Kematian akibat Covid-19 menyebabkan permintaan keranda meningkat, tetapi pengeluarannya berkurangan berikutan kekurangan bahan mentah dan had pekerja yang dikenakan.
China Press melaporkan, walaupun keadaan wabak di Lembah Klang kelihatan bertambah baik, tetapi negeri-negeri lain menunjukkan trend berlainan. Di utara Semenanjung, kekurangan keranda berlaku agak lama walaupun keadaannya bertambah baik sejak akhir Ogos apabila kawalan pergerakan dilonggarkan. Menurut seorang pembuat keranda, walaupun kawalan operasi kilang keranda dilonggarkan, mereka masih memerlukan dua bulan untuk menyiapkan tempahan berbanding satu bulan dalam keadaan biasa.
“Kilang keranda masih berdepan kawalan tertentu termasuk dari segi jumlah pekerja yang dibenarkan bertugas pada satu-satu hari. “Selain itu, kami juga berdepan masalah bekalan kayu kerana sektor tersebut hanya dibenarkan beroperasi semula baru-baru ini. “Sesetengah kayu juga perlu dijemur selama beberapa bulan sebelum boleh digunakan, jadi bekalan telah terjejas,” kata pembuat keranda itu yang menjangkakan penawaran hanya akan kembali normal pada November. Katanya, banyak kilang yang mana pekerja belum menerima vaksinasi penuh hanya dibenarkan mempunyai 60 peratus pekerja bertugas. Menurutnya, kilangnya dalam keadaan biasa boleh menghasilkan 1,500 keranda sebulan, tetapi jumlah itu menurun 50 peratus disebabkan kekangan pekerja dan bekalan bahan mentah. Seorang lagi pengeluar keranda memberitahu, kekurangan itu mempunyai kaitan langsung dengan masalah membabitkan sektor perkayuan. “Walaupun kilang kayu sudah dibenarkan beroperasi, mereka perlu tutup jika terdapat kes dilaporkan. “Keadaan ini akan menjejaskan bekalan kayu kepada syarikat pembuatan keranda,” katanya. Sumber: MalaysiaGazette
|
tumpanglalu74: Bagi je la kerande plastik. Ape masalah?
glump: Kalau mayat tu dibakar sekali dengan keranda ke keranda tu untuk yang di kebumi ..pakai playwood cepat
RatuDunia94 replied at 6-9-2021 02:40 PM
Apa beza mayat cina yg dibakar dan ditanam?
LadyCarefree replied at 6-9-2021 01:22 PM
Kalau bakar, plastic cannotlah.
nononcrux replied at 6-9-2021 02:34 PM
Nak tanye.. cina & india mati covid ni mmg tak umum mcm melayu punya kebumian eh
edayildiz replied at 6-9-2021 02:12 PM
cuba tkr bakar tanpa keranda..bungkus kain putih lapik atas besi cmtu mcm dlm oven tu.. keranda ni m ...
RatuDunia94 replied at 6-9-2021 02:40 PM
Apa beza mayat cina yg dibakar dan ditanam?
LadyCarefree replied at 6-9-2021 05:53 PM
Maksud awak?
Umum macam mana tu? Orang Melayu siapa umum?
nononcrux replied at 7-9-2021 10:04 AM
maksud umum tu, yang diviralkan.. kebanyakan semua perkuburan islam
LadyCarefree replied at 7-9-2021 11:11 AM
Dah melayu yg sibuk viralkan, videokan, etc. Melayu juga majoriti netizen kat msia. Also maybe seb ...
ADVERTISEMENT