CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kurier Misteri, Jurujual Dapat 'Tangan Berdarah' Dan Diugut Simbah Asid

2-9-2021 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2631| Komen: 14

Wanita yang juga jurujual kedai emas berdepan detik cemas dan menakutkan selepas menerima bungkusan misteri berbaur ugutan.

Selain nota ugutan mahu menyimbah mukanya dengan asid Isnin lalu, bungkusan itu turut mengandungi replika tangan dengan kesan cecair berwarna merah seperti darah.


Suspek turut mengugut mahu mencederakan keluarga wanita berusia 29 tahun itu.


Kredit foto:


Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohd. Khairi Shafie berkata, bungkusan menerusi kurier itu diterima mangsa di rumahnya di Jalan Kampung Saim di sini, kira-kira pukul 6.30 petang.

Katanya, bungkusan hitam itu mengandungi satu nota ugutan daripada individu misteri tersebut.

“Nota itu antaranya bertulis ‘Ko ingat ko melalak macam a***g tu best sangat ke s*l. Klu aku nmpak ko melalak lg asid sampai kat muka ko dgn kawan2 ko sekali’.


“Selain itu, suspek mengugut mahu membakar rumah ibu bapa mangsa dan mesej akan mencederakan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd. Khairi, wanita itu mendakwa kotak kurier turut terdapat objek tangan dengan kesan cecair.

“Selain itu, mangsa keesokkan harinya (kelmarin) menerima pesanan WhatsApp berbaur lucah dan ugutan dari nombor tidak dikenali.

“Bimbang keselamatan dirinya, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis sudah mengambil keterangan daripada mangsa dan pihaknya kini giat mengesan pengirim bungkusan dan pemilik nombor telefon berkenaan.


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 2-9-2021 03:14 PM
tu la pentingnya jaga mulut,jaga tingkah laku..
ni rasanya 2x5 jer penghantar dgn penerima..dah buat org sakit ht gamaknya..semoga selamat ye..i dun care
Quote airmineral 2-9-2021 03:18 PM
ape kes sbnrnya
ni yg pasal aktivitis tu ke?
dia aktivis ape ek smp kena ugutan cmni
Quote nakkomenjugak 2-9-2021 05:10 PM
mak aihhhhh
apa sheol dah buat sampai meroyan gitu sekali yang tukang ugut sheol?
Quote batmana 2-9-2021 05:39 PM
payah nk cari tangan tu, dia keje kedai baju agknya, cilok tangan patung

mesti pelaku ni pmpn jugak, suke main ugut2..
Quote TeropongThaico 2-9-2021 06:02 PM
Apa kes ni??? Tahap marah sangat tu sampai ugut cam gitu tu.
Iols rasa deols ni kenal je antara satu sama lain tapi yg kena ni tak tahu ja sapa. Punca apa le hagaknya ye
Quote tumpanglalu74 2-9-2021 06:08 PM
Ini le melayu.  Sesame sundrik pon takde toleransi.  Mulot cam anak jalang.  
Quote supernaturalee 2-9-2021 07:13 PM
batmana replied at 2-9-2021 05:39 PM
payah nk cari tangan tu, dia keje kedai baju agknya, cilok tangan patung

mesti pelaku ni pmpn jug ...

Laki pun sm naik lh
Baik yg bengkok atau lurus

Quote Cyempaka 2-9-2021 07:26 PM
Melalak? Ko karaoke pagi ptg siang malam kuat2 kot.. org menyampah dan stress dgr.. kena ugut br gelabah
Jiran aku ada 1 mcm ni.. xtau unit mana. Karaoke memanjang.. jap anak jap mak jap bapak. Kena mcm ni br pdn muka
Quote TOPwind 2-9-2021 07:32 PM
tumpanglalu74 replied at 2-9-2021 06:08 PM
Ini le melayu.  Sesame sundrik pon takde toleransi.  Mulot cam anak jalang.

tapi jika org politik di kecam gaji mereka akan dinaikan dan elaun ditambah lagi jawatan dikekalkan
Quote Fortiori02 2-9-2021 09:37 PM
Bila idup berjiran, belajar la sifat toleransi. Melalak dlm rumah ko bunyi tak sampai luar ok je, tp kalo sampai ganggu jiran2, mmg tak bolehla gitu.
Quote orangbiasaje 2-9-2021 11:19 PM
Ni kalau tak silap aktivis perempuan yang bersuara pasal hutan selangor yang dijual kepada developers.

Quote namr 2-9-2021 11:28 PM
Mesti mcm jiran kat kmpg aku, asik la karaoke satu family siang malam suara mcm anjing sekor2
Quote heythere123 3-9-2021 03:24 PM
ni rakyat twitter tahu la pasal pompuan ni
Quote Artemesiaa 3-9-2021 03:55 PM
Time Halloween banyak je jual tangan berdarah macam ni

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.039886 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top