Tindakan penyanyi baharu Syabil memuat naik foto bersama Iman Troye di laman Instagram mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat dan netizen.
Kemesraan mereka berdua menimbulkan pelbagai persoalan sehingga ada yang menyangka Syabil atau nama sebenar Muhammad Syabil Iman Zulkufli, 20, merupakan kekasih penyanyi lagu Teman itu. Menafikan tentang gosip itu, Syabil berkata dia dan Iman berkawan baik dan sudah menganggap penyanyi berusia 18 tahun itu seperti adiknya sendiri. "Ya saya memang rapat dengan Iman tapi bukan ada hubungan istimewa pun, hanya kawan sahaja tak lebih dari itu... saya pun dah anggap dia macam adik.
"Kami kenal sejak dua tahun lalu dan selesa berkawan. Iman dan saya memiliki perangai yang sama... kami berdua gila-gila. Foto yang saya kongsi di Instagram itu kerana memenuhi permintaan pengikut yang mahu tahu siapa penyanyi yang saya ingin berduet. "Jadi saya tunjuklah gambar dengan Iman. Cumanya buat masa ini belum ada lagi perancangan itu, tapi saya okay sahaja jika satu hari nanti dapat bergandingan dengan Iman. "Dia seorang penyanyi yang hebat, semestinya saya teruja jika dapat bekerjasama dalam satu lagu," katanya kepada mStar.
|
dua_chzy replied at 6-9-2021 12:12 PM
Body language si tino gitu kompom geletiskan teruna di sebelahnya. Jantan macam biasa. Kontrol macho ...
Buritan: Laki aku pung minat si iman ni.. asyik duk psg lagu ape jadah tuu.. satu lg suke dengo lagu bella raye.. aku ayo yooo
kiah_mai_pulak replied at 6-9-2021 12:49 PM
sama menggeletis kembar dua ekor ni. troye n vida. yihhhhhhh.. troye dh buat ujian kesuburan belum?? ...
RatuDunia94 replied at 6-9-2021 02:54 PM
Boleh pancut ke kalau main ni?
ADVERTISEMENT