CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 11 Tahun Jatuh Pokok, Kantung Skrotum Ditusuk Kayu

1-9-2021 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2235| Komen: 7

Seorang kanak-kanak terselamat selepas sebatang kayu sepanjang lima sentimeter menembusi kantung buah zakarnya selepas dia terjatuh dari sebatang pokok, lapor akhbar The Sun semalam.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu dilaporkan sembuh sebulan selepas insiden tersebut meskipun  kehilangan beberapa milimeter daripada testikelnya.


Ketika kejadian, dia sedang memanjat sebatang pokok, namun hilang imbangan secara tiba-tiba yang mengakibatkannya terjatuh.



Kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke hospital empat jam selepas kemalangan berlaku.

Gambar hasil imbasan doktor menunjukkan terdapat sebatang kayu  menembusi bahagian bawah kiri skrotum kanak-kanak terbabit.

Doktor turut mengimbas bahagian tersebut bagi mengesahkan bahawa testikelnya tidak mengalami kerosakan sebelum mengeluarkan kayu tersebut.

Sebaik kayu itu dicabut, kanak-kanak berkenaan diberikan ubat  antibiotik dan suntikan tetanus bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman.


Sebulan selepas dirawat, kanak-kanak tersebut dilaporkan telah sihat sepenuhnya.

Dalam pada itu, seorang pakar bedah urologi , Jonathan Glass berkata, kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana kayu itu tidak mengenai testikel atau arteri utama yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan serius.

“Kecederaan yang akan mengubah seumur hidupnya akan berlaku sekiranya kayu itu mengenai uretra, testis atau zakar.

“Bahagian-bahagian lain yang turut berisiko adalah pundi kencing, usus kecil dan besar serta arteri dan urat-urat utama,” jelasnya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 1-9-2021 11:59 AM
abah aku pernah rabun sebelah mata gara2 panjat pokok. Tapi tu la sampai sekarang tak serik2 panjat pokok, siap beli alat memanjat lagi di shoppe. Aku plak walau dh kemalangan berkali2 pernah gak trauma sekejap, tapi tak serik nak memandu kereta. Cam sekali tu ada bebudak lelaki melayu sengkek 4-5 ekor bersembang tak ingat dunia tapi bangang gi langgar belakang kereta aku time hujan. Kebetulan time tu dah senja nak balik gi rumah sewa sebab kerja di negeri orang. Dah kereta buruk suka2 je kau bawak laju menyembang. Dasar budak2 bbnu bodoh takde duit tapi nak bergaya. Pengecut dah langgar, sekor pun tak berani keluar kereta. Nasib ko baik sangat2  terlanggar aku perempuan melayu sejenis penakut, kalau kau langgar perempuan cina/india kena bayar beribu2 la jawabnya atau merengkok dalam balai polis sebab bawa cuai.
Quote nakkomenjugak 1-9-2021 06:11 PM
ughhhhhhh nasib ko bertuah dek non
Quote sekngucing 1-9-2021 06:45 PM
adik aku oernah kena mcm ni  pd tahun  1993
Quote supernaturalee 1-9-2021 07:31 PM
sekngucing replied at 1-9-2021 06:45 PM
adik aku oernah kena mcm ni  pd tahun  1993

Dh kawen ke adik uols

Quote sekngucing 1-9-2021 10:06 PM
supernaturalee replied at 1-9-2021 07:31 PM
Dh kawen ke adik uols

Anak dah 3...dia oergi gelongsor di palang gol bolasepak..tersangkut di cangkuk utk.letak net bola
Quote I.K.A888990 2-9-2021 02:33 PM
ngeri plak
panjang umur budak ni
Quote supernaturalee 2-9-2021 09:22 PM
sekngucing replied at 1-9-2021 10:06 PM
Anak dah 3...dia oergi gelongsor di palang gol bolasepak..tersangkut di cangkuk utk.letak net bola

Syukur function very well
Hehehe

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.046080 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top