CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Poyo" - Dafi

31-8-2021 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8441| Komen: 57

Dafi mengaku sebagai anak kepada ahli politik, apatah lagi selepas dilantik Perdana Menteri, dirinya terus dibayangi bapanya.

Hakikatnya, penyanyi lagu Bila Terasa Rindu ini sukar mengelak, betah dan belajar membiasakan diri dengan perhatian yang diberi sebagai 'anak PM'.



Kredit foto: IG Dafi

Namun, sejak dahulu lagi, Dafi atau nama penuh, Gadaffi Ismail Sabri tidak pernah mendabik dada, jauh sekali mengambil kesempatan daripada kedudukan papa sebagai ahli politik dalam merencana perjalanan karier seni.

Sebaliknya, jejaka berusia 32 tahun ini mahu terus positif, mendisiplinkan diri dan cuba melakukan refleksi dalam menentukan hala tuju sebagai anak seni.

"Tidak kira jawatan apa sekalipun dan hakikat papa terus dikaitkan dalam kerjaya seni yang diceburi, saya tetap Dafi yang sama... Tiada apa yang berubah.

"Pastinya, saya kena jaga nama baik papa, keluarga dan menjaga tingkah laku diri.


"Saya sudah biasa dengan senario ini. Malah, secara semula jadi, semuanya bagai tabiat untuk terus menjadi baik.

"Semua tekanan atau pandangan skeptikal yang diberi segelintir pihak, saya anggap sebagai sesuatu yang positif," katanya kepada BH Online.

Dafi mengaku sering mengingatkan diri agar tidak mengambil kesempatan atas mandat atau jawatan dimiliki papa.

"Saya tidak boleh halang orang bercakap itu dan ini baik kepada diri saya atau papa. Tetapi saya kena belajar perkara ini di mana kita sendiri sendiri yang menentukan bagaimana orang luar memandang kita.

"Pastinya orang yang tak kenal akan anggap saya begitu atau begini. Tetapi hakikatnya, semua manusia sama. Saya tidak fikir detik ini atau situasi semasa menjadikan diri ini 'poyo' atau berlagak.

"Apa yang pasti, saya mahu terus bekerja keras dalam meneruskan survival dan minat diri ini (dalam dunia seni)," katanya.



Dalam masa sama, Dafi memuji cara penyanyi, Najwa Mahiaddin yang juga anak bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menangani situasi sama, sebelum ini.

"Saya lihat Najwa mengambil pendekatan berkecuali atau kurang 'bunyi'. Bagus cara beliau tangani kecaman dan perkara berkaitan rasa tidak puas hati yang dilemparkan kepada bapanya.

"Kalau Najwa bertindak sebaliknya, barangkali akan jadi lebih parah. Saya tidak mahu jadi punca papa 'stress' kerana hal rakyat.


Kredit foto: IG Najwa

"Banyak perkara saya perlu hati-hati termasuk memuat naik entri dalam media sosial. Tertekan juga kena fikir pandangan orang luar terhadap apa yang saya buat atau kongsi dalam media sosial.

"Namun, mahu atau tidak, saya kena membiasakan diri dalam hal itu," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 31-8-2021 11:58 AM
Dafi memang xpoyo


-Ariana Grande
Quote RatuDunia94 31-8-2021 11:58 AM
Kesian dafir karier heshe berpaut di dahan papanya..
Quote I.K.A888990 31-8-2021 12:17 PM
yeke xpoyo
Quote edayildiz 31-8-2021 12:30 PM
smlm mmpi dafi meninggal..apa kejadah la mmpi merepek tiber
yelah dafi xpoyo..yg poyo tu kak nah..tiber
Quote kitmal9545 31-8-2021 12:32 PM
dafi tak poyo tapi macam nak rebrandingkan semula(up)
Quote Thunderclouds 31-8-2021 01:24 PM
Dafi kna stay below the radar la. Ikut contoh najwa mahiadin.
Quote nakkomenjugak 31-8-2021 01:31 PM
femes lakkk heol akhir2 ni ehhh
sedehhhhhh
bergayut di nama apak
Quote kiah_mai_pulak 31-8-2021 01:40 PM
makin rancak pulak kau mencapub ya dafi sejak 2menjak ni.  
Quote PEPPERMAN 31-8-2021 01:44 PM
sebagai artis, walaupun sendu, aku rasa ada dia berkongi di medsos.

cuma aku jadi menyampah bila portal berita dok ulang siar pulak konten medsos nya sebaik bapaknya diangkat menjadi PM.
Quote exclusive_vvip 31-8-2021 01:47 PM
edayildiz replied at 31-8-2021 12:30 PM
smlm mmpi dafi meninggal..apa kejadah la mmpi merepek tiber
yelah dafi xpoyo..yg poyo tu kak nah..t ...

dedulu i dgr, kalu kita mimpi orang meninggal, tandanya orang tu kenyang..dafi  tgh kenyang kot masa u mimpi dia tu..haha..tapi mcm kelakar je kan..kenyang tu mmg tetiap hari org kenyang pun..
Quote edayildiz 31-8-2021 02:37 PM
exclusive_vvip replied at 31-8-2021 01:47 PM
dedulu i dgr, kalu kita mimpi orang meninggal, tandanya orang tu kenyang..dafi  tgh kenyang kot ma ...

haha kelakar..tp mmg bethol kenyang kot..dafi br lps mkn bfast kot time i mmpi..i mmpi pun tdo yg  lps subuh gitu
Quote LadyCarefree 31-8-2021 02:59 PM
Dahtu ko ikutlah cara najwa tu. Sampai sudah pun ramai xtau dia anak mahiaddin. Ada tu masih ingat dia anak muhyiddin.
Quote LadyCarefree 31-8-2021 02:59 PM
Dahtu ko ikutlah cara najwa tu. Sampai sudah pun ramai xtau dia anak mahiaddin. Ada tu masih ingat dia anak muhyiddin.
Quote jemahjacjon 31-8-2021 03:04 PM
Thunderclouds replied at 31-8-2021 01:24 PM
Dafi kna stay below the radar la. Ikut contoh najwa mahiadin.

Betul. Tak berkutik lgsg beliau masa abah kne tiaw depan blkg atas bawah.

Anak menteri lain dah mengelupur haaaaa
Quote TeropongThaico 31-8-2021 04:06 PM
Bagus tu... Jangan dok merempan sgt. Lepas ni pun stop la cerita pasal papa. Biar dia dengan kerja dia. U cuba naikkan balik nama u. No komen je lepas ni..
Quote ekselen 31-8-2021 04:19 PM
Dia ni keja apa?mcm xde fungsi jadik artis jek... Nk numpang naik sama nama apak ke tu?sblm2 ni sendu xde pun org nk amik kesah...now makin mencanak plk dia dok papa...papa...
Quote Katanya 31-8-2021 04:21 PM
Mmg dari dulu sampai sekarang style umur 17 tahun ke dia ni
Quote motimotikinn 31-8-2021 05:19 PM
Baru nengok dia dlm cite ada hantu haha
Quote deathacker 31-8-2021 07:17 PM
Kata nak ikut cara Najwa Mahiadin. Tp langsung x sama. Najwa tu dr dulu lg masa apaknya jd menteri lg x de ckp apa2 pun. Masa apaknya naik jd PM pun x berkutik,apa lg bila apaknya dijatuhkan. Pakat senyap je.

Yg ko pulak sibuk nak menempel dgn nama bapa. Rela terima kutukan org ramai x nak bg bapa stress.  Papa itu,papa ini. Menyampah.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058138 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top