CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lepas Identiti 'Amoi Pijahat Kampar' Didedahkan, Ramai Bertukar Simpati

2-9-2021 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22696| Komen: 145

Dari marah berubah simpati selepas identiti 'amoi' menimbulkan kekecohan apabila piza pesanannya tidak dapat disediakan kerana oven rosak, didedahkan pengguna Facebook.


Kredit foto: FB


Saluddin Ismail berkata, hasil tinjauan di Facebook pelanggan terbabit, dia mendapati wanita itu merupakan pensyarah di sebuah universiti di Kampar, Perak yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD).



“Di laman Facebook beliau, banyak dikongsikan foto makanan yang mungkin menjadi kesukaan beliau bersama beberapa foto rakan sekerja.

“Ada juga gambar bersama bapa beliau sewaktu menerima ijazah, namun yang lebih menarik, terdapat juga gambar dengan tandatangan beberapa pemain badminton negara terkenal seperti Datuk Lee Chong Wei,” tulisnya.





Namun, ada beberapa status sedih dan gambar muka beliau berdarah serta laporan polis yang mengatakan beliau dipukul bapa beliau kerana membeli tiket wayang.

Ada juga satu laporan polis yang menyatakan kereta beliau cuba diambil oleh seseorang kerana lelaki itu memaklumkan bahawa itu adalah kereta milik orang lain.



Menurutnya, dari beberapa hantaran dan foto yang dikongsi menunjukkan wanita itu berkemungkinan seorang pesakit artritis atau Orang Kelainan Upaya (OKU) berdasarkan keadaan fizikal beliau di dalam gambar.

“Banyak cerita dan peristiwa telah berlaku pada dirinya yang kita tidak tahu menyebabkan beliau berkeadaan begini sekarang.

“Untung nasib manusia tidak sama, ada yang gembira ada yang berduka. Hanya mereka sendiri tahu apakah cerita duka yang terjadi dalam perjalanan hidup mereka,” ujarnya.



Rata-rata netizen berharap wanita itu dalam keadaan baik dan menyifatkan individu sepertinya perlu dibantu.

“Jika dengar suaranya semasa dia marah-marah pekerja itu kita dapat tahu dia dalam keadaan yang tidak dapat berfikir dengan baik. Soalan yang ditanya pun macam tidak logik,” ulas Tasnim Zahari.

“Oh patutlah susah hendak faham. Rupanya OKU. Apa boleh buat kita yang normal ini kena bersabar. Kasihan netizen bukan tahu dia OKU atau tidak,” ujar Leyla Nabila.

“Dia tidak sihat. Kasihan kita tidak tahu apa yang ada dalam gelodak emosi dan fikiran dia ketika itu,” komen Nur Azimah Shahirah. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mizlyn 2-9-2021 11:16 PM
I pun heran knp chinese lady tu rakam then upload dah terang2 yg salah she sendiri kerana gagal melwan emosi pijahat mana?
Quote mclaren 2-9-2021 11:21 PM
Masa dengar dia tanya soalan sama berulang2 tu macam rasa dia ni macam tak berapa waras kot?

OKU rupanya... makes sense. Kesian dia.
Quote star_karat 2-9-2021 11:38 PM
Oku...boleh join olimpik
Quote Mini.Me 2-9-2021 11:40 PM
Edited by Mini.Me at 2-9-2021 11:48 PM

No wonder post status die pon lain mcm susunan ayat
Quote Xim 2-9-2021 11:42 PM
So kenapa nama jd Aminah Abdullah?
Quote Kurex 2-9-2021 11:43 PM
Mudah memaafkan.. ada kad oku, maaf. Ada sakit mental, maaf.

Hujung jilat ludah balik
Quote putriTS 2-9-2021 11:49 PM
I dah tengok FB dia....she needs help. Mungkin dia ni depression plus kesan ubat2 yg dia makan lagi. DIa ni jadi mcm paranoid, semua org dia rasa go against her. Semua gambar random dia letak. No IC dia, offer letter keje, HR e-mails sume post kat FB. Macam diari dah dia buat FB tu. Public pulak setting.
Quote monreyes 2-9-2021 11:55 PM
knp pijahat tak tampal notice ...no pija today...
menyusahkan org....
Quote JunkMail 2-9-2021 11:57 PM
putriTS replied at 2-9-2021 11:49 PM
I dah tengok FB dia....she needs help. Mungkin dia ni depression plus kesan ubat2 yg dia makan lagi. ...

Serius lah... Betul ke ada phd ni?
Quote putriTS 2-9-2021 11:59 PM
tumpanglalu74 replied at 2-9-2021 11:54 PM
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158503031993230&id=738353229

I say shame on t ...

Aduhai...kesian pulak mcmni.
Quote putriTS 3-9-2021 12:00 AM
JunkMail replied at 2-9-2021 11:57 PM
Serius lah... Betul ke ada phd ni?

Ha'a..PhD in Science lagi.
Quote tumpanglalu74 3-9-2021 12:01 AM
Edited by tumpanglalu74 at 3-9-2021 12:05 AM
putriTS replied at 2-9-2021 11:59 PM
Aduhai...kesian pulak mcmni.

Dia boh nama Islam tu juz to drop the biggest bomb kat parents dia.  Sign yang dia dah protes habes2an..

Gini adek2..  U only treat people how others treat U.  Tu pase at work aku saje perati je sape yang suke tengken2 orang.  For sure hasben dia pon tengken dia sebegitoo.  Sape yang cakap lemah-lembut tu biasenye kat rumah pon hasben dia cakap camtu..  Kita memang reflek balek ape yang onglain treat kita.

Dia ney mesti parents selalu marah punye.  Tu pase mana2 pon dia wat camtu..
Quote Adrif 3-9-2021 12:01 AM
something fishy.. very fishy..

give it a week or two..

seminggu dua baru ler nampak cerita sebenar  
Quote funz_universe 3-9-2021 12:04 AM
Kena paksa pelajar sampai phd sampai weng sebab parents?
Dah dapat phd, tak dapat kerja bagus atau gaji tak tinggi. Parents hari2 marah sampai bertambah weng?

Quote edayildiz 3-9-2021 12:06 AM
mana nk tgk bideo..i scroll fesbuk sheols dah blh agak sheols bukan normal person gituh
arini jer berapa byk dia post kt fb..bukan biasa2..
tp kesian sheols ni
Quote depresio 3-9-2021 12:06 AM
Baik je perempuan tu layan dia..
sekali oku rupanya
Kesian
Quote chippotato 3-9-2021 12:08 AM
JunkMail replied at 2-9-2021 11:57 PM
Serius lah... Betul ke ada phd ni?

Rasanya dia nie xpert dlm computer engineering field.. Kesian sgt kalau u jalan2 di gambar yg dia post di fb.. Ada mental health issue.. Buat report polis sana sini.. Ambil gambar makan pun banyak sorang2 je.. Tadi saja ronda2 di fb dia.. Ada dia bgtahu masuk ward psychiatric tpi dilayan tk baik oleh nurse.. Pas tu surat penamatan kerja pun nampak sangat sbb dia tk boleh handle emosi dgn kolig dan student.. Fizikal dia pun agak pelik mungkin sakit berkaitan sendi.. Menambahkan lagi tekanan dia..

Takperla.. Kita anggap dia sama mcm pesakit2 lain yg perlukan rawatan. Kalau kanser simptom dia pada anggota badan.. Kalau mcm dia ni mungkin dri uncontrolled behavior dia tula simptom nya. Kesian diuji.. Sakit fizikal.. Sakit mental.. Dibuang kerja.. Kalau Muslim semoga Allah masukkan dia ke dalam syurga kerana ujian2 yg dihadapi.. Nasib kita belum tentu
Quote tumpanglalu74 3-9-2021 12:11 AM
funz_universe replied at 3-9-2021 12:04 AM
Kena paksa pelajar sampai phd sampai weng sebab parents?
Dah dapat phd, tak dapat kerja bagus atau  ...

Sesape paham?

[fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158502563118230&id=738353229[/fbp]
https://m.facebook.com/story.php ... 30&id=738353229
Quote ninja boy 3-9-2021 12:25 AM
Parent cina mmg ada yg keras mendidik anak2

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.047155 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top