Pejam celik, sudah setahun lebih usia Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang diusahakan oleh pelakon Noorkhiriah bersama suaminya, Azfaizul Ahtan.
Badan amal yang memberi bantuan pengurusan jenazah secara percuma itu bermula dengan hanya satu van jenazah yang pada asalnya adalah kenderaan pelbagai guna milik pasangan tersebut. “Bila kenang balik, rasa hendak menangis, seperti mimpi buat semua ini. Bermula dengan borak-borak dengan suami pada Perintah Kawalan Pergerakan 1 (PKP1). “Kemudian, keluarkan duit ASB (Amanah Saham Bumiputera) untuk tukarkan kereta jadi van jenazah, tiba-tiba sudah setahun lebih @pertubuhanamalnurbykhiriah,” tulis pelakon drama Nur itu menerusi Instagramnya semalam.
Dalam pada itu, Noorkhiriah atau nama sebenarnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 42, menjelaskan, pada awalnya dia turut berasa bimbang untuk menggerakkan pertubuhan amal tersebut. Hal ini kerana, pertubuhan tersebut memberikan perkhidmatan menguruskan jenazah bermula daripada kain kafan sehinggalah dibawa ke tanah perkuburan secara percuma.
|
LadyCarefree replied at 6-9-2021 06:17 PM
Alhamdulillah bagus tp kenapa nama pertubuhan siap ada by khiriah? Macam pelik nak promote diri.
oggy: Mudah differentiate dengan persatuan2 lain. Banyak juga nama Persatuan Amal yang aku jumpa.
ADVERTISEMENT