CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengguna Keliru, Ayam Halal Disalah Label Sebagai Kulit Babi

2-9-2021 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1826| Komen: 1

SINGAPURA: Pasar raya Giant meminta maaf setelah satu produk ayam halal disalah label sebagai kulit babi dari Australia di salah sebuah cawangannya.

Berita Mediacorp melaporkan, ini setelah seorang pengguna Reddit MorteensG menulis catatan tentang kejadian itu, semalam.

Dalam catatannya, beliau berkata ‘jadi, sebagai seorang Muslim, ini membuat saya keliru semasa berbelanja bagi barangan dapur’.


Foto: Utusan

Catatan itu diiringi gambar yang menunjukkan dua bungkusan daging ayam yang ditampal label Giant ‘kaki ayam tidak bertulang yang halal’, walaupun bungkusan itu juga ditampal label ‘kulit babi dari Australia’.

“Kami maklum tentang salah label yang berlaku di salah satu cawangan kami dan sudah mengambil tindakan segera untuk membetulkan kesilapan itu.


“Kejadian sedemikian dipandang serius dan kami telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap produk-produk di cawangan kami dan memberi taklimat kepada pasukan kami bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami kerana memaklumkan hal ini kepada kami dan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,” kata seorang jurucakap Giant sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp

Kejadian itu bukan kali pertama sebuah rangkaian pasar raya utama tersalah label produk-produk makanan halal.

Pada 13 Ogos, NTUC FairPrice meminta maaf di laman Facebooknya setelah satu produk ayam ‘disalah label sebagai daging babi’ di cawangannya di Paya Lebar Quarter.

Kenyataan itu dibuat sejam selepas pengguna Facebook Star Rysa Ayiid menulis catatan di kumpulan Complaint Singapore yang disertakan gambar daging ayam halal yang dilabel sebagai hirisan daging babi.

Beliau juga menggesa pelanggan Muslim yang lain supaya membaca label makanan dengan betul sebelum membeli.

“Kami memandang serius hal ini dan melaksanakan proses-proses tambahan bagi mengelak perkara serupa daripada berlaku di masa hadapan,” menurut FairPrice. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 2-9-2021 02:17 PM
sebagai seorang Muslim, ini membuat saya keliru semasa berbelanja bagi barangan dapur’.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.144710 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top