CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pusat Kecantikan Bagi Perkhidmatan Saringan Covid-19 Secara Haram

30-8-2021 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3800| Komen: 21

Sebuah pusat kecantikan diarah tutup selepas didapati mengendalikan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 secara haram di Batu Uban, Georgetown hari ini.

Kegiatan pemilik premis itu dikesan hasil maklumat awam sebelum Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) negeri melakukan serbuan kira-kira jam 11 pagi tadi.



Gambar hiasan

Ketua Penolong Pengarah Kesihatan CKAPS Pulau Pinang, Dr Mohamed Iqbal Hamzah, berkata siasatan awal mendapati premis itu menyediakan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 tanpa pengendalian pihak bertauliah.

Malah, katanya, pekerja pusat kecantikan itu sendiri melakukan ujian saringan kepada pelanggan tanpa kehadiran doktor mahupun jururawat ketika serbuan dilakukan.

"Semakan mendapati, lebih 100 pelanggan sudah melakukan ujian saringan di premis ini sejak ia beroperasi dua hari lalu.


"Kemungkinan harga RM50 yang ditetapkan bagi setiap ujian saringan itu menyebabkan premis ini dikunjungi ramai pelanggan," katanya hari ini.

Dr Mohamed Iqbal berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai pusat kecantikan itu yang dibenarkan mengendalikan ujian saringan COVID-19.

"Premis ini diarah tutup susulan menyediakan perkhidmatan saringan COVID-19 secara haram.

"Orang ramai dinasihat supaya berhati-hati ketika mendapatkan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 yang lebih murah, berbanding harga di klinik kerana dibimbangi akan dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ciktiekus 30-8-2021 05:34 PM
Sekarang pn rata2 rtk test kat klinik swasta RM50 je..pasaipa p kat pusat kecantikan..
Quote whitebeard 30-8-2021 07:45 PM
Ciktiekus replied at 30-8-2021 05:34 PM
Sekarang pn rata2 rtk test kat klinik swasta RM50 je..pasaipa p kat pusat kecantikan..

Rasanya area utara rtk masik 100 ringit ++
Quote mama_neko 30-8-2021 08:26 PM
whitebeard replied at 30-8-2021 07:45 PM
Rasanya area utara rtk masik 100 ringit ++

yup... belah sini mahal lagi.. laki aku baru buat, rm120 rtk, 250 -pcr... seb baik leh claim kat company... ada satu klinik ja area butterworth yang harga dia rm75, tu pun jenuh nak dpt appointment..
Quote whitebeard 30-8-2021 08:56 PM
mama_neko replied at 30-8-2021 08:26 PM
yup... belah sini mahal lagi.. laki aku baru buat, rm120 rtk, 250 -pcr... seb baik leh claim kat c ...

Walhal test kit rtk tu 28 ke 35 ringgit sekotak
Dalam ada 5 boleh buat untuk 5 orang 1 kotak
Memang untung banyak klinil kat utara
Quote mama_neko 30-8-2021 11:26 PM
whitebeard replied at 30-8-2021 08:56 PM
Walhal test kit rtk tu 28 ke 35 ringgit sekotak
Dalam ada 5 boleh buat untuk 5 orang 1 kotak
Mem ...

ya ka.. untung gila depa amek.. patutnya test rtk ni kena la control harga kan, kalau satu family dah berapa ratus dah.. musim2 org tak berduit ni, jenuh la..
Quote whitebeard 31-8-2021 12:05 AM
mama_neko replied at 30-8-2021 11:26 PM
ya ka.. untung gila depa amek.. patutnya test rtk ni kena la control harga kan, kalau satu family  ...

Ya kak
rtk-eg 28 ke 32 ringgit ikut kuantiti belian dia jolok hidung
Saliva 35 ke 38 ringgit ikut kuantiti belian dia ambik sample air liur
Sekotak ada 5 kit test

Quote mama_neko 31-8-2021 12:10 AM
whitebeard replied at 31-8-2021 12:05 AM
Ya kak
rtk-eg 28 ke 32 ringgit ikut kuantiti belian dia jolok hidung
Saliva 35 ke 38 ringgit iku ...

perghhhh... untung gila... satu klinik ni, ujian rtk rm180 tau... gila mencekik...
Quote whitebeard 31-8-2021 12:30 AM
mama_neko replied at 31-8-2021 12:10 AM
perghhhh... untung gila... satu klinik ni, ujian rtk rm180 tau... gila mencekik...

Kita ambil kira lah kos administration kalau kalau kita positif dan dia yang reportkan A sampai Z kepada KKM sampai la KKM call kita untuk pegi buat PCR
Masih untung banyak berganda ganda
Quote ina_na 31-8-2021 01:31 AM
whitebeard replied at 30-8-2021 08:56 PM
Walhal test kit rtk tu 28 ke 35 ringgit sekotak
Dalam ada 5 boleh buat untuk 5 orang 1 kotak
Mem ...

Yg ni box mcm mn..Kalo beli 1 ade 5 boleh pakai..
Quote edayildiz 31-8-2021 01:46 AM
baik beli test kit 39.90 jer..cari yg ludah saliva dlm botol senang
jgn beli yg murah kt shopee..xjadi..nnti keluar result merepek
Quote mama_neko 31-8-2021 09:16 AM
whitebeard replied at 31-8-2021 12:30 AM
Kita ambil kira lah kos administration kalau kalau kita positif dan dia yang reportkan A sampai Z  ...

ya betul..masih berganda ganda untung...kalau amek rm50 / test pun masih untung..
Quote dua_chzy 31-8-2021 09:49 AM
whitebeard replied at 31-8-2021 12:05 AM
Ya kak
rtk-eg 28 ke 32 ringgit ikut kuantiti belian dia jolok hidung
Saliva 35 ke 38 ringgit iku ...

Mana nak beli sekotak 5 test kit? Aku beli kat Pharmaniaga, sekotak 40 hengget. Choih!
Quote Fortiori02 31-8-2021 09:57 AM
mama_neko replied at 30-8-2021 08:26 PM
yup... belah sini mahal lagi.. laki aku baru buat, rm120 rtk, 250 -pcr... seb baik leh claim kat c ...

Seb bek laki kaka leh claim balik. Kesian kat yg kena kuarkan duit sendiri tu. Kalo tok sorang blh tahan lg, tp kalo 1 family kena buat, mmg jenuhla nak korek duit zaman2 covid ni. Income pun tak sbrp kan.
Quote mama_neko 31-8-2021 11:18 AM
Fortiori02 replied at 31-8-2021 09:57 AM
Seb bek laki kaka leh claim balik. Kesian kat yg kena kuarkan duit sendiri tu. Kalo tok sorang blh ...

itulah.. mula mula HR takmau bagi, pastu laki aku argue la, dia amek inisiatif pi test sbb takut bawak penyakit balik ke kilang, baru la nak sedar kot.. kalau company jenis pi klinik bayaq dulu pastu claim, tapi capped dia tahunan ja, kawtim ja ngan klinik suh buat resit tapi jgn letak as test covid.. padahal sama ja kan, kita pergi klinik utk dapatkan medical service.. mmg mcm beban test covid ni sbnrnya.. nak pi CAC kadang jauh and bukan hari2 depa ada saringan kan..
Quote LautBiru52 31-8-2021 11:37 AM
Berani pulak nk buat test covid dkt pusat kecantikan. Baik beli self test kit dkt farmasi. Buat sendiri
Quote salwani911 31-8-2021 11:59 AM
whitebeard: Walhal test kit rtk tu 28 ke 35 ringgit sekotakDalam ada 5 boleh buat untuk 5 orang 1 kotakMemang untung banyak klinil kat utara


yg rm35 saliva tu 1 test kit jer. mana ada 5
Quote Ciktiekus 31-8-2021 12:57 PM
mama_neko replied at 30-8-2021 08:26 PM
yup... belah sini mahal lagi.. laki aku baru buat, rm120 rtk, 250 -pcr... seb baik leh claim kat c ...

Boleh tahan jugak ye rega..belah selatan ni rata2 rtk 50 dan pcr 150..
Quote Fortiori02 31-8-2021 02:36 PM
mama_neko replied at 31-8-2021 11:18 AM
itulah.. mula mula HR takmau bagi, pastu laki aku argue la, dia amek inisiatif pi test sbb takut b ...

Betul sis, benefit nya tok ofis gak test tu dibuat.

Yg saringan kat crc tak hari2 tu sy tak sure pula. Tp tu la kan, mmg jauh plus ramai org. Kalau company leh bantu cover kos, lbh convenient buat sendiri kat luar.

Cam kwn iols 2 kali jd contact rapat, so 2 kali kena pi buat test. Dua2 kali tu la kena byr sendiri sbb ofis tak cover. Kesian dia, pendapatan suami pun kurang zaman covid ni, hny harap pendapatan dia srg je.
Quote grouper 31-8-2021 02:41 PM
Test covid pun bukan tepat sgt..ada false positives, ada yg negative....nasibla

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.042738 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top