CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangga Dengan Pencapaian Ziyad, Agong & RPA Harap Kejadian Tak Berulang

2-9-2021 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1864| Komen: 4

Tidak menang pingat, tapi menang di hati seluruh rakyat Malaysia termasuk Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Muhammad Ziyad Zolkefli biarpun pingat emasnya dibatalkan.


Menerusi catatan di laman Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang atlet lontar peluru negara itu di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila memecah rekod dunia miliknya sendiri dengan lontaran sejauh 17.94 meter walaupun keputusan jawatankuasa rayuan tidak memihak kepada atlet itu.


Kredit foto: Harian Metro

Bagi Seri Paduka, Ziyad telah memberi yang terbaik untuk diri beliau dan juga negara dan berharap semangat yang ditonjolkan oleh atlet berkenaan dapat dijadikan teladan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Selain itu, Seri Paduka turut menyeru kepada pihak berkaitan memperhalusi sebab pembatalan kemenangan Ziyad itu agar ia tidak berulang di masa hadapan.

Semalam, arena sukan dunia digemparkan dengan insiden mengejutkan di Tokyo selepas Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang merupakan rekod dunia baharu.

Beliau telah diklasifikasikan sebagai Did Not Start (DNS) atau tidak memulakan saingan susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine yang mendakwa jaguh lempar peluru itu lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.



Kontroversi melanda hari ketujuh temasya berprestij itu menyaksikan atlet Ukraine, Maksym Koval diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34m sekali gus memecahkan rekod dunia milik Ziyad iaitu 17.29m yang dilakukan di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Pingat perak juga milik atlet Ukraine, Oleksandr Yarovyi dengan catatan lontaran 17.30m manakala gangsa milik Efstratios Nikolaidis dari Greece (15.93m). 


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 2-9-2021 04:53 PM
Harap lepas ni tak terjadi lagi hal sebegini
Quote Zeatyisaac 2-9-2021 05:44 PM
Semoga Ziyad tabah. Risau kalau insiden ini menjadikan Ziyad down dan tak nak bertanding lagi. Tambahan pula, Olimpik lagi 3 tahun, masih mampukah Ziyad? Semoga yang baik2 sahaja buat Ziyad.
Quote Thunderclouds 2-9-2021 06:28 PM
Selagi A-Z xdak displin. Xtau nk hormat masa. Makan gaji buta, u can expect menda mcm ni akan berulang.
Quote drivethru 2-9-2021 07:28 PM
"JANJI MELAYU" xkan hilang didunia. Sekarang banyak atlet melayu yg kongsi pengalaman 'call room'. Kenapa melayu sahaja? Sbb "JANJI MELAYU" xkan hilang di dunia.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.028750 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top