CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langkawi Dah Dibuka Semula- Gembira Atau Resah?

3-9-2021 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5995| Komen: 70

Kerajaan pada Khamis mengumumkan pembukaan tempat pelancongan di Pulau Langkawi bermula 16 September ini.

Pengumuman itu pastinya menggembirakan pemain industri pelancongan yang dinantikan sejak sekian lama sudah tidak beroperasi.


Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri yakin pembukaan pelancongan domestik secara berperingkat, mengikut fasa itu dapat memberikan sinar buat penggiat industri itu di negara ini.

Beliau berkata, Pulau Langkawi dipilih sebagai projek lapangan ujian untuk menyemarakkan kembali industri pelancongan yang telah lama terjejas akibat penularan Covid-19, memandangkan pulau itu terasing sekali gus memudahkan urusan pemantauan.


Foto: 123rf


Destinasi rintis yang dipilih ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri seperti mempunyai rangkaian penerbangan serantau dan antarabangsa, serta mempunyai kepelbagaian kemudahan penginapan bagi pelbagai lapisan segmen pelancong.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang kini dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung pelancongan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Ismail Sabri berkata, sebagai permulaan, Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini manakala destinasi pelancongan lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus

Walau bagaimanapun, terdapat juga kerisauan dalam kalangan rakyat terutamanya penduduk Langkawi yang mana kes positif masih mencatatkan angka yang tinggi.

Pembukaan Pulau Langkawi bakal mendedahkan kepada risiko pembawakan virus Covid-19 ke dalam negeri itu.

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/Perlis mencadangkan kepada MOTAC hanya menerima kemasukan pelancong yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 sahaja dibenarkan memasuki pulau pelancongan itu.

Dengan pelaksanaan itu, pelancong mahupun penduduk setempat tidak perlu gusar dengan andaian kononnya dengan membuka pintu Langkawi kepada orang luar berisiko meningkatkan kes Covid-19 kerana menjadi keutamaan untuk melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dengan lebih ketat. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayawifenikmie 3-9-2021 10:47 AM
pada saya macam tergesa gesa
mmg berasas ketakutan sebilangan penduduk Langkawi
ASAS: Lengkap 2 dos vaksinasi tidak bermakna seseorang itu tidak boleh dijangkiti atau menjangkiti
kes sangat tinggi
kes kat kedah tengah menaik

entah lah
pemerintah lebih pandai

rakyat kena pandai pandai jaga diri
Quote Firenzza 3-9-2021 10:50 AM
X nak bagi org resah, sejahtera ka tb3 ka kkm ka jgn kuar report harian kes kobid, bila org x tau hidup diorg akn bergumbira la
Quote zamzam 3-9-2021 10:53 AM
Yeayyy xsabar nak melangkawi....
Quote makadek 3-9-2021 10:57 AM
Pergila aku nk p tgk tanah
Quote cmf_PariS 3-9-2021 11:04 AM
tahun depan pun belum tentu nk p aih... sesak2 buat apa...
Quote xy_daen 3-9-2021 11:07 AM
Bila resah... Ingat saat indah..
Quote white_musk 3-9-2021 11:08 AM
akak cadangkan yang sudah ambil 2 dos pergi melancong ke langkawi beramai ramai
bila lagi mahu tayangkan kegembiraan dan keistimewaan kepada antivaks
jikalau kena kovid stage 1 atau 2 sahaja, buat apa nak takut

ekonomi mesti dijana
nak harapkan antivaks bukan mereka ada duit pun


wallahualam
Quote batmana 3-9-2021 11:11 AM
suh je la pelawat pakai PPE dgn tong oksigen bagai, barula selamat sket
Quote xy_daen 3-9-2021 11:11 AM
Antivaks sila mereput dalam rumah sajork ye..
Quote CiliPadiSedap 3-9-2021 11:14 AM
sayawifenikmie replied at 3-9-2021 10:47 AM
pada saya macam tergesa gesa
mmg berasas ketakutan sebilangan penduduk Langkawi
ASAS: Lengkap 2 do ...

cadangan kaka, tunggu kaka sarah82 complete 2 dos vaksin. baru buka sektor perlancongan di langkawi

sebab nak kirim coklat hig kat kaka sarah
Quote kechikchomel 3-9-2021 11:15 AM
iolss pun belum jejak restoran utk dine in lagi
restoran yg dekat dgn rumah iolss ni pun dorang tak buka utk dine in. take away je
Quote matbad 3-9-2021 11:16 AM
sebagai penduduk langkawi, aku resah. sbb yg mana mai sini takkan jaga sop. meluat geng2 retis, insta yg acah femes warga pondan sgt2 meluat dan xkan jaga sop
Quote CiliPadiSedap 3-9-2021 11:18 AM
white_musk replied at 3-9-2021 11:08 AM
akak cadangkan yang sudah ambil 2 dos pergi melancong ke langkawi beramai ramai
bila lagi mahu taya ...

tunggu 3 minggu or 2 bulan. kalau clear takde kluster or kematian baru vaksinasi herd immunity berjaya.

hari tu kaka qoute kt miri ada forumer takut

p/s: kaka dh complete 2nd dosage bisa dia lg bisa dari 1st dosage pizer. bisa dia makan kt bahu dan vertigo



Quote Belibis 3-9-2021 11:19 AM
white_musk: akak cadangkan yang sudah ambil 2 dos pergi melancong ke langkawi beramai ramaibila lagi mahu tayangkan kegembiraan dan keistimewaan kepada antivaks j ...

Ya tak ya...antibeks mesti resah,gundah gulana sbb tak dapat melangkawi.bukti probeks berjaya membantu ekonomi negara.

Quote msdummy.2018 3-9-2021 11:22 AM
Firenzza replied at 3-9-2021 10:50 AM
X nak bagi org resah, sejahtera ka tb3 ka kkm ka jgn kuar report harian kes kobid, bila org x tau hi ...

Bagus idea kontuh..cpat sikit populasi msia ni berkurzngan...
Quote sayawifenikmie 3-9-2021 11:23 AM
CiliPadiSedap replied at 3-9-2021 11:14 AM
cadangan kaka, tunggu kaka sarah82 complete 2 dos vaksin. baru buka sektor perlancongan di langkaw ...

.... kak lid pun nak kirim jua ... sarah belum lengkap 2 dos kah ?
Quote TeropongThaico 3-9-2021 11:27 AM
Kalau boleh pun tak nak le pegi lg. Dgn anak2 take vaksin, dgn risau semua jd mahal. Isk dapat gi pusing2 satu kereta dgn anak2 pun cukup la.
Keta tak boleh lbh 2 org lg kan
Quote CiliPadiSedap 3-9-2021 11:27 AM
sayawifenikmie replied at 3-9-2021 11:23 AM
.... kak lid pun nak kirim jua ... sarah belum lengkap 2 dos kah ?

on the way, rasanya 2nd dosage tak lama lg

kaka balan2 kaka chazey rasanya belum dapat tarikh lg

kaka lain2 ada group magnet, group signal 5G/bluetooth kt bahu
Quote CiliPadiSedap 3-9-2021 11:30 AM
TeropongThaico replied at 3-9-2021 11:27 AM
Kalau boleh pun tak nak le pegi lg. Dgn anak2 take vaksin, dgn risau semua jd mahal. Isk dapat gi pu ...

rasanya budak2 otw vaksin sbb dh ada report polis xnak anak mereka dipaksa vaksin, dan dosage pizer mungkin dikurangkan untuk budak2.

pe2pun safety first. kawasan kaka masih ada stage 4 stage 5 kt icu lg. moga kita semua selamat dunia akhirat

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.045074 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top