CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipanggil Raksasa Dan Benih Syaitan, Suami Suruh Isteri Bunuh Anak Cacat

30-8-2021 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2217| Komen: 9

Rwanda: Hanya kerana anak dilahirkan cacat, seorang bapa di Afrika Timur tergamak meminta isterinya membunuh zuriat mereka.

Ini selepas lelaki itu tidak dapat menerima hakikat dan mempercayai anak yang dipanggil makhluk asing oleh penduduk kampung itu daripada benih syaitan.


Akibat tidak menurut permintaan suami, Bajeneza Liberata kini bergelut mencari dana untuk merawat anaknya selepas ditinggalkan suami dan keluarga.


Foto: Agensi

Bercakap kepada Afrimax English, Bajeneza berkata, dia melahirkan beberapa anak namun tidak pernah melalui sebarang masalah.

Katanya, suami meninggalkannya selepas tidak mahu bertanggungjawab terhadap anak yang dianggapnya lahir daripada 'benih syaitan.'


"Nasib saya baik apabila seorang sukarelawan membawa saya dan bayi pulang ke kampung.

"Penduduk mempersendakan dan memanggil anak saya raksasa," katanya.

Menurutnya, doktor tidak memberitahu penyakit dideritai anaknya.

"Saya tidak bekerja dan hidup terasing, menyebabkan saya bersusah payah meneruskan kelangsungan hidup bersama bayi ini tanpa bantuan perubatan daripada hospital," katanya.

Sementara itu, laman GoFundMe melancarkan misi mengumpul dana untuk Bajeneza dan rawatan anaknya.

"Bayi ini dilahirkan dalam keadaan macam ini, orang panggil dia makhluk asing kerana rupa parasnya itu.

"Ibu ditinggalkan bapanya selepas melihat bayi mereka.

"Wanita ini memohon bantuan merawat anaknya di luar negara kerana tiada kemudahan di negara ini.

"Tolong beri sumbangan untuk menyelamatkan nyawanya," kata laman itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 30-8-2021 11:30 AM
Nasib kau lahir kat Afrika dik
Kalau di India dah disembah Ratu kau
Semoga cukup duit untuk buat rawatan dan keluar negara bina hidup baru
Tinggalkan bapak tak guna itu
Quote Kurex 30-8-2021 12:19 PM
Jadi anak yang berguna..
Dah berjaya, kau buang bapak kau. Sebab bapak kau sanggup bunuh kau
Quote nakkomenjugak 30-8-2021 04:26 PM
Moga ko buang apak ko tu
Ko berjaya jadik kaya
apak datang nyembah
ko buat dono je okay dek
Quote CikYaYaYa 30-8-2021 09:53 PM
yang syaitan nya si bapak n orang keliling yang duk mengata kat budak yang tak bersalah tu.. Ksian nya nasib budak tu. nasib baik laa si mak tu  jaga budak tu xbuang
Quote intan244 1-9-2021 01:03 AM
dia kata anak dia benih syaitan maknanya dia lah syaitan itu{:question
Quote green~tea 1-9-2021 01:09 AM
Boleh ke hidup sampai dewasa kalo cacat camni
Quote amira_adlina 1-9-2021 01:28 AM
Ke sakit yg air dlm kepala banyak tu
Cuma bentuk dia 3 segi plak
Slalu yg tu cuma kepala besar je
Quote whitebeard 1-9-2021 01:47 AM
Dua tiga hari lepas macam ada baca pasal ni di sini juga
Quote dani-rox 1-9-2021 01:59 AM
nak bunuh bayi yg tak bersalah dan tak berdaya, kau lah raksasa dan devil spawn yg sebenar.

semoga ada doktor pakar yg terbaca penderitaan anak ni yg mungkin dpt menyembuhkannya.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.038930 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top