CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua Kali Bersalin Czer, Anak Sihat Susu Pun Banyak- Shima Anuar Pertahan Ayda Jebat

30-8-2021 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 881| Komen: 6

Gara-gara penyanyi dan juga pelakon Ayda Jebat dikecam dan dipersoal netizen kerana memilih untuk bersalin secara pembedahan Caesarean, pelakon Shima Anuar tampil pempertahankan tindakan rakan seangkatannya itu.


Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Shima atau nama lengkapnya Noor Hashima Anuar, 30, berkongsi pengalamannya ketika bersalin secara pembedahan ‘czer’ sebanyak dua kali.


Foto: IG

“Banyak mitos tentang ‘czer’ sebenarnya. Tapi bagi saya, alhamdulillah semuanya okay. Bersalin secara pembedahan pun ada sakitnya juga. Bersalin secara pembedahan bukan seperti membuang air besar.

“Alhamdulillah, dua kali ‘czer’, kedua-dua anak saya dapat minum susu badan. Susu pun banyak juga,” ujarnya.




Kata pelakon filem Highland Tower itu lagi, dia menyangkal dakwaan yang mengatakan bahawa seseorang wanita yang bersalin secara pembedahan akan memiliki perut buncit.

Dalam hantaran itu juga, Shima turut menitipkan pesan kepada Ayda atau kepada sesiapa sahaja wanita hamil supaya tidak mendengar cakap orang lain untuk kebaikan diri sendiri serta tidak memperlekehkan ibu hamil yang memilih untuk bersalin secara pembedahan.



“Kadang-kala kita tidak perlu dengar kata-kata orang. Mungkin dengar boleh, tapi jangan percaya. Lain orang, lain caranya.

“Saya cuma ingin memberitahu, jangan memperlekehkan wanita yang bersalin secara pembedahan. Bersalin secara ‘czer’ pun letak nyawa dekat situ juga okey,” katanya.

Terdahulu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 29, menjadi sasaran netizen selepas dia memilih untuk bersalin secara pembedahan berbanding normal.




“Saya baca ramai yang direct messege (DM) dan komen di beberapa laman yang kata ‘czer’ tak real la jadi ibu’, ‘macam mana nak jadi ibu kalau kau beranak pun bedah’, kalau bedah mesti tak keluar susu, tak breastfeed (susu badan) kesian anak dia’, ‘ikut tingkap ke, malunya’ dan banyak lagi,” katanya.

Bagaimanapun, isteri kepada Nabil Mahir itu menyarankan kebanyakan bakal ibu termasuk dirinya yang bersalin secara pembedahan atas faktor kesihatan dan keselamatan bayi agar jangan berasa takut atau malu diperlekehkan wanita lain. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote whadda 30-8-2021 09:08 PM
Netizen pon.. ape klo czer tu tak boleh jadi real ibu ke.. sama jugak nak kena jaga luka pepet dengan perut.. blerghhhh
Quote heythere123 30-8-2021 04:49 PM
wah, tak tahu pulak dia dah beranak dua kali
Quote Dorotheas 30-8-2021 01:32 PM
Sape nih tk kenal
Quote CardiGans85 30-8-2021 12:38 PM
Sibuk jaga dlm kain..lantak la nk apa pun
Quote cikatilia 30-8-2021 12:29 PM
sampah tol lah
Quote Kurex 30-8-2021 12:12 PM
Ok, dah start dah cerita2 pendapat artis sangkak

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.039422 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top