Caracas: Wanita ini pernah hidup bergelumang dengan kemewahan dan terkenal selepas dinobatkan Miss Venezuela pada 1973. Mempunyai wajah dan susuk tubuh menawan membuatkan dia digelar wanita paling cantik di negara itu satu masa dulu.
Damarys Ruiz melalui puncak kejayaan apabila dirinya menarik perhatian ramai ketika berusia 26 tahun. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia yang mengalami masalah keluarga hinggalah ditemui mati di jalanan sebagai gelandangan, lapor The Sun. Dia juga memutuskan untuk tidak meneruskan kerjayanya dalam bidang perundangan.
Ruiz tinggal bersama adik-beradik lelakinya dan tidak pernah mempunyai teman lelaki yang baik. Rakannya mengatakan, adik-beradik lelaki Ruiz iri hati kepadanya hingga tidak memberi kebebasan buat wanita itu. "Mereka membuat saya kelaparan dan sering mengancam memukul saya. "Saya berulang kali melaporkan kepada polis tetapi tiada tindakan," katanya dipetik media sebelum ini. Tidak tahan hidup diseksa, Ruiz memilih melarikan diri dari rumah pada 2000. Dia yang tidak mempunyai sebarang tujuan akhirnya menjadi gelandangan di jalanan. Rosalba Gomes yang mengenali Ruiz dalam dua tahun terakhir bertemu dengannya dua atau tiga kali dalam seminggu. "Hidupnya berakhir dengan kemurungan teruk tanpa mendapat sokongan dari keluarga dan rakannya," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
mclaren replied at 6-9-2021 09:35 AM
Teringat documentary pageant factory kat Venezuela. Kemiskinan buatkan semua parents dan guardians h ...
rosmahisham replied at 6-9-2021 09:30 AM
Jahatnya adek2 dia.. pnh dgr org tua kata org cantik ni selalu nsb kurang baik sbb ramai org dengki. ...
naina replied at 6-9-2021 10:14 AM
Hanya ilmu dan pendidikan sahaja yang boleh ubah nasib manusia..
HappyGumbira replied at 6-9-2021 11:28 AM
dia memutuskan untuk tidak meneruskan kerjaya dlm bidang perundangan
.
.
HappyGumbira replied at 6-9-2021 11:28 AM
dia memutuskan untuk tidak meneruskan kerjaya dlm bidang perundangan
.
.
cik_sssara replied at 6-9-2021 11:40 AM
A'ah, dia ada law degree, too depressed i guess.
Lagi sedih takde siapa pun tuntut mayat dia k ...
ADVERTISEMENT