Empat lelaki ditahan pada awal pagi Ahad kerana menguji kelajuan kereta mewah berhampiran kawasan Awan Besar di Lebuhraya Shah Alam (Kesas). Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, mereka ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan bermula jam 10 malam Sabtu dan tamat sekitar jam 4.45 pagi Ahad.
"Pada jam 11.20 malam, pasukan tangkapan berada di Lebuhraya Kesas arah Klang terlihat dengan jelas dua buah kereta Nissan R35 keluar dari kawasan rehat dan rawat (RNR) Awan Besar secara melawan arus dan memberhentikan kereta secara selari. "Dua kereta itu terus memecut laju bermula dari kilometer (km) 47.8 sehingga km 47.7 kemudian melawan arus di susur RNR menghala semula ke km 47.8. Mereka melakukan aksi sama sebanyak tiga pusingan," katanya dalam kenyataan pada Ahad. Mohd Nadzri berkata, sekitar jam 11.50 malam, dua lagi kereta jenis BMW M6 dan Mercedes Benz A14 pula mengulangi perbuatan sama sebanyak dua pusingan.
"Sekitar jam 12.30 tengah malam, kesemua suspek berusia 24 hingga 34 tahun itu berhenti di kawasan parkir RNR Awan Besar arah Klang dan pasukan tangkapan memperkenalkan diri sambil menunjukkan kad kuasa polis sebelum membuat tangkapan," katanya. Sumber: Sinar Harian
|
LadyCarefree replied at 5-9-2021 03:49 PM
Jangan setakat denda. Sita kereta. Jail time setahun minima.
LadyCarefree replied at 5-9-2021 03:49 PM
Jangan setakat denda. Sita kereta. Jail time setahun minima.
ADVERTISEMENT