Seorang lelaki dari Jordan maut selepas membakar dirinya sebelum terjun dari jambatan Ten Arches Bridge di timur Amman. Media tempatan melaporkan, peniaga sayur berusia dalam lingkungan 40-an itu, membunuh diri selepas pihak berkuasa menyita gerainya di pasar.
Berdasarkan beberapa laporan, gerai lelaki itu disita selepas didakwa berniaga secara haram. Lelaki itu maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke jabatan forensik. Polis sedang menyiasat kejadian itu untuk mengenal pasti punca lain kematian lelaki tersebut. Satu rakaman video yang memaparkan pasukan bomba cuba menyelamatkan mangsa menjadi tular di laman media sosial serta dikongsi oleh warganet. Sejak beberapa tahun lalu, Jordan menyaksikan peningkatan dalam kes bunuh diri dan jenayah disebabkan pelbagai sebab khususnya kemiskinan akibat krisis Covid-19.
Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT