|
California – Syarikat teknologi sosial gergasi Facebook kelmarin menyekat ciri rekomendasi topik selepas tersilap melabel video lelaki kulit hitam sebagai ‘haiwan primat’ atau beruk menerusi perisian pengecaman wajah pada laman itu, lapor akhbar Bangkok Post kelmarin.
Seorang jurucakap Facebook berkata, kesilapan tersebut ‘tidak boleh diterima’ dan memberitahu bahawa perisian rekomendasi itu telah dikeluarkan. “Kami memohon maaf kepada sesiapa yang telah terlihat rekomendasi yang menyinggung perasaan itu. “Kami menyekat keseluruhan topik rekomendasi itu supaya boleh menyiasat puncanya serta mengelak perkara serupa daripada berulang,” kata Facebook. Perisian pengecaman wajah telah diselar oleh pejuang hak sivil yang mengatakan terdapat masalah pada ketepatannya terutama sekali membabitkan orang kulit hitam. Video bertarikh Jun 2020 itu disiarkan oleh penerbitan MailOnline bertajuk White men calls cops on black men at marina. Tangkap layar rekomendasi itu dikongsikan di laman sosial Twitter oleh bekas pengurus reka bentuk kandungan Facebook, Darci Groves. – CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.678121 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.