CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fizo Omar Tak Puas Hati Suami Antivaksin Talakkan Isteri Cucuk Vaksin

30-8-2021 02:13 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 5959| Komen: 24|Original author: Oleh: Saiful

Fizo Omar kesal sungguh dengan seorang lelaki antivaksin yang sanggup talak isterinya jika wanita tersebut mendapatkan suntikan vaksin.

Di Instagram, Fizo ada memuat naik perbualan wanita yang ingin mendapatkan kepastian daripada pihak yang arif tentang situasi yang dialami olehnya itu.


Foto: IG

"Kalau betul wujud suami seperti ini. Saya tidak boleh sentuh tentang hukum. Tapi sebagai lelaki, awak salah guna kuasa sebagai seorang suami. Kalau betul awak antivaksin sekali pun, bukanlah sampai tahap jatuh talak,"tulis pelakon it.

Tambahnya, "Tapi saya pernah tanya pada ustaz dan jabatan agama, sekiranya kita tidak ambil (vaksin) dan tindakan itu boleh membahayakan dan memudaratkan orang lain, hukumnya haram di sisi agama. Itu apa yang diberitahulah."




Fizo juga mempersoalkan rasional golongan seperti itu sedangkan jabatan gama dan kesihatan negara di seluruh dunia dah mengesahkan vaksin adalah halal.

"Persoalannya kenapa masih wujud lagi isu antivaksin ini? Kalau masih ingat, sejak kita lahir, beberapa jenis vaksin sudah pun disuntik dalam badan kita. Alhamdulillah sehingga sekarang Allah SWT masih beri nikmat kehidupan yang sihat.




"Allah SWT suka melihat hamba-Nya ikhtiar dan berusaha untuk menempuhi dugaan yang dihantar kepada kita semua. Lakukan apa yang sepatutnya dan Allah SWT adalah sebaik-baik perancang."

Apa agaknya anda buat kalau dapat suami jenis 'b"doh piang' macam ni? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheezel 30-8-2021 02:36 PM
kenapala aniaya perempuan tu. bukti antivaksin mmg ramai yg bebal
Quote meisapoya 30-8-2021 02:39 PM
Blessing in disguise. Tapi bodohnya laki dia ni. Senang2 je jatuh talak.
Quote _blackbird 30-8-2021 02:47 PM
walaupon ramai percaya fizo omar ni douchebag tapi betul lah apa dia ckp tu. takkan pasal vaksin je sampai nak jatuh talak. so kita tau lah tahap mana je otak antivaxx ni berfungsi
Quote yusryimran 30-8-2021 03:19 PM
apa lah sial nya jantan cam gini. kau x nak cucuk dah lah siap ehhh geram aku musibat nya jantan
Quote Itzy 30-8-2021 03:33 PM
_blackbird: walaupon ramai percaya fizo omar ni douchebag tapi betul lah apa dia ckp tu. takkan pasal vaksin je sampai nak jatuh talak. so kita tau lah tahap mana ...


kiri kanan rumah aku ada antivaksin. Lucu si antivaksin kerja bukan biasa2. Tapi otak kalah haiwan, cam takde otak je. Kesian anak2 tak disuntik vaksin. Nanti jadi penyakit susah nak lawan virus. Jadi macam kes adik sorang tu yg mati sebab virus apa ntah gara2 mak pak tak suntik vaksin. Lepas tu baru nak menyesal.
Quote Afie13 30-8-2021 03:42 PM
Itzy replied at 30-8-2021 03:33 PM
kiri kanan rumah aku ada antivaksin. Lucu si antivaksin kerja bukan biasa2. Tapi otak kalah haiw ...

Dekat johor dulu ada kes budak perempuan umur 2 tahun meninggal sebab difteria. Vaksin difteria ni percuma je dekat KK utk budak2 umur bawah 2 tahun mmg dapat. Kecoh skejap masa tu sbb mak budak tu mmg sengaja x bawak anak dia cucuk vaksin sbb dia terpengaruh dgn anti vaksin. Sampai ke sudah mak budak tu menyesal

Ni info pasal difteria;

Penyakit difteria disebabkan oleh jangkitan bakteria corynebacterium diphtheriae yang menyebabkan gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak, bengkak tonsil dan kemungkinan berlaku komplikasi bacteremia (jangkitan darah) serta endokarditis (jangkitan pada jantung) sehingga menyebabkan kegagalan organ, yang seterusnya boleh membawa maut
Quote KBW2 30-8-2021 03:58 PM
entah betul entah tidak, tapi bolehlah nak buat cerita drpd sendu yedak
Quote Fortiori02 30-8-2021 04:44 PM
Mudahnya laki tak guna gini guna kuasa talak yg dia ada ye. Tak berbaloi hidup ngn laki gini.
Quote Fortiori02 30-8-2021 04:52 PM
Afie13 replied at 30-8-2021 03:42 PM
Dekat johor dulu ada kes budak perempuan umur 2 tahun meninggal sebab difteria. Vaksin difteria ni ...

Kesian budak tu. Tp sis mmg masih ramai yg tak percaya vaksin. Kesian kat anak2 la sbb mak pak dorang tak percaya, kesannya pd anak2.
Quote Kurex 30-8-2021 04:57 PM
Comelnya bam pijo
Quote nakkomenjugak 30-8-2021 05:16 PM
biasa lerrrrr
kalau tak dengar kata lakiiiii, dikata nya duuuurrrrhaka
wp benda tu melibatkan kesihatan minik dan orang sekeliling
kalau minik mati, heol gerenti kawen lain punya
perangai serupa taliban sangat
Quote Afie13 30-8-2021 06:00 PM
Fortiori02 replied at 30-8-2021 04:52 PM
Kesian budak tu. Tp sis mmg masih ramai yg tak percaya vaksin. Kesian kat anak2 la sbb mak pak dor ...

Masa kes budak tu kena difteria kkm ckp sebenarnya dah byk tahun negara kita xde kes baru utk penyakit yg dah ada vaksin ni. Kiranya baru beberapa tahun ni je gerakan anti vaksin semakin rancak n ramai yg start tolak vaksin anak2 kecil. Maybe pengaruh internet n dakyah anti vaksin yg sebarkan berita x betul. Kesian anak2 mcm ni x diberi perlindungan yg sepatutnya
Quote cucutokwan89 30-8-2021 06:12 PM
Edited by cucutokwan89 at 30-8-2021 06:14 PM

Dulu2 masa belajar, cikgu BM kata perkataan yg betul adalah SAH talak. Bukan jatuh. Markah boleh dipotong.
Quote jajahoney 30-8-2021 06:19 PM
Mungkin dia termakan antivak sebab sedara iols pun ada sanggup tak nak vaksin sebab dia baca kat internet lagi dua tahun siapa dah vaksin akan mati.. Aduhh. Penat kita bagitau dia kalau tak vaksin kena covid silap2 tak sempat tunggu dua tahun dah goal. Tak jugak dengar
Quote Mini.Me 30-8-2021 10:33 PM
KBW2 replied at 30-8-2021 03:58 PM
entah betul entah tidak, tapi bolehlah nak buat cerita drpd sendu yedak

Die amik dr posting org lain...lawyer...post ig ke fb tah
Quote Olumis 30-8-2021 11:01 PM
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dilapor melafazkan taklik ke atas isterinya di media sosial kerana wanita itu mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Suri rumah itu kemudian menghubungi peguam syarie bagi mendapatkan khidmat dan pengesahan sama ada taklik dilafazkan melalui Facebook itu sah atau sebaliknya.

Berdasarkan perkongsian dimuat naik melalui Facebook peguam syarie itu, suami isteri berkenaan adalah pasangan jarak jauh dan kejadian dilaporkan berlaku semalam.

Peguam syarie Maryam Wafda Kamilen daripada Tetuan Wafda Kamilen & Associates ketika dihubungi mengesahkan menerima pertanyaan daripada suri rumah itu, menurut laporan Harian Metro.

Katanya, suri rumah itu mengakui mengambil suntikan vaksin dos pertama tanpa pengetahuan suaminya Selasa lalu.

“Ketika berbual melalui telefon mengenai vaksin, lelaki berkenaan melarang isterinya mendapatkan suntikan vaksin dan jika ingkar maka akan jatuh taklik.

“Suri rumah itu menghubungi saya untuk mendapatkan kepastian sama ada taklik dilafazkan suaminya jatuh atau sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, ini bukan kali pertama kes seperti itu dirujuk kepada firma guamannya berkata. Beliau seterusnya menasihati suri rumah itu mendapatkan pengesahan Mahkamah Syariah.

Katanya, terdapat empat kes berkaitan dengan isu yang sama diterimanya sejak penularan wabak Covid-19 dan keperluan rakyat mendapatkan suntikan vaksin.

“Kami bersedia menawarkan perkhidmatan kepada semua suri rumah yang berhadapan dengan situasi itu.

“Kami menyarankan suri rumah yang berdepan dengan situasi itu supaya segera memfailkan kes itu di Mahkamah Syariah,” katanya. – FMT
Quote awenda507 30-8-2021 11:09 PM
Baik mati jela suami yg talak isteri sbb amik vaksin. Bongok!
Quote faraway1 30-8-2021 11:22 PM
Edited by faraway1 at 30-8-2021 10:23 AM

My husband baru tahu me ambil vaccin..

Dia cam I'm not surprised...


Case closed...
Menyampah pun tadi anak masuk sekolah pergi juga dia walaupun tunggu depan jalan, ialah kalau masuk kena pakai mask...
Quote mama_neko 30-8-2021 11:31 PM
baik jatuh ja la talak.. biaq laki dia gila talak pulak.. hampeh punya laki

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.181557 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top