CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Syak Ia Kecuaian Pihak Hospital" - Anak Pesakit Meninggal Di Lantai Wad

1-9-2021 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12853| Komen: 116

Keluarga seorang lelaki warga emas yang dilihat merangkak di atas lantai dan cuba memaut pada katil untuk berdiri sebelum rebah dan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah menuntut polis membuat siasatan mengenai punca kematiannya.


Dalam laporan polis yang dibuat pagi tadi, anak perempuan K Ehambaram, 74, berkata pihak keluarga mendakwa punca kematian mendiang berpunca daripada jatuh dari katil hospital dan bukan kerana Covid-19.


Kredit: MalaysiaKini

Katanya, pihak keluarga ingin mencari punca kematian mendiang dan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak hospital, atas kecuaian.

"Saya syaki punca kematian beliau disebabkan jatuh katil atas kecuaian pihak hospital dan bukan disebabkan seperti yang dinyatakan nota keluar hospital yang diberi pihak hospital iaitu pneumonia teruk.

"Saya membuat laporan polis ini bagi memohon pihak polis menyiasat punca kematian dan kecuaian pihak hospital yang jelas dalam video tersebut (yang tular)," kata anak perempuan Ehambaram, Chitradevi dalam sidang media di laman sosial Facebook aktivis NGO Malaysia Tamilar Kural, David Marshel, hari ini.


Semalam, Free Malaysia Today melaporkan seorang lelaki warga emas dilihat merangkak di atas lantai dan cuba memaut pada katil untuk berdiri sebelum rebah.

Kejadian itu didakwa dirakam di sebuah wad hospital di Kedah dengan video berkenaan kini tular dan mencetuskan kemarahan warganet.

Lelaki itu dikatakan terbaring di lantai tanpa sesiapa pun datang menjenguknya sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir kira-kira 40 minit kemudian.

Beberapa video menunjukkan lelaki yang sangat lemah itu cuba berdiri dengan memaut pada katil pesakit lain di lokasi dipercayai wad Covid-19.

Berikutan itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah Dr Othman Warijo menafikan dakwaan bahawa petugas di wad Covid-19 Hospital Lama Sungai Petani lambat memberi tindak balas dan rawatan kepada seorang pesakit sehingga dia meninggal dunia di lantai wad berkenaan.

Othman ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai insiden berkenaan dan telah mengadakan perbincangan dengan petugas-petugas terlibat untuk melengkapkan siasatan.

“Pesakit mempunyai sejarah beberapa penyakit kronik dan mendapat jangkitan Covid-19 kategori empat yang memerlukan bantuan oksigen,” katanya dalam kenyataan.



Dia juga mendakwa bahawa pihak hospital telah menjelaskan kejadian itu kepada keluarga mangsa di mana mereka dikatakan menerimanya dengan baik, dan mendesak orang ramai untuk berhenti menyebarkan video berkenaan keluarga Ehambaram.

Bagaimanapun, mengulas lanjut perkara itu, David Marshel yang menemani ahli keluarga Ehambaram ke hospital pagi tadi menafikan kenyataan Othman itu.

Bercakap dengan Malaysiakini, dia mendakwa bahawa keluarga tersebut tidak diberi penerangan oleh pihak hospital mengenai kejadian terbabit, selain punca kematian pesakit.

"Saya percaya kenyataan tersebut telah dimanipulasi. Ini tak betul, mereka belum melakukan siasatan yang cukup, dan membuat kenyataan ini. Keluarga tidak diberitahu mengenai keadaannya atau kejadian itu.

"Satu-satunya perkara yang mereka sampaikan kepada keluarga adalah masa kematiannya dan penyebab kematiannya. Bukan mengenai kejadian yang telah terjadi," kata Marshel.

Marshel berkata keluarga mereka juga tidak pernah meminta penularan video yang memaparkan Ehambaram didakwa dibiarkan mati di hospital di Sungai Petani dihentikan bagi menghormati keluarga si mati seperti yang dinyatakan Othman.

Tambah Marshel, mayat Ehambaram telah dibawa oleh pihak berkuasa ke Hospital Alor Setar untuk bedah siasat.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote depresio 1-9-2021 01:50 PM
Sorry la kalau bab berurusan dgn geng ni..
Aku surrender.


Quote edayildiz 1-9-2021 01:56 PM
lama jgk 40 minit..yg rakam tu reti rakam jer ke? i xfhm jgk org yg blh rakam..kalau i ni ditempat kejadian tak sempat nk rakam dh gigil cpt2 nk pgil doc or nurse..nk tlg bg cpr ke apa mmg idok la i mampu..tlg panggil jer blh
Quote misuke 1-9-2021 02:01 PM
Ntah..tak rasa ka nk tolong jerit panggil staf
Quote krustykrab 1-9-2021 02:05 PM
Tgk yg duk atas katil sambil.main phone tu pekak ke buta
Quote glump 1-9-2021 02:12 PM
Kul berapa tu kalau samapi betul 40 minit dibiarkan n perakam tega merakaam Tanpa but apa2 tindakan ..memang dasar perakam memgejar likes, popularity je bukan nak nmembantu
Quote mclaren 1-9-2021 02:16 PM
"Dr Othman Warijo menafikan dakwaan bahawa petugas di wad Covid-19 Hospital Lama Sungai Petani lambat memberi tindak balas dan rawatan kepada seorang pesakit sehingga dia meninggal dunia di lantai wad berkenaan."

Menafikan lambat beri tindak balas??
40 minit tu, bukan 40 saat!
Quote trexxxxxi 1-9-2021 02:22 PM
Hmm speechless

Quote dua_chzy 1-9-2021 02:24 PM
Asal orang tua mati di sepital, mesti doktor (pemalas) tulis pneumonia. Pft.
Quote gbam 1-9-2021 02:29 PM
ni kat hospital lama sungai petani ke kat hospital baru, haritu kata kat hospital baru. hospital baru tu ada je butang kecemasan kat tepi katil guna utk panggil nurse on duty. nampak rakaman tu diambil dari atas katil, sudut menjunam ke bawah gitu. pesakit katil sebelah jugak, orang awam mana ada berkeliaran dlm hospital musim covid, masa lawatan pun strict sekrang ni, itu hanya 1 orang waris dibenar masuk tak mcm dulu, beramai-ramai masuk masa time lawatan.
Quote zamzam 1-9-2021 02:34 PM
gbam replied at 1-9-2021 02:29 PM
ni kat hospital lama sungai petani ke kat hospital baru, haritu kata kat hospital baru. hospital bar ...

Hospital baru HSAH. Hospital daerah lama tu xder wad dah rasanya. Cuma untuk non critical case cam buat med exam pi haji or bebudak masuk u.
Quote Imkhai 1-9-2021 02:36 PM
kn wad covid dlm tu semua pakai oksigen korang kecam si perakam konon x mintak tolong ke nurse nk mintak tolong mcm mn dia pon pakai mesin oksigen
Quote Timortimur 1-9-2021 02:42 PM
Kesian uncle ni.
40 minutes tak lama mengikut kata Pengarah Kesihatan?
Btw macam mana nak tengok video tu?
Quote dua_chzy 1-9-2021 02:46 PM
Korang imagine aje la uncle tu pak ka mak korang.
Quote hareeeesah 1-9-2021 02:46 PM
depresio replied at 1-9-2021 01:50 PM
Sorry la kalau bab berurusan dgn geng ni..
Aku surrender.

Ada orang cerita kat iolls, ada anak gang ni nak naik bas, tp dah lambat bas pun nak gerak dah la keluar perkarangan terminal, dia 2 kereta stop depan bas 1 kampung dia bawwk diri depan bas bak hang.. seram iolls dengar..
Quote UMMI_MAI 1-9-2021 02:50 PM
betul ke rakaman selama 40 minutes ?
Quote cecari 1-9-2021 02:51 PM
glump replied at 1-9-2021 02:12 PM
Kul berapa tu kalau samapi betul 40 minit dibiarkan n perakam tega merakaam Tanpa but apa2 tindakan  ...

kalau macam tu tindakan patut diambil kepada perakam tu.. kenapa dia biarkan? takder inisiatif untuk menolong tekan butang ka apa ka...
Quote imanjannah 1-9-2021 02:54 PM
meninggal selepas 40 minit kan, bukan merakam atau dibiarkan selama 40 minit, moga ada keadilan untuk pakcik ni
Quote hanihan16 1-9-2021 02:56 PM
macam aneh pulak 40 mins went by without sorang pun staff hospital lalu lalang kat tempat dia terbaring tu? selalu hosp gen ni even masa pertukaran syif pun ramai je staff drpd doktor pelatih, nurse, tukang sapu, guard, or yg agih makanan tu dalam ward buat kerja depa.
Quote kucingitam 1-9-2021 02:57 PM
bersangka baik je lah eh..yg rakam tu pun pakai mask o2, dgn tgn kena cucuk saline lagi. tah dia dah ping for help tp xde sapa yang attend..

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.263394 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top