CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setahun Dirogol Bapa Kandung Sendiri, Diam Diri Sebab Takut Ibu Dibunuh

30-8-2021 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7358| Komen: 61

KLANG – Penderitaan seorang pelajar perempuan menjadi mangsa pemuas nafsu bapa kandung selama setahun berakhir selepas suspek berjaya ditangkap di rumahnya di daerah ini, baru-baru ini.


Penangkapan suspek yang merupakan pemandu lori berusia 42 tahun itu dilakukan pukul 7 malam, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian rogol itu terbongkar apabila suspek bergaduh dengan isterinya dengan menyatakan telah tidur dengan anak tunggalnya berusia 15 tahun.


Gambar Hiasan

Katanya, ibu mangsa kemudian membawa anaknya membuat laporan polis sebelum suspek ditangkap pada hari sama.

“Berdasarkan laporan, kejadian berlaku pukul 1 pagi pada 1 Januari dengan suspek memasuki bilik mangsa sebelum merogolnya.

“Hasil siasatan lanjut mendapati pelajar perempuan itu dirogol sepanjang tahun 2020 hingga Januari tahun ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menambah, mangsa telah diugut agar tidak memaklumkan pelakuan jenayah seksual itu atau suspek akan membunuh ibunya.

Kata Shamsul Amar, ini menyebabkan mangsa berasa takut dan mendiamkan diri sehingga terus menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sendiri.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan ugutan dan kini direman selama tujuh hari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan,” jelasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 30-8-2021 02:49 PM
gila la
anak kandung kot..
biasakan mak xperasan ke eh perubahan ank..msti ada berubah xmesra kat ayah ke apa..biasa tgk ank perempuan mnja ngn ayah..i biasa2 sajork.wpn ayah i mnjakn weols tp i tak pnh cium pp heols mcm kwn2 i yg lain selalu dk tnjk.semoga meringkuk dlm penjara
Quote salmonella 30-8-2021 02:52 PM
moga diazab dgn keras! zalim maha zalim!
Quote batu kikir 30-8-2021 02:58 PM
Ya Allah................kau seksakan lah dengan seteruk-teruk siksaan pada bapak durjana syaitan tersebut.

No mercy for him. memang anak haram punya bapak
Quote cmf_premierleag 30-8-2021 03:28 PM
kesiannya anak ni
mesti dia sgt takut kalo kehilangan ibu dia sbb si bapak jahanam ni dh ugut nk bunuh mak dia
semoga Tuhan berikan keadilan buat dia.
Quote akuchenta 30-8-2021 03:32 PM
Memang gila! Bapa setan

Sanggup rogol anak kandung. Anak tunggal pulak tu!
Quote lady_bonia 30-8-2021 03:41 PM

Gelap masa depan budak tu
Syaiton punya bapak
Quote chaos_sweetly 30-8-2021 03:49 PM
Allahuakbar…Semoga Allah balas perbuatan si iblis ini di atas dunia.Akhirat sudah pasti.Biar dia rasa betapa deritanya anak kandungnya itu.Semoga hakim yg membuat keputusan utk kes ini akan menjatuhkan hukuman seberat2nya….
Quote Fortiori02 30-8-2021 03:55 PM
Kesian adik ni. Moga bapaknya mereput dlm penjara.
Quote Fortiori02 30-8-2021 03:58 PM
edayildiz: gila laanak kandung kot..biasakan mak xperasan ke eh perubahan ank..msti ada berubah xmesra kat ayah ke apa..biasa tgk ank perempuan mnja ngn aya ...


Patutnya akan ada perubahan mcm yg uols ckp tu tp mungkin maknya tak perasan. Jahat paknya, dah merogol, ugut pula.
Quote cap_ayam 30-8-2021 04:24 PM
hmm nasib baik maknya bawak pegi balai juga.. takdelah biarkan si anak macam tu je. walaupun perkara macam ni tak sepatutnya berlaku.

semoga bapaknya barai dalam jel..
Quote ezacbee 30-8-2021 04:24 PM
Siap ada rekod lampau.
Mmg patut dok dalam selamanya.
Quote zaianim 30-8-2021 04:32 PM
Sampainya hati si bapa kandung, moga mendapatlah hukuman setimpal..  kesiannya si anak, mesti trauma..
Quote Decaffeinated 30-8-2021 04:35 PM
gambar hiasan tu memang sengaja cari tangan berbulu ka. Motif?

Quote mawarika 30-8-2021 04:37 PM
Kesian si anak..kesian si ibu jgak msti tertanya tanya dan menyesal..kenapa tak bgtau ibu.. kenapa tak bgtau ibu.. setahun kena rogol dan diamkan diri. Duduk serumah dgn iblis mcmana hari2 anak ni mengadap muka bapak dia.
Quote dua_chzy 30-8-2021 04:38 PM
@CARI-MRO memang suka la kan tepek gambar2 rogol ni. Ada fetish merogol ke bang? Sedap ye merogol dalam imaginasi kau?
Quote TOPwind 30-8-2021 04:41 PM
lady_bonia replied at 30-8-2021 03:41 PM
Gelap masa depan budak tu
Syaiton punya bapak

pe pasal gelab pulak -janda 5 kali dgn pak Itam pun laku.
Quote MsKathryn 30-8-2021 04:46 PM
Celaka punya bapak
Quote mclaren 30-8-2021 04:53 PM
Yang sebelum ni kes mangsa kes seksual selama setahun dua juga yang ayah dia Datuk tu apa jadi ye?
Mangsa pelajar universiti dan kakak dan adik akhirnya sempat larikan diri ke rumah mak saudara tapi masih takut sebab ayah orang berpengaruh dan ada ugut nak apa2kan mereka kalau teruskan kes.

Dah report polis pun takde perkembangan kes sebab ayah is a somebody kat Selangor.
Quote bungarose 30-8-2021 04:59 PM
     Syaitan

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.586316 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top