Ujian berat terpaksa dilalui penyanyi Azzam Sham apabila datuknya meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada pagi Selasa. Lebih menyedihkan apabila pada hari yang sama Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzamuddin Loo Hisham turut mendapat berita ibu bapanya disahkan positif Covid-19.
"Saya dapat berita datuk saya meninggal dunia pada pukul 2.45 pagi Isnin disebabkan komplikasi paru-paru dan uzur. "Pagi tu juga masa nak urus jenazah, keadaan ayah tak berapa sihat. Saya tak sedap hati terus buat swab test dan malangnya keputusan mak dan ayah positif Covid-19. "Mereka kini sedang kuarantin di rumah abang angkat saya. Keadaan mak saya baik tapi ayah saya ada asma. Itu yang membimbangkan terutama bila dia batuk-batuk,” kata kepada mStar.
Bagaimanapun, menurut Azzam, 24, kebimbangannya sedikit berkurangan kerana ibu bapanya telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19. Sementara itu, kata Azzam sebagai anak sulung dia bertanggungjawab untuk menjaga lima adiknya sehingga keadaan ayah dan ibunya kembali pulih. |
CARI-MRO replied at 2-9-2021 10:52 AM
"Pagi tu juga masa nak urus jenazah, keadaan ayah tak berapa sihat. Saya tak sedap hati terus buat s ...
laksmanabentan: da spread ke siapa tak tahu la kannnn....
ADVERTISEMENT