CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Tak Izin Daiyan Trisha Kahwin

6-9-2021 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3520| Komen: 7

Kebiasaannya seseorang selebriti tidak kira lelaki atau perempuan sering diajukan soalan tentang soal jodoh.

Namun lain pula perihalnya dengan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha apabila rata-rata peminatnya tidak 'mengizinkan' dia untuk berumah tangga buat masa ini.


Luahan itu muncul selepas Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, berkongsi foto berbaju kebaya yang digayakan sempena hari pernikahan adik perempuannya pada 2 September lalu.


Foto: IG

"Adik saya kahwin... dulu," tulisnya ringkas mengiringi posting berkenaan.

Perkongsian Daiyan itu ternyata mengundang pelbagai komen lucu dan usikan daripada peminat.




"Kakaknya kena lambat sikit la, nanti ramai yang patah hati.

"Daiyan jangan kahwin lagi nanti saya broken.

"Sabar la kakak.. keluar single dan keep on keluarkan single," kata beberapa netizen.



Sementara itu Daiyan ketika dihubungi mStar seakan turut sependapat dengan peminatnya agar tidak terburu-buru untuk berkahwin.

"Saya masih single, tak ada plan nak kahwin dalam masa terdekat pun... nak fokus kerja dulu.

"Mungkin akan terus keluarkan single terbaharu kot," katanya yang baru melancarkan single berjudul Penat pada pertengahan Ogos lalu.

Bagaimanapun Daiyan sempat berkongsi tentang ciri-ciri jejaka yang diidamkannya sebagai calon suami.



"Ciri-ciri yang saya cari mestilah yang kelakar, pandai, soft-spoken, bercita-cita, beradab dan setia.

"Saya memang tak suka lelaki yang sejenis follow ramai perempuan di Instagram dan suka like gambar perempuan lain," katanya.




Dalam perkembangan lain, Daiyan sempat bercerita tentang siri popular Money Heist musim kelima yang mula distrim sejak 3 September lalu.

Kata Daiyan sebagai salah seorang peminat siri yang menjadi fenomena di seluruh dunia itu, dia kagum dengan jalan cerita yang diketengahkan.



"Saya suka sebab ia sangat menarik, storyline cerita ini buatkan kita nak terus tengok.

"Karakter kegemaran saya semestinya Tokyo dan Berlin.

"Andai kata saya menjadi sebahagian daripada pelakon siri ini, saya akan guna nama Venice," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Primadonafera 6-9-2021 12:19 PM
Edited by Primadonafera at 6-9-2021 12:22 PM

Tak minat dia, tapi lagu PENAT tu sesuai sgt dgn situasi skrg ni.. meols rasa mcm menjerit part chorus nyanyi PENAT kt depan muka boss i yg dok suruh buat mcm2 time WFH ni.. penat hokey
Quote LadyCarefree 6-9-2021 01:26 PM
Laaaa pulak. Teringin jd lizzy kot. Yg tu dah makin merepek nk kekalkan jejantz meleis still rembes kat dia.
Quote nakkomenjugak 6-9-2021 08:17 PM
erkkkkk suka hati netijen jahh takmo she kawen

i lioke dat kebaya
Quote kitmal9545 6-9-2021 11:05 PM
suka hati dialah...netizen ni lebih lebih  pulak ( nak ikut ke)
Quote missbigrockstar 6-9-2021 11:14 PM
Dia ni tak penat ka berposing?
Quote edayildiz 6-9-2021 11:17 PM
kesah pulak


Quote kembarsiti 6-9-2021 11:28 PM
Berjaya die membina imej ala2 classy gitu.
Syafie naswip kate daiyan ada2 ciri pmpuan yg die suka sbb classy

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.086243 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top