Yogyakarta: Objek seperti kuali raksasa ditemukan di Kretek, dekat sini dan diangkat setelah ditemukan pada kedalaman tiga meter. CNN Indonesia melaporkan, Supardi, penyewa tanah di kawasan itu menjelaskan objek berkenaan ditemukan petang semalam ketika salah seorang pekerja projek melakukan penggalian.
Kawasan itu dirancang untuk projek perladangan. “Orang tua pernah beritahu kawasan ini merupakan tempat pam air oleh Belanda. Ini (objek) bukan untuk memasak tetapi sebahagian daripada mesin pam air,” katanya. Menurut Supardi, wilayah Jambidan termasuk Kretek pernah dikenali sebagai ladang tebu.
Jelasnya, pemerintah Belanda membina pam air di kawasan itu untuk mengairi kawasan ladang. Terdahulu penduduk memberitahu penemuan objek tersebut sebagai kuali raksasa zaman purba. Ramai yang beranggapan ‘kuali’ itu digunakan oleh makhluk gergasi. -CARI Sumber: Kosmo
|
JohnyEnglish replied at 2-9-2021 10:45 AM
Kuali tu dipercayai digunakan utk buat dodol pada zaman dulu
kesimpulan-dodol asal indon
JohnyEnglish replied at 2-9-2021 10:45 AM
Kuali tu dipercayai digunakan utk buat dodol pada zaman dulu
kesimpulan-dodol asal indon
Dodol berasal dari Jawa Barat, Republik Indonesia. Sejarah produksi dodol berkaitan erat dengan salah satu bahan utamanya, gula aren atau gula aren, gula tradisional yang terbuat dari getah Arenga pinnata tanaman, dan juga tepung beras
highcastle: Cuma nak tahu berapa usia kuali ni yek.......
Simunggu replied at 2-9-2021 10:40 AM
UFO terbabas & terbelah dua tu
ADVERTISEMENT