CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harith Zazman Cute Dah Kahwin, Tak Rushing Nak Anak

30-8-2021 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 732| Komen: 0

Selepas lima bulan mengikat tali pertunangan, penyanyi lagu Cute Harith Zazman akhirnya sah bergelar suami kepada model Nuramalina Ghakaskhah pada Sabtu.

Harith atau nama sebenarnya Mohamad Harith Saifulzazman yang diijab kabul di Pejabat Agama Hulu Langat bersyukur semuanya majlis sederhana itu berjalan lancar.


Foto: IG

"Ikutkan perancangan, memang saya dan isteri pilih tarikh 28 Ogos untuk bernikah dengan adakan majlis di Kuala Lumpur tapi keadaan sekarang tidak mengizinkan.

"Alhamdulillah... walaupun tidak seperti yang dirancang tapi semuanya dipermudahkan. Kami hanya bernikah di pejabat agama sekitar 4 petang.

"Akad nikah mengambil masa dalam 20 minit sahaja kemudian pulang ke rumah untuk bergambar dan makan bersama keluarga," katanya kepada mStar.




Terdahulu, Harith berkongsi berita gembira itu laman sosial Instagram miliknya.

Penyanyi berusia 27 tahun itu turut berkongsi foto dia menyarungkan cincin di jari isteri tersayang yang juga model muzik video lagu Cute dengan luahan rasa kesyukuran.

Dalam pada itu, Harith memberitahu mereka tidak mempunyai perancangan dalam soal zuriat memandangkan negara dalam keadaan tidak stabil akibat pandemik Covid-19.


"Soal anak, kami memang tiada apa-apa perancangan. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah tapi kami tidak terlalu rushing untuk dapatkan anak.

"Lagipun, waktu sekarang ini tak berapa sesuai untuk dikurniakan cahaya mata... tunggu negara dalam keadaan stabil.



"Sekarang ini, saya nak enjoy dahulu dengan status sebagai suami dan tanggungjawab baharu bersama isteri," ujarnya.

Pasangan ini bertunang pada 13 Mac lalu selepas genap setahun perkenalan di Instagram. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.019646 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top