CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Viral Sebab Kuburkan Ibu Di Halaman Rumah

1-9-2021 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2874| Komen: 15

Jakarta- Seorang pemuda menjadi tular selepas mengebumikan jenazah ibunya di pekarangan rumah, lapor laman berita Suara.com.

Pemuda tersebut memuat naik video memaparkan kubur ibunya menerusi akaun aplikasi sosial TikTok @adhefin.


“Mungkin ini caraku,” demikian tulis lelaki tersebut bersama video yang dimuat naik itu.

Kredit foto: Suara.com

Dalam video tersebut, jelas kelihatan  lelaki itu sedang membersihkan kubur ibunya yang terletak di pekarangan kediaman mereka.

Lelaki itu menjadikan kubur itu mirip seperti di tanah perkuburan, lengkap dengan batu nisan berwarna hitam.

Biarpun hanya terletak di pekarangan rumah, lelaki itu tetap mengenakan pakaian yang sopan ketika melawat kubur ibunya dan dilihat berdoa di sebelahnya.


Rata-rata netizen yang menonton video tersebut berkata terdapat kelebihan meletakkan kubur di halaman rumah dan salah satunya ialah menghalang perebutan harta dan akan membuatkan anak-anak mudah untuk menziarah kubur ibu bapa mereka.

“Kelebihan mempunyai kubur di halaman rumah ialah, rumah akan menjadi sukar untuk dijual dan mudah untuk anak-anak pulang menziarah kubur,” tulis seorang netizen.

“Saya mahu sesuatu seperti ini, ketika saya mati kelak supaya saya dikebumikan di halaman rumah. Ini supaya anak-anak dan cucu boleh mengunjungi dan mendoakan saya setiap hari,” kata seorang lagi netizen.

“Saya sejujurnya berasa takut kerana akan selalu terbayangkan kematian.” tulis seorang lagi netizen. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ciktiekus 1-9-2021 08:43 AM
Bagusnya anak..hari2 boleh melawat ibu..
Quote sarah82 1-9-2021 08:45 AM
Baca berita ni buat aku teringat kisah di kalimantan ka sumatera ka.. Aku dah lupa nama haramjadah tu.. Suka korek dan makan jenazah.. Jadi bila ada ahli keluarga yg mati.. Depa akan kebumi berdekatan rumah.. Supaya senang nak halang jin haramjadah tu dari mencuri jenazah manusia... Depa boh kapur barus & limau nipis kat keliling kubur supaya boleh hapuskan baru jenazah.

Ni aku baca la
Quote Decaffeinated 1-9-2021 09:04 AM
Satu lagi berita dari indon yang sensasi lagi berinformasi

Terima kasih wartawan Cari
Quote dua_chzy 1-9-2021 09:15 AM
Decaffeinated: Satu lagi berita dari indon yang sensasi lagi berinformasiTerima kasih wartawan Cari


Menjana minda sungguh kan berita2 Wartawan Cari. Saya terharu.
Quote Xim 1-9-2021 03:13 PM

Again Raline....bukan isu semasa...
Quote tikusmontok 1-9-2021 04:41 PM
Isu semasa dari ndon ke ni hanat
Quote Friska 1-9-2021 04:47 PM
Keunikan Indonesia
Quote batmana 1-9-2021 04:57 PM
klu zmn dlu, kubur dekat2 umah ni psl nk elak org sabotaj kubur psl ilmu hitam
klu rajin bbual ngn org2 tua 70-80 tahun keatas, dorg akn cite lebih kurang cmtu,
smpai pnah jadi penjaga kubur pun ada.

org dulu main ilmu hitam smpai ada selongkar kubur, tu yg dorg tanam dekat2 dgn umah
Quote whitebeard 1-9-2021 05:07 PM
sarah82 replied at 1-9-2021 08:45 AM
Baca berita ni buat aku teringat kisah di kalimantan ka sumatera ka.. Aku dah lupa nama haramjadah t ...

Aku pernah baca
Lama dah dulu
Apa tah nama setan tu
Quote sarah82 1-9-2021 05:52 PM
whitebeard replied at 1-9-2021 05:07 PM
Aku pernah baca
Lama dah dulu
Apa tah nama setan tu

Tu la.. Aku ingat dia bersayap
Quote cmf_premierleag 1-9-2021 05:53 PM
x kisahlah dia nk kuburkan di mana pun
asalkan dln tanah kawasan dia sendiri
bukannya dia kaco jiran sblh pun
at least bleh gak mengingatkan pd kematian 24/7
Quote lurve82 1-9-2021 05:54 PM
Dulu2 masa otw pegi danau toba..mmg byk umah sblh dia kubur..lpas tu byk church juga..seram je…mmg 1st dan last la pegi…
Quote SalenaGomez 25-9-2021 11:25 AM
batmana replied at 1-9-2021 04:57 PM
klu zmn dlu, kubur dekat2 umah ni psl nk elak org sabotaj kubur psl ilmu hitam
klu rajin bbual ngn  ...

SG pernah jumpa kat satu kampung di Kuala Terengganu…org kampung tu mmg tanam di halaman rumah diorg…SG kebetulan tumpang  tidur rumah di situ…merasa lah tidur kat kampung tu..memula seram juga tp lepas tu rasa biasa je sbb kubur sedara mara sendiri
Quote haziqah 25-9-2021 05:11 PM
lurve82 replied at 1-9-2021 05:54 PM
Dulu2 masa otw pegi danau toba..mmg byk umah sblh dia kubur..lpas tu byk church juga..seram je…mmg  ...

Mmg pun. Kubur tepi rumah saja. Tapi saya suka tgk halaman depa, penuh tanam sayur

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.088101 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top