Seorang model nyaris maut selepas dia diserang singa ketika menjalani penggambaran di Burgenland, di timur Jerman. Wanita yang dianggap sebagai pencinta haiwan itu mengalami kecederaan parah di kepala.
Lokasi kejadian adalah kawasan yang menempatkan dua ekor singa iaitu Troy dan Paris. Polis berkata, mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Pihak berkuasa Burgenland berkata, tiada sebarang masalah terhadap hidupan liar di kawasan berkenaan. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian itu berlaku. Dalam pada itu, akhbar tabloid Jerman melaporkan mangsa adalah Jessica Leidolph, 36. Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan jenis penggambaran yang dilakukan mangsa dan pihak yang bertanggungjawab. Menurut laman web rasminya, Leidolph memiliki kuda, kucing, merpati dan burung kakak tua.
Pemilik kawasan hidupan liar itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung kejadian. Troy dan Paris sebelum ini juga pernah terbabit dengan penggambaran iklan komersial untuk sebuah jenama televisyen. Pihak berkuasa daerah memaklumkan, keadaan kesihatan dan tingkah laku haiwan itu sudah diperiksa pihak keselamatan lokasi itu bulan ini. Sementara itu, kumpulan hak haiwan, Peta berkata, haiwan itu tidak sepatutnya dieksploitasi untuk keuntungan komersial. Sumber: Harian Metro
|
matamata replied at 1-9-2021 01:50 PM
Sekali encik singa ngap....
imransulaiman: Sekali imbas macam rupa penyanyi tersohor negara! {:childlike
Ciktiekus replied at 2-9-2021 03:16 PM
Aku imbas mcm akak britney s pulak..
cecari replied at 1-9-2021 03:02 PM
tapi berita luar negara sebut leopard... bukan singa.... takkan wartawan tak tau beza singa dgn ri ...
ADVERTISEMENT