Tidak menghiraukan letupan yang boleh berlaku pada bila-bila masa, penduduk setempat dilihat berbondong-bondong mengambil minyak tanah yang tumpah dari lori terbalik. Kompas.com melaporkan, sebelum kejadian yang berlaku di Desa Iti, Seram Barat, lori tangki Pertamina dengan muatan sekitar 5,000 liter minyak tanah itu dalam perjalanan untuk menyalurkan minyak ke beberapa kawasan di daerah berkenaan.
Disebabkan laluan jalan yang sempit, lori tangki tersebut terbabas dan terbalik ke luar jalan raya sehingga mengakibatkan beribu-ribu liter minyak tanah tumpah. Seorang saksi berkata, dia melihat ramai penduduk terutamanya golongan wanita mengambil kesempatan untuk mengambil minyak tanah menggunakan tong. Katanya, ada individu yang melarang dan memberi peringatan kepada penduduk kerana bimbang akan berlaku ledakan akibat tumpahan minyak itu.
“Penduduk tetap nekad mengambil minyak tanah yang tertumpah itu. Walaupun ada yang melarang, namun mereka hanya ketawa sahaja dengan amaran tersebut,” katanya. Ketua Polis Seram Barat, Chris Soissa mengesahkan kejadian tersebut dan mendapatkan keterangan daripada pemandu lori tangki tersebut. Sumber: Utusan
|
edayildiz replied at 2-9-2021 03:59 PM
wat is dat? minyak tanah?
tp kalau berkaitan mnyk gini mstila tacod meletop khenzz..blh lak ...
edayildiz replied at 2-9-2021 04:01 PM
done gugel..is thinner/ turpentin ropanya
edayildiz replied at 2-9-2021 04:01 PM
done gugel..is thinner/ turpentin ropanya
Friska replied at 2-9-2021 04:23 PM
Masih banyak daerah di Indonesia masih pakai minyak tanah (kerosene) sebagai bahan bakar untuk memas ...
tikusmontok replied at 3-9-2021 02:43 AM
Umor ko berapa jah minyak tanah tak tau?
sekngucing replied at 3-9-2021 03:27 AM
You tak.kenal.minyak.tanah? You from.generation.mana???
edayildiz replied at 3-9-2021 04:58 AM
tau dah..negeri i tinggal tu nama dia lain
JohnyEnglish replied at 3-9-2021 08:02 AM
Kat kg aku panggil minyak gah/gas
ADVERTISEMENT