Kadang-kadang bukan golongan anti vaksin, tetapi kerana tidak mempunyai pengetahuan mengenai vaksin sebagai langkah pencegahan. Mungkin itu yang dirasai isteri ahli politik, Datin Seri Haflin Nazri Aziz yang baru menyedari vaksin penting setelah berada di luar negara. Kenapa? Dalam Malaysia tak cukup pendedahan ke? Menurut Haflin, setelah berada di negara Eropah, baru dia mengetahui dengan suntikan vaksin ianya memudahkan kehidupan seperti ke cafe, restoran dan muzium. Jika tiada vaksin semua tempat di atas tidak boleh dijejak. Jadi, dengan adanya dua dos suntikan vaksin, ia memudahkan perjalanannya ke pelbagai negara nanti kerana ada tempat yang memerlukan dua dos. Ianya membuatkan netizen berasa marah. Kenapa baru sekarang sedar? Sedangkan dari dahulu, seperti tidak percaya katanya. |
ADVERTISEMENT