CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kecoh Lagi Bila Nampak Baby Bump- Bilalah Ernie Zakri Nak Mengaku Hamil?

6-9-2021 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8891| Komen: 38

Khabar angin mengenai penyanyi popular Ernie Zakri sedang berbadan dua semakin bertiup kencang apabila dia mencuri perhatian ramai menerusi sebuah video.

Dalam video tersebut, ramai mendakwa perutnya kelihatan sedikit buncit sekali gus menguatkan lagi desas-desus bahawa Ernie sedang hamil anak sulung hasil perkahwinan dengan penyanyi, Syamel.


Walaupun masih mengunci mulut mengenai berita gembira tersebut, namun rata-rata pengikut Instagramnya termasuk beberapa rakan artis tetap menitipkan ucapan tahniah kepada Ernie dan suami.


Kredit foto: IG

“Saya sudah boleh lihatnya, sangat comel,” tulis aktres Elfira Loy.

“Jalan perlahan-lahan ya adik,” kata penyanyi Idayu.


“Kalau kata buncit tipulah. Ernie ini kecil molek saja orangnya, tak akanlah buncit begitu. Mesti ada sesuatu,” komen seorang pengikut Instagramnya.



Namun, belum dapat dipastikan kebenaran sama ada pelantun lagu Boneka itu sedang berbadan dua memandangkan sebelum ini, Ernie pernah memberitahu media bahawa dia masih belum hamil seperti yang disangka ramai.

Malah, dia berkata, badannya kelihatan berisi kerana memiliki selera makan yang kuat.




Syamel juga menafikan dakwaan tersebut dan berkata bahawa dia tidak akan merahsiakan berita gembira itu jika isterinya hamil.

Untuk rekod, pasangan yang terkenal dengan lagu duet Aku Cinta itu mendirikan rumah tangga di Masjid Puncak Alam, Shah Alam pada 26 Mac lalu.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 6-9-2021 11:52 AM
lahhh dah dia berlaki... kalau dah masanya dia mengalami hamil sukati dia la nak announce ke tak...netizen bawang + wartawan cari takde benda lain ke nak ulas... dahla bosan gila bodgos lepas orang sama bukak tred berjela2 tak menarik untuk diulas
Quote krustykrab 6-9-2021 11:56 AM
Biaq pi la dia nk rahsiakn...cukup bulan kluaq la kalau betoi..bukannya ngandung x berlaki..
Quote kaoru44 6-9-2021 12:00 PM
Biar la dia xnk share lg pun..kang awl2 umum org bising2 plak kata awl sgt nnti gugur apa la..
Ats diaorg selesa la..peminat sibuk2 nk tilik perut org knp??
Quote cewekbopot 6-9-2021 12:07 PM
apa ba juga yg kamurang sibuk2 ni aaa...doakan saja yg baik2 la, klau mengandung alhamdulillah..nda paham aku ea manusiawi ni..

*bukan peminat erni atau mel- mel
Quote sukacactus 6-9-2021 01:31 PM
Tak semua pompuan selesa nak share kehamilan
Mmg la kan, benda private
So sukati dia la nak citer ke x
Quote tipah89 6-9-2021 01:36 PM
jap jap lagi dia share la tuuu..kang announce awal sgt jadi apa2 bising jugakk
Quote midori_katana 6-9-2021 01:43 PM
tak nampak macam hamil.. lemak kot. muka pun nampak bam2 sikit..
Quote JibboTheCat 6-9-2021 01:45 PM
Sape yg kecoh tu? Kita tak kisah pun. Kalau ngandung alhamdulillah moga selamat sihat hendaknya
Quote elnor_81 6-9-2021 01:51 PM
Dh lantak ler dia..dh berlaki klo pregnant pun xpe..x phm aku org lain plak beria.
Quote cicicumel 6-9-2021 01:56 PM
Kalu lemak mmg kesian lah. Tp ernie mmg nmpak kepam sgt sejak bertudung dan kawin
Quote elnor_81 6-9-2021 02:20 PM
cicicumel replied at 6-9-2021 01:56 PM
Kalu lemak mmg kesian lah. Tp ernie mmg nmpak kepam sgt sejak bertudung dan kawin

Pesen tudung x kena dgn dia..
Quote gekkou 6-9-2021 02:47 PM
busy body nya netizen ini
perut dia, anak dia
lantak ler
kang kalau beria2 heboh umum
hangpa kata 'mcm dia sorg je mengandung'

Quote Suchi 6-9-2021 02:48 PM
Macamla kes covid boleh kosong kalau sheol umum mengalami hamil.
Quote RatuDunia94 6-9-2021 02:56 PM
Dah keje memantat hari2.. ngandung lah dia.. netizen sibuk2 kenapa?
Quote lyshafull 6-9-2021 02:59 PM
Nets ni mmg menyibuk hal retis ngndung biaq pi la dyrg nk ngndung
Quote mawarkhayalan99 6-9-2021 03:07 PM
betul la kot dia preggy cuma dia taknak war war kan jahhhh
Quote QueenCaramel 6-9-2021 03:21 PM
Biarlahndie x nk bgtau..sebok sgt la hai netizen ni..adoi..
Quote JalaEmas 6-9-2021 03:48 PM
suke hati dia lh nk share ke tak.. nyebok je.. ckup bulan nnti kluar la seketul.
Quote imanjannah 6-9-2021 03:51 PM
alhamdulillah dan tahniah klu betul, tapi pipi dia naik sungguh..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.175659 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top