CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemunculan Varian C.1.2 Resahkan Pakar

1-9-2021 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7113| Komen: 57

CAPE TOWN: Pakar penyelidikan genetik menzahirkan kebimbangan melihat kemunculan varian baharu Covid-19 yang mempunyai banyak persamaan seperti varian lain termasuk Alpha, Beta dan Gamma. 


Lapor CNN, varian yang dikenali sebagai C.1.2 menular di seluruh Afrika Selatan termasuk di tujuh negara lain di Afrika, Asia dan Pasifik. 

Para penyelidik belum dapat mengesahkan sama ada mutasi jenis varian itu lebih berbahaya, tetapi ia membawa perubahan kepada varian lain untuk meningkatkan kebolehjangkitan terhadap tindak balas sistem kekebalan tubuh badan manusia hingga tahap tertentu. 

Foto: AFP

Pasukan penyelidik yang turut dianggotai ahli virologi dari Institut Penyakit Berjangkit Afrika Selatan, Penny Moore menjelaskan mutasi yang lebih banyak tidak semestinya lebih berbahaya.


“Kami sedang menilai kesan varian ini pada peneutralan antibodi berikutan jangkitan koronavirus atau vaksinasi terhadap koronavirus di Afrika Selatan.

“Varian ini dikesan semasa jangkitan gelombang ketiga sejak Mei lalu dan dikaitkan dengan penularan varian baharu,” katanya dalam laporan. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenal pasti empat jenis varian iaitu Alpha atau B.1.1.7, Beta (B.1.351), Gamma (P.1) dan Delta (B.1.617.2). 

Varian yang mempunyai mutasi yang membimbangkan dan menyebabkan kluster penyakit termasuk Eta (B.1.525), Iota (B.1526), Kappa (B.1.617.1) dan Lambda (C.37). 

Ketua Teknikal Covid-19 WHO, Maria Van Kerkhove berkata, bilangan individu yang disahkan positif akibat dijangkiti varian C.1.2 sangat sedikit. 

“Sehingga kini, hanya terdapat sekitar 100 kes dikaitkan dengan varian C.1.2 yang dilaporkan di seluruh dunia dan kes varian itu belum meningkat,” jelasnya.  -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 1-9-2021 09:50 AM
Tak leh welcome Omega lagi.  
Quote Kurex 1-9-2021 09:53 AM
Hmmmm lepas ni varian apa lagi
Quote AbukRokok 1-9-2021 10:00 AM
jeng jeng jeng..hiduplah kamu dalam ketakutan
xboleh balik raya 2022 (kecuali aku)
Quote exclusive_vvip 1-9-2021 10:03 AM
sarah82 replied at 1-9-2021 09:50 AM
Tak leh welcome Omega lagi.

mungkin Sigma dulu..kihkihkih
Quote sarah82 1-9-2021 10:04 AM
exclusive_vvip replied at 1-9-2021 10:03 AM
mungkin Sigma dulu..kihkihkih

Muahahahahaha.. Jenuh kita nak ingat nama.
Quote Thunderclouds 1-9-2021 10:06 AM
Mmm.. standby tadah bahu je la utk dos 3..4..5..6..7 dan seterusnya sajm
Quote TuntungReturn 1-9-2021 10:14 AM
kena iktiar cm ne nak hapuskan virus ni. setakat dok kawal x bleh
Quote n3ar 1-9-2021 10:23 AM
Nampak sangat virus ni memang modified oleh manusia... Senang sgt mutate.. Kalau virus liar, kan susah nak bermutasi.. Tgok virus2 selsema babi berapa kerap sgt dia mutate.. Virus rabies, takde lak dgr varian baru...
Quote krustykrab 1-9-2021 10:27 AM
Tak pe la..harap2 dgn ini populasi manusia berkurangan hingga 1% je..yg survive yg kuat  je..yg lemah sila mengucap cepat2
Quote Guccibamboo 1-9-2021 10:36 AM
AbukRokok replied at 1-9-2021 10:00 AM
jeng jeng jeng..hiduplah kamu dalam ketakutan
xboleh balik raya 2022 (kecuali aku)

Kenape kecuali u? Sbb mmg duduk kg ke
Quote Hizert 1-9-2021 11:14 AM
Pening orang lab covid oii. Delta pon diorang tak dapat nak beza dengan yang varian biasa. Ni dok ada varian2 lain pulak. Ada yang lagi pandai dari depa la tu.
Quote RatuDunia94 1-9-2021 11:25 AM
krustykrab replied at 1-9-2021 10:27 AM
Tak pe la..harap2 dgn ini populasi manusia berkurangan hingga 1% je..yg survive yg kuat  je..yg lema ...

Entah2 yg survive tu yg antivaksin.. hahaa
Quote abangbikerz 1-9-2021 11:27 AM
n3ar replied at 1-9-2021 10:23 AM
Nampak sangat virus ni memang modified oleh manusia... Senang sgt mutate.. Kalau virus liar, kan sus ...

palatao sungguh
Quote abangbikerz 1-9-2021 11:28 AM
expert cakap inevitably everyone will catch the virus later. entahla
Quote julia5094 1-9-2021 11:31 AM
abangbikerz replied at 1-9-2021 11:28 AM
expert cakap inevitably everyone will catch the virus later. entahla

Kemungkinan besar la...sebab macam selsema la jugak...keberangkalian kita mesti pernah dapat kan? Macam tu la...Tunggu masa je la. Paling penting kesihatan kena jaga...

Quote milafida 1-9-2021 11:41 AM
Lepas ni akan muncul macam2 variant lagi uols
Quote kemaruk 1-9-2021 12:46 PM
apa nak takut

herd immunity kan ada kankankan
Quote lurve82 1-9-2021 12:48 PM
Be prepare je la…lemas dh dgn covid ni..
Quote krustykrab 1-9-2021 12:55 PM
RatuDunia94 replied at 1-9-2021 11:25 AM
Entah2 yg survive tu yg antivaksin.. hahaa

Tak kisah lah sapa2 pun...biar 1%je populasi dunia
Ramai2 pun buat pe, asik bertekak, berperang,bunuh binatang, rosakkn bumi..

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.070368 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top