Frankfort: Sungguh ajaib, seorang bayi di Kentucky, Amerika Syarikat mampu bertahan hidup selepas beberapa hari dengan hanya memamah jarinya. Bayi berusia dua bulan itu ditemui polis terbaring di atas mayat ibunya yang sudah membusuk.
Ibunya, Danielle Ward, 29, dipercayai meninggal dunia akibat terlebih mengambil dadah. Difahamkan, Polis Kentucky memeriksa rumah wanita itu selepas dia tidak dilihat selama beberapa hari. Nenek bayi itu, Adriane Wade berkata, kali terakhir dia bertemu dua beranak itu adalah pada 13 Ogos lalu. "Dia dan anaknya ada di rumah saya menikmati hari yang sangat menggembirakan.
"Namun, lima hari kemudian, polis menghubungi saya untuk membuat pengecaman mayat anak perempuan saya. "Sungguh ajaib. Tanpa sebarang bantuan ikhtiar hidup, cucu saya hanya 'mengunyah' jarinya untuk bertahan selama beberapa hari. "Saya tak sangka begini pengakhiran anak saya. Saya akan menjaga cucu saya ini," katanya. Bayi berkenaan dijangka pulih sepenuhnya daripada dehidrasi dan kecederaan akibat tindakan menghisap jarinya selepas mendapat rawatan di hospital. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Friska replied at 3-9-2021 01:33 PM
Setiap saya baca berita kayaq ini, bagaikan dikoyak-koyak rasanya hati ini. Saya lagi hamil muda, an ...
edayildiz replied at 3-9-2021 01:56 PM
slmt bersalin kakak..jgn stress yach..boleh tanya ibuk2 kt forum..ramai ibuk2 yg sudi sharing is c ...
ADVERTISEMENT