CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rody Kristal Minta Lan Solo Dan Siti Nordiana Berdamai, Buang Ego

1-9-2021 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7214| Komen: 26

Gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody berharap kes saman antara sahabatnya iaitu Lan Solo, Siti Nordiana dan beberapa individu lain dapat diselesaikan dengan baik.

Menurut Rody atau nama sebenar Mohd Rodi Baharudin, walaupun tidak mengetahui punca sebenar konflik antara rakan-rakannya itu namun dia menasihatkan agar mereka membuang ego dan berdamai.

Kredit foto: IG

“Mereka adalah rakan-rakan saya sejak zaman sekolah... zaman Kristal muncul dulu, kita tak tahu apa sebab terjadi benda ini. Tak tahu apa masalah dalaman mereka.

“Yang penting kita harap mereka semua berdamai... ego tu buang la macam lagu Terpisah, boleh baca liriknya. Dalam kehidupan kita ini kalau boleh saling memahamilah,” ujarnya kepada mStar.




Bercakap tentang Ewal sebagai vokalis baharu kumpulan Kristal, Rody berkata dia sudah lama mengenali penyanyi itu sejak kecil.

“Saya kenal Ewal daripada dia budak lagi, masa tu saya suka ke studio Ali XPDC untuk berlatih... saya nampak dia memang budak rock.




“Kita nampak dia punya karisma sebab sebelum ini kita ada buat YouTube jamming, Ewal terlibat dan dia hafal kebanyakan lagu Kristal.” katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mawar91 1-9-2021 09:41 AM
So korg kristal dengan Lan da berbaik ke?
Quote uori 1-9-2021 09:44 AM
Mawar91 replied at 1-9-2021 09:41 AM
So korg kristal dengan Lan da berbaik ke?

yang bagi komen tentang kes nih semua jenis kaki sembang je. baik diam macam retis lain, bodoh pun nampak bijak je
Quote twins 1-9-2021 09:47 AM
apa yg aku nampak... kalau si nana tu yg berlembut maafkan semua 5 org tu...
perkara ni takkan diam gitu jer.... silap2 lepas "sesi bermaafan" ada lagi live
lebih panjang menyambut kemenangan ber 5 tu.. sbb akan nampak mcm memang
dorang ni tak bersalah langsunggg.....
Quote Nizleen86 1-9-2021 10:05 AM
Better siti nana go on je dengan saman tu.. tak boleh buat kawan org2 macam mereka berlima tu. Bahaya....kalau berbaik pun tak mungkin macam dulu.
Quote AshkieLa 1-9-2021 10:07 AM
Edited by AshkieLa at 1-9-2021 01:02 PM

alahai rodi, ko pun pernah gaduh dgn lan kan.patut lebih paham.
fikir sikit tentang reputasi yg diumpat dgn kerjaya dia because of these 5 mulut puaka.
then dia takde buat ape2 harsh statement in public pun keji2 diorg berlima ni...
just proceed suruh yg berlima tu minta maaf atau kena saman.
diorg yg taknak minta maaf, so mendapatlah the consequences....


Quote winky1 1-9-2021 10:10 AM
twins replied at 1-9-2021 09:47 AM
apa yg aku nampak... kalau si nana tu yg berlembut maafkan semua 5 org tu...
perkara ni takkan diam ...

I quite agree with you here. Ada possibility.
Quote krustykrab 1-9-2021 10:10 AM
twins replied at 1-9-2021 09:47 AM
apa yg aku nampak... kalau si nana tu yg berlembut maafkan semua 5 org tu...
perkara ni takkan diam ...

Betul...dgn org2 keliling kita pun sama..pagi mintak maaf ptg mengumpat balik
Elok disaman je
Quote winky1 1-9-2021 10:11 AM
Nana, menang kalah secondary. Terus saman.. Supaya kes ni jadi pengajaran. Kes yg paling tak produktif namun perlu.
Quote Burong_Hantuk 1-9-2021 10:23 AM
boring dengan citer acik nana sendu nih
Quote kiah_mai_pulak 1-9-2021 10:25 AM
yg kau tu dh bermaaf maafan ke Lan bapak kepada bdk2 bajau laut tu?
Quote zehra2 1-9-2021 10:27 AM
ko diam rodi.. ari tu ko pun gaduh dgn lan
Quote tipah89 1-9-2021 10:30 AM
Mawar91 replied at 1-9-2021 09:41 AM
So korg kristal dengan Lan da berbaik ke?

kan...nasihat org pandaiiii..hahaha

Quote Mini.Me 1-9-2021 12:52 PM
Org dah ngumpat ko terang2an senang2 je nak suruh berbaik...atleast suruh laa geng ngumpat tu mtk maaf dulu...ak takde laa ngefan sgt ngn nana tp kalo ak kat tmpt sheols pon memg kaw2 ak saman malu defamation
Quote scarflicious 1-9-2021 01:08 PM
Takkan org kena fitnah nak kena minta maaf.. Kan?
Quote Imkhai 1-9-2021 02:50 PM
sibuknya la alahai duk diam2 la ko rody x ada kena mengena dgn ko pon kes ni x kena btg hidung sendiri blh la sembang
Quote woven11 1-9-2021 07:34 PM
Panas pun betul bila baca acik bawang suruh nana berdamai je. Kena kat orang lain gasak lagi teruk agak nye. Patut ko spesifik kan yg kena buang ego tu lan. Dah berbaik blm dengan lan? Sembang kari
Quote doubleharmonic 1-9-2021 08:26 PM
eh babi ko dah hilang ingatan ke apa ni babi? ko jugak dulu meroyan kat melodi ada orang menyamar lah kata kau penipu bagai boleh pulak kau ambik tindakan? asal ko tak maafkan jah penyamar penipu tu hah babi?

[youtube]HpwE8AO8AlI[/youtube]

Quote gekkou 1-9-2021 09:47 PM
sembangggg kan
kena batang hidung sendiri kau jua meroyan kan
nana dah bagi peluang untuk minta maaf
degil ego kan bini si lan tu menjadi2 siap perli2
Quote eizzlin 1-9-2021 10:24 PM
kiah_mai_pulak replied at 1-9-2021 10:25 AM
yg kau tu dh bermaaf maafan ke Lan bapak kepada bdk2 bajau laut tu?

Hahahhah tak agak2la komen ni...ambik masa seminit jgk nk pahamkan...siot la sis

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.057502 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top