CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Tepi Jalan Ditikam Abang Sebab Enggan Kahwin Lagi

31-8-2021 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5100| Komen: 28

Seorang wanita di Iraq dibunuh secara kejam oleh abangnya ketika pulang dari tempat kerja.

Lapor Gulf News, Nourzan Al Shammari, 30, ditemukan maut dalam keadaan terbaring di tepi jalan di kota Baghdad.



Kredit foto: Prime Time Zone

Rakaman video tular yang memaparkan insiden mengerikan itu menunjukkan Nourzan dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman.

Rakaman video tersebut mengundang kemarahan warganet dengan rata-rata mengecam pembunuhan itu.

Sementara itu, polis berkata, pihaknya berjaya menahan individu yang terlibat dalam kes pembunuhan itu.

“Individu itu ditahan dalam masa yang singkat,” jelas polis menerusi kenyataan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mejar Jeneral Saad Maan mendedahkan individu tersebut merupakan abang Nourzan.


Kredit foto: Gulf News


Tambahnya, individu itu dibantu oleh sepupunya yang masih diburu polis.

“Suspek mengaku membunuh wanita itu kerana masalah keluarga,” kata Saad Maan dalam kenyataan.

Media tempatan melaporkan, mangsa dipaksa berkahwin ketika dia masih muda.

“Dia kemudian bercerai dan enggan berkahwin lagi,” jelas laporan itu.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 31-8-2021 01:28 PM
Mcm muka addison rae pelakon he's all that. Lawanya.

Sian dah meninggal.
Quote nakkomenjugak 31-8-2021 01:39 PM
Menyebok betul abang nya tuu
Patut tikam diri jeee dok menyebok sangat hal orang
Entah laa budaya orang belah2 sana
Quote dua_chzy 31-8-2021 01:42 PM
Preity Zinta Iraqi.

Takziah saudari. Semoga abangmu mampos dek kobid.
Quote Cik_jantung 31-8-2021 01:57 PM
Ya Allah jahatnya abang.. paksa kawen sbb nk duit ke ape.. masuk penjara mereputz ko menderita sampai lobos kena kerjakan nnti
Quote honeyvanilla 31-8-2021 02:11 PM
baru je tengok alrawabi school for girls. abg dia bunuh adik sebab adik dia memalukan family ponteng sekolah lepak dgn boyfriend.. baru tau gk pasal 'honor killing' lps habis series tu
Quote cmf_premierleag 31-8-2021 02:13 PM
Cantiknya Nourzan ni
Quote Fortiori02 31-8-2021 02:14 PM
Tak guna pny abang...
Quote cmf_premierleag 31-8-2021 02:15 PM
dua_chzy replied at 31-8-2021 01:42 PM
Preity Zinta Iraqi.

Takziah saudari. Semoga abangmu mampos dek kobid.

Di mata iols lak, preity zinta malaysia ialah host tv3 nurul syuhada nurul ain ms dia free hair la dulu..lawa betul nurul ni.
Her cheeks ada baby fat sket2 and ada dimple gak...mcm features yg ada pd preity zinta gak...ada certain waktu,gaya rambut mcm sama.rambut paras bahu je
Quote naina 31-8-2021 02:30 PM
Cantiknyaaaa...keluarga toksik memang wajib dijauhi. Penyibuk. Siap nak urus dan ikut telunjuk mereka cara hidup kita dah kenapa.
Quote haznor 31-8-2021 02:31 PM
Cantik orang nya. Siapa sangka begitu pula pengakhiran hidupnya.
Quote sekngucing 31-8-2021 02:34 PM
nak buat mcmana...dah adat sana bunuh utk jaga kehormatan...
Quote ahlisihircute 31-8-2021 03:43 PM
Kesiannya....pasal x mau kawen lagi smp dibunuh...
Quote Potpouri 31-8-2021 04:26 PM
Jahat betul abangnya.. Ikut suka lah adiknya taknak kawen.

Semoga mendapat balasan di dunia dan akhirat.
Quote AyaqMeloSuam 31-8-2021 04:35 PM
Ereb mmg cmtu.. hampa tgk crita alwarabi girl school netflix tu..
Quote missus_meow 31-8-2021 04:42 PM
cantik orangnya ... abangnya gila ke ape?
Quote becir 31-8-2021 05:04 PM
Trust me her parents sure backup abang sendiri..

Very rare case kat Pakistan satu kapel ni cakap ngan polis jailkan anak jantan dia sebab bunuh Adik pempuan dia sendiri, an influencer..kapel ni tak nak blood money..
Quote batu kikir 31-8-2021 05:31 PM
Si mati ni pernah berkahwin.....kendian cerai.  Kira jandalah.  Tak nak kahwin lagi mungkin trauma.  Dapat laki biawak.  Kalau abg bodoh dia tu nak adik dia kahwin lagi.......kau bawak la jumpa adik kau lelaki handsome,  ada harta dan penuh sifat kasih sayang.  Tentu adik kau nak.
Quote Thunderclouds 1-9-2021 02:10 AM
Bunuh2 ni mmg adat belah sana ya. Kesian. Precious life wasted mcm tu ja. Esk2 blk jaman jahiliyyah smula. Branak ank ppuan kasi tanam. Lama2 bangsa depa pupus sbb xdak pembiakan. ﺻﺪﻕ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻌﻈﻴﻢ
Quote TOPwind 1-9-2021 02:15 AM
sepatutnya arwah  terus lari ke Sarawak

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.076920 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top