|
Biarpun sudah mula dapat menerima kenyataan bahawa kemenangan Muhammad Ziyad Zolkefli terpaksa ditarik balik kerana lewat masuk ke call room, kemarahan rakyat beralih kepada peranan pegawai pengiring pula.
Alasan sudah keluar awal, namun tersangkut disebabkan kesesakan jalan raya sekali gus menjadi punca kelewatan hanya layak digunakan di Malaysia sahaja, bukan dalam sukan dunia seperti Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Sudahlah Jepun amat mementingkan disiplin masa, janganlah sampai terbawa-bawa perangai ‘on the way’ ke sana. Cuba belajar untuk sampai di mana-mana lokasi satu jam lebih awal untuk elak sebarang konflik. Sudahlah Sukan Olimpik Tokyo 2020 Malaysia agak kemarau emas, ini apabila melibatkan atlet paralimpik, pasti boleh dapat emas, pegawai pengiring pula yang bermasalah. Cukup dan berhentilah bagi alasan sukar nak uruskan atlet paralimpik kerana kekurangan upaya mereka, ia sudah jadi tanggungjawab kalian dan gaji yang dibayar bukan untuk bersantai-santai.
Kalau rasa susah sangat nak jadi pegawai pengiring, berhentilah ambil tugasan tersebut dan beri peluang kepada ‘tulang belakang’ yang lebih ada semangat patriotik. Dek sikap ambil lewa pegawai pengiring begini, kempunan bawa balik pingat emas Olimpik. Sumber: Suara Merdeka
|
pegawai ni kalau rasa tak mampu nak urus atlet kenapa terima tanggunjawab? sbb boleh berjalan2 makan angin? 

isbritneybich replied at 2-9-2021 05:04 PM
https://www.sinarharian.com.my/article/108513/BERITA/Sukan/Megat-Shahriman-digantung-18-bulan
Che ...



Guccibamboo replied at 2-9-2021 06:46 PM
Sebab tu kdg I malas nak keluar kalau janji dgn kwn2....mesti lame nak tunggu. Skrg pun online meeti ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.202560 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.