|
Sebuah restoran di Dubai tular selepas memperkenalkan menu baharu bernama ’22-carat Gold Vada Pav’ dalam Instagram rasminya. Menariknya, hidangan dijual dengan harga 99 dirham (RM112) itu kelihatan seperti disalut emas.
Bagi menyediakan hidangan itu, vada diisi dengan truffle mentega dan keju, sebelum dicelup ke dalam adunan yang kelihatan seperti cecair berwarna emas. Kemudian, hidangan itu digoreng dalam kuali dengan minyak panas. Vada Pav dihidangkan bersama keledek goreng dalam kotak kayu mewah dan minuman mint lemonade yang diisi dalam gelas tinggi.
“Kami sangat gembira mengumumkan pelancaran menu baharu pertama di dunia,” kata syarikat itu. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.860773 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.