdekat dan pihaknya akan menentukan langkah seterusnya yang perlu diambil. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 30-8-2021 10:53 AM
Akak tunggu komen korang.
Quote tumpanglalu74 30-8-2021 10:56 AM
[fbv]880873299224559[/fbv]
https://web.facebook.com/harianmetro/videos/880873299224559/

Quote noor2 30-8-2021 11:15 AM
Thread lama kan ada..
Quote hyie 30-8-2021 11:32 AM
meols ada je join group telegram sheols tu. Masa mula2 tu ok la, sheols banyak share pasal kisah2 mimpi sheols tu. Menarik je. Ni dah ujung2 ni dah naik bosan, pastu sesikit emo. Bosan sangat. Yes, banyak yang main ikut je tanpa memahami mesej yang sheols sampaikan, pastu gelabah ketet nak duduk hutan la ape la...tapi rokok kat molot tak tinggal puiiii

tak sangka umur sheols baru 39, ingatkan dah 40an nak masuk 50 gitu. Macam acik2 dah di mata meols.
Quote MelahJanda 30-8-2021 11:40 AM
mohon daftar diri masuk wad gila. sekian.
Quote cik_Sally 30-8-2021 11:44 AM
Kat bod sebelah sinun pun ramai pengikutnya berkampung kan?
Quote ladyxez 30-8-2021 11:53 AM
hyie replied at 30-8-2021 11:32 AM
meols ada je join group telegram sheols tu. Masa mula2 tu ok la, sheols banyak share pasal kisah2 mi ...

I pun follow jugak, tapi bkn sebab percaya, mcm folo osim bkn sbb suka tp sbb busybody hihihi
Banyak royanan dan ulang ulang.   Tak blh tahan tengok pengikut yg prepare.   Bkn brg2 yg patut prepare sepatutnya klu akhir zaman pun...  .   
Quote Thunderclouds 30-8-2021 11:54 AM
hyie replied at 30-8-2021 11:32 AM
meols ada je join group telegram sheols tu. Masa mula2 tu ok la, sheols banyak share pasal kisah2 mi ...

Really???uuuiii..muda dr iols
Quote MelahJanda 30-8-2021 11:59 AM
ladyxez replied at 30-8-2021 11:53 AM
I pun follow jugak, tapi bkn sebab percaya, mcm folo osim bkn sbb suka tp sbb busybody hihihi
Ba ...

boleh ke sesaja join grup tele tu? polis tak mengintip uols ke?
Quote KIM.K 30-8-2021 12:29 PM
cik_Sally replied at 30-8-2021 11:44 AM
Kat bod sebelah sinun pun ramai pengikutnya berkampung kan?

bod mana      
Quote KIM.K 30-8-2021 12:32 PM
Haritu dengar kata UMM kena panggil bersurat sebab ada wahabi tak puas hati.
Sheol tak dipanggil oleh mupty ke.
Orang2 yg jual tanah semua tu sheol sanggup ke tanggung akibat di akhirat.
Bila org nasihat dia pun dah keras kepala pasal taksub mimpi sendiri
Quote primarikey 30-8-2021 12:35 PM
Berat tuduhan dr.maza ni...bole jatuh fitnah
Aku follow je tele SAN tu
Sbb nk tau betul ke dia bwk ajaran sesat mcm yg dikatakn
Setelah aku godeh2 tele SAN ni...xde plak aku jumpa sebarang ajaran sesat
Sbb dia cuma cite pasal mimpi dia je...so tpulang pd pembaca sama ada nk peraya atau tak...dia pn ada pesan, pas dgr mimpi dia, suh tanya pd yg pakar, cam ulamak ke
Aku tgk dia pn tak penah halang org drpd amik vaksin...buat psediaan utk bperang ke
Pasal dia cite jumpa nabi Muhammas SAW, jumpa malaikat, pegi syurga, neraka, pdg mahsyar...tu semua dia cite bdasarkn mimpi dia..
Mimpi je pun...mcm la korg x pnh mimpi yg pelik2...cuma korg x bcerita je kn..
Tp dr satu sudut yg lain...kita bole amik sbg peringatan utk diri kita sendiri...utk buat psediaan bg menghadapi mati dan hari akhirat...
Pada aku xyah la korg kutuk2 dia...buat tambah dosa je...
Quote ladyxez 30-8-2021 12:42 PM
MelahJanda replied at 30-8-2021 11:59 AM
boleh ke sesaja join grup tele tu? polis tak mengintip uols ke?

Bukan tele la Mel, porom sebelah jah
Quote MelahJanda 30-8-2021 12:51 PM
primarikey replied at 30-8-2021 12:35 PM
Berat tuduhan dr.maza ni...bole jatuh fitnah
Aku follow je tele SAN tu
Sbb nk tau betul ke dia bwk ...

boleh didakwa bawah akta hasutan kerana menyebabkan kebimbangan
boleh juga didakwa bawah kanun keseksaan menimbulkan kegentaran awam

ko masuk grup telegram tu, ada kan pelan tindakan bagai? nak pegi mana, naik kereta apa bendera warna apa nak pakai, berkumpul di penempatan sementara di mana dsb

dlm pelan tu dah tulis dah perang bermula di sekian sekian,pastu merebak di sabah la apa bagai. apa nak jadi la korang ni. esok esok ada yg mencuri peralatan perang kerajaan sebab terpengaruh dgn dakyah dakyah ni? macamana?

dah nak jadi macam jonestown dah. pegi baca pasal jonestown tu ha..hampir hampir menyerupai dah ni.
Quote noor2 30-8-2021 12:52 PM
primarikey replied at 30-8-2021 12:35 PM
Berat tuduhan dr.maza ni...bole jatuh fitnah
Aku follow je tele SAN tu
Sbb nk tau betul ke dia bwk ...

Dia kata jumpa nabi masa sedar lah...bukan mimpi
Quote MelahJanda 30-8-2021 12:55 PM
ladyxez replied at 30-8-2021 12:42 PM
Bukan tele la Mel, porom sebelah jah

oooo MPS ke

ramai org CI kat MPS tu
sarah, nham, kimk

kembalilah uols. jgn meraban kat mps tu..salah ilmu, naye
Quote ladyxez 30-8-2021 01:05 PM
Edited by ladyxez at 30-8-2021 01:06 PM
MelahJanda replied at 30-8-2021 12:55 PM
oooo MPS ke

ramai org CI kat MPS tu


Hahaha
I baca, isi masa kosong (mcm tak de benda lain nk buat ya hehe)
Budak budak pun tau pasal ni, takut ooooo bila anak i tanya ,dia pun tahu psl citer ni.
... terus i tazkirah dia
Quote hanihan16 30-8-2021 01:09 PM
kalau kat mps tu mcm2 jenis org ada. yang boleh masuk mimpi, yang boleh ramal masa depan, yang boleh nampak org mati, yang boleh masuk dunia ghaib. acik sitah ni punya pemgikut pun ada je situ i rasa.
tapi kat fb ada komen adik kembar sittah, katanya dia pun serabut & tak tau dah nak nasihat kakak kembarnya ni. malu sekampung katanya
Quote primarikey 30-8-2021 01:11 PM
MelahJanda replied at 30-8-2021 12:51 PM
boleh didakwa bawah akta hasutan kerana menyebabkan kebimbangan
boleh juga didakwa bawah kanun ke ...

Hmm takde plak aku baca kt tele tu SAN hasut ape2...kt tele tu pn SAN dh pesan siap2 larangan utk mbincangkn pasal vaksin, politik
Kat grup SAN tu pn xde plak ape2 plan tindakan...plan tindakan tu kt grup tele lain
Plan tindakan tu pn dorg rancang nk gunakan klu negara kita betul2 dilanda perang je...klu xde perang dorg akn teruskn hidup mcm biasa...
Persediaan yg dorg buat tu bkn psediaan utk berperang...tp persediaan utk mencari/berjumpa imam Mahadi jika terjadinya perang akhir zaman
Sy dh follow dan baca grup2 tele tu dkt sebulan..sy tgk xde ape yg salah dlm tu
Klu tak percaya join la grup tu...baca satu2 maklumat kt dlm tu..jgn percaya laporan akhbar...besar sgt fitnahnye...

Lihat semua komen(1446)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.349898 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top