|
Pelakon Sherry Ibrahim menafikan dakwaan bahawa dia sedang jatuh sakit walaupun mengalami penurunan berat badan sebanyak beberapa kilogram sejak akhir-akhir ini.
Sherry yang juga seorang usahawan itu sebaliknya memberitahu, dia kehilangan berat badan kerana kurang selera makan selain terlalu sibuk menguruskan perniagaan salun miliknya sejak dibenarkan untuk kembali beroperasi semula pada 16 Ogos lalu. “Saya baik-baik sahaja. Benar saya kehilangan beberapa kilogram berat badan sebab sejak akhir-akhir ini saya tidak ada selera makan. “Nak berehat pun tidak cukup masa tambahan pula saya tidak mempunyai cuti walaupun sehari sejak salun dibenarkan kembali beroperasi,” katanya dalam satu hantaran dalam Instagram.
Biarpun mengakui sangat penat, namun Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 38, bersyukur kerana boleh kembali membuka perniagaan salun rambut miliknya yang terletak di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.626186 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.