Niat nak merakam dan kongsi video rumah pusaka dan pokok durian, namun 'benda' lain pula yang menjelma dalam rakaman. Tular video di TikTok dua 'entiti' putih yang muncul secara tiba-tiba di bahagian tingkap dan pintu rumah pusaka berkenaan.
Situasi tersebut nyata membuatkan bulu roma mereka yang menontonnya meremang, lebih-lebih lagi disertakan lagu Gurindam 12 sebagai latar belakang. Berkongsi cerita dengan mStar, Najwa Shammimie Mohd Zain berkata, video itu dirakam ibu saudaranya di kampung mereka di Tanah Merah, Kelantan. "Makcik saya saja je rakam masa dia ke kawasan tersebut... niatnya nak rakam rumah pusaka milik ibu saudara kepada umi saya dan juga kebun durian di situ. "Makcik kemudian hantar video dekat WhatsApp grup famili. Masa dia rakam tu, dia sendiri tak perasan. Kemudian, ada seorang lagi ibu saudara saya dalam grup tu tanya 'nampak tak sesuatu dalam video tu?'.
"Selepas itu kami pun zoom dan nampaklah sesuatu seperti yang dikatakan ibu saudara saya tu. Serta merta memang meremang," ujar wanita berusia 23 tahun ini. Menurutnya yang senang disapa sebagai Wawa, salah seorang saudaranya kemudian memeriksa rumah pusaka berkenaan keesokan hari, namun tidak menemui sebarang perkara yang aneh. "Sebenarnya rumah tersebut dah lama kosong tanpa penghuni... umi beritahu sejak dia kecil lagi, rumah tu dah kosong sebab ibu serta bapa saudaranya berkahwin dan berpindah. "Umi memang membesar dekat rumah berdekatan rumah pusaka tu. Kata umi, rumah tu memang ngosek (menyeramkan) sikit sejak-sejak kosong. Walaupun dah terbiar kosong dalam tempoh yang lama, tapi ia tetap utuh," ujar penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari sebuah Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ini. Tambah Wawa, dia dan keluarganya menetap di Seri Kembangan, Selangor dan sudah hampir dua tahun tidak pulang ke kampung halaman di Kelantan. "Kali terakhir balik Kelantan adalah pada 2019. Ayah dan umi dua-dua berasal dari negeri yang sama. Rindu juga nak balik kampung, tapi situasi sekarang menjadi kekangan. "Saya sendiri pernah saja ke kawasan tersebut sebab ada pokok durian. Tapi tak pernah alami apa-apa yang menyeramkan. Sepanjang hidup pun saya tak pernah nampak benda mistik... tapi bila tengok video tu, terus malam tu tak lena tidur," ujar anak sulung daripada tujuh adik beradik ini lagi. Hanya sekadar berkongsi video berkenaan secara suka-suka, Wawa berkata dia sama sekali tidak menyangka ia mengundang perhatian ramai dan menjadi tular. Katanya, ramai percaya ia video original tanpa edit. "Sejujurnya, saya nampak ada satu saja di bahagian pintu. Tapi ada yang nampak ada dua iaitu di tingkap dan pintu. Mereka beritahu di pintu adalah sosok cik ponti, dan di tingkap pula hantu 'gula-gula' (pocong). "Tak kurang juga ada yang DM siap minta alamat sebab nak pergi siasat. Tapi ada orang yang tengok TikTok saya dan kebetulan tinggal berhampiran kampung kami di Batu 8, Tanah Merah dah pergi situ sejak video viral. Dekat komen, dia beritahu memang seram. "Tapi ada juga dekat komen tu cakap ia video edit... ada kata ia pantulan cahaya. Saya tak kisah, setiap orang ada pandangan masing-masing. Cuma kena ingat, di dunia ni bukan kita saja yang diami tapi ada juga makhluk lain yang tak nampak dengan mata kasar," ujarnya lagi. Anda percaya ia rakaman original atau disunting? Sumber: mStar
|
sarah82 replied at 2-9-2021 10:13 PM
Puas aku celek mata.. X nampak.. But mmg kwsn rumah ni creepy.. Ada pakai jaga kmpg meh?
raihaneem replied at 2-9-2021 11:05 PM
Sarah...dpt sense samething kaa
sarah82 replied at 2-9-2021 11:19 PM
Kwsn rumah tu...creepy gila.. Biasa ni ada yg pakai jaga kmpg..
Penjaga kmpg biasanya ala2 jub ...
raihaneem replied at 2-9-2021 11:33 PM
Tu pah no...org dulu2 boleh dikatakan ada pnjaga dia kan..
Bc mlm2 terus rasa seram
sarah82 replied at 2-9-2021 11:19 PM
Kwsn rumah tu...creepy gila.. Biasa ni ada yg pakai jaga kmpg..
Penjaga kmpg biasanya ala2 jub ...
sarah_ary2 replied at 3-9-2021 12:41 AM
Kalau nk tgk penampakan dan gangguan real boleh tgk channel Mr Adem yg selalu ikut Faizal Rozi oergi ...
gideoncross replied at 3-9-2021 03:42 AM
Hadoi uol, trbca komen uol dlm glap plak.
gideoncross replied at 3-9-2021 03:43 AM
Abg Faizal Rozi tu good looking bgi iol hehe, suka tngok muka dia, real Malay guy gitu.
sarah82 replied at 2-9-2021 10:13 PM
Puas aku celek mata.. X nampak.. But mmg kwsn rumah ni creepy.. Ada pakai jaga kmpg meh?
ADVERTISEMENT