CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rasa Terhina, Mohon Jangan Panggil Syafie Naswip Retis!

2-9-2021 03:14 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 11311| Komen: 73|Original author: Oleh: Saiful

Syafie Naswip rasa terhina bila ada yang memanggilnya dengan gelaran retis.

Katanya ia satu penghinaan terhadap pekerjaannya sebagai seorang pelakon.



Foto: Google

"Hi semua. Minta maaf kalau status saya ini menyentak hati beberapa pihak. Saya cuma ingin tegaskan kalau boleh, jika ingin bergembar, menyapa saya atau membalas komen saya dalam Instagram, elakkan menggunakan perkataan 'retis'.

"Gelaran itu sedikit sebanyak seperti menghina pekerjaan saya," tulisnya.

Tambah Syafie, lebih elok menggelarkannya sebagai seorang pelakon atau pemeran.



Dia juga mengakui hatinya cukup terguris setiap kali mendengar perkataan retis tapi apa boleh buat, senyum sahajalah.

"Mungkin saya hanya senyum atau tidak memberi reaksi apa-apa. Tapi jujur setiap kali dialog itu diungkapkan, perkataan itu sangat mengguris hati saya.


Foto: IG

"Harap anda semua memahami."

Okay, Syafie dah warning tu. Awas ya kalau panggil retis lagi! -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SANKURIANG 2-9-2021 03:22 PM
Jappppp.....saya tak kenal orang ni...mahap ye...
Quote kakigojes 2-9-2021 03:28 PM
Maybe ni soalan stupid, tetapi kenapa perkataan retis tu menghina ya? Soalan jujur cause I pun nak tau supaya maybe boleh berhati-hati next time
Quote ezacbee 2-9-2021 03:32 PM
Retis
Retis
Retis
Retis
Retis

Dah cukup tak?

Quote husna_amal 2-9-2021 03:39 PM
Ok  tak guna perkataan tu lagi. Mungkin retis sesuai kat bbnu atau orang yang acah2 macam artis.
Quote midori_katana 2-9-2021 03:58 PM
retis tu bukanker singkatan dari artis? heols terhina dari segi apa? kalau panggil aktor ok tak? jangan ada yg singkat jadi ketor pulak!
Quote uori 2-9-2021 04:11 PM
retis (dibaca artis) ni berapa kerat je yang bijak. kalau perasan bijak, buat film acah seni tapi tak laku dan selalu sindir retis slot drama jam tujuh. yang tak bijak pulak, keje nak provoke atau cari gaduh dengan netijen. asal susah mintak doa dari netijen, tapi bila benda2 buruk jadi hujung2 salahkan netijen. so selayaknyalah
Quote OyaTonggek 2-9-2021 04:31 PM
dah pulak...
Quote akuHavocczz 2-9-2021 04:33 PM
uori: retis (dibaca artis) ni berapa kerat je yang bijak. kalau perasan bijak, buat film acah seni tapi tak laku dan selalu sindir retis slot drama jam tuju ...
setuju... lepas tu merentan takde job. Alasan followers tak ramai. Padahal sendiri memilih. Lepas tu salah kan penonton pulak, kata tak pandai pilih drama mana yang berkualiti. Choy! Dah cerita korang tu susah nak hadam.
Quote nolya 2-9-2021 04:36 PM
kakigojes replied at 2-9-2021 03:28 PM
Maybe ni soalan stupid, tetapi kenapa perkataan retis tu menghina ya? Soalan jujur cause I pun nak t ...

Kita ada perkataan yg menepati maksud iaitu 'artis' = penggiat seni, tak kiralah seni lakonan atau seni penggambaran/pelukis dn seniman jalanan.  Kenapa gunakan perkataan retis dan apa maksud yg tersirat di hati kalau tak lain bermaksud merendah2kan kebolehan seseorang. Adaka awam cukup berasa bangga meretis2kan para seniman begitu. Susah sangat ke nak sebut artis, atau seniman/seniwati waima pelakon je pun,  sekurang2nya menghargai bakat yg ada pada seseorang. Pd zaman P.Ramlee dulu, kita sering mendengar panggilan seniwati2 Sarimah, Saadiah, Siput Sarawak, seniman2 Aziz Satar, Wahid Satay, Ahmad Nespu, S Kadarisman, dll shngakan ada juga tajuk  filem Seniman Bujang Lapok.  Kenapa perkataan seniman/seniwati tak mau digunapakai skr ini, digantikan dgn perkataan Inggeris 'artist' kemudian menjadi bahan sindiran/diperlekehkan kpd sebutan retis.  Kenapa?
Quote hashashes 2-9-2021 04:36 PM
K………….
Quote TomyamPuteh 2-9-2021 04:43 PM
Lucunya.......
Quote shida81 2-9-2021 04:45 PM
Ala ala... Manjang je la nk sentap..
Quote lovelytouch 2-9-2021 04:48 PM
Utk nurtizen yg x paham makna seni dan budaya mmglah anggap ni lucunya retis retis x 1000 yadayada tapi samalah jugak klau kerja chuols as customer service atau pegawai bank atau pengutip cukai diejek2. Bagi akaq utk org seni mcm SN ni layak bersuara yachh dan sesuai diletakkan nama artis tapi kalau stok acah2 pergi kubur Sarah demi sebuah content tu bukan retis tp sampah masyarakat
Quote nakkomenjugak 2-9-2021 05:15 PM
entahhh
tak classy laa retis
lain kali panggil dia husbaby iol
Quote LadyCarefree 2-9-2021 05:19 PM
nolya: Kita ada perkataan yg menepati maksud iaitu 'artis' = penggiat seni, tak kiralah seni lakonan atau seni penggambaran/pelukis dn seniman jalanan.  Kena ...


Selayaknyalah kalau dipanggil retis pd some of them. Lainlah benar2 seniman atau penggiat seni berkualiti memang taklah orang panggil retis. Xpernah nampak orang panggil P.Ramlee retis. Or even 'retis zaman dulu' tp 'artis zaman dulu'. Tak gitu kakaloya?
Quote supermum 2-9-2021 05:22 PM
Dia ni memang tak seharusnya dipanggil retis sebab heols berjenis.
Quote anony-mous 2-9-2021 05:25 PM
Booo!!!

RETIS RETIS RETIS

RETIS RETIS RETIS

RETIS RETIS RETIS

RETIS

RETIS

RETIS!!!!!


BOOOOOOO
Quote AshkieLa 2-9-2021 05:26 PM
retis ni layak utk digunakan utk yg mencapub.. bakat takde
mcm si mendoza, anjuling,...

kalau yg ade talent ni memang tak proper sikit kalau digelar gitu.
yg panggil depan2 pun satu hal.. takde manners.
Quote anony-mous 2-9-2021 05:27 PM
Booo!!!

RETIS RETIS RETIS

RETIS RETIS RETIS

RETIS RETIS RETIS

RETIS

RETIS

RETIS!!!!!


BOOOOOOO

NAK TAMBAH, DEKAT MALAYSIA NI MMG X RAMAI PON LAYAK BERGELAR ARTIS = ARTIST. ITS A FORM OF ART!!! KO TAU X ARTS TU APA??? KALAU TAHAP PRAMLEE TU LAYAK LA DIPANGGIL ARTIS!!!! NI KALAU SETAKAT BERLAKON KEJAP2, RETIS LEBIH LAYAK. SO XPAYAH PERASAN LA RETIS2 MALAYSIA NI. PUIII!! KARYA PRAMLEE PON KORANG XBOLEH LAWAN. LAKONAN MAJORITY TAHAP BAKUL SAMPAH. X ADA RETIS MALAYSIA PON AKU XHERAN LA. XPAYAH TERBITKAN APA2 DRAMA & FILEM PON AKU LG SUKA

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.040931 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top