CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dapat Pampasan RM2.2 Juta Sebab Tertukar Sejak Bayi- Berasal Daripada Keluarga Kaya, Tapi Dibesarkan Dalam Keluarga Miskin

7-9-2021 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3195| Komen: 11

Riyadh: Seorang wanita di Arab Saudi menerima pampasan sekurang-kurangnya dua juta riyal (RM2.2 juta) dalam satu kes bayi tertukar di negara itu.

Dia yang tidak sengaja ditukar dengan bayi lain selepas dilahirkan dan dibesarkan oleh keluarga miskin selama lebih tiga dekad.

Middle East Monitor melaporkan, wanita berusia 35 tahun itu sebenarnya berasal daripada keluarga yang kaya.

Menurut akhbar tempatan Al-Watan, ketika kejadian berkenaan, dia dilahirkan di sebuah hospital kerajaan di Makkah.


Gambar Hiasan

Bagaimanapun, seorang jururawat yang memandikan bayi yang baru dilahirkan secara tidak sengaja menyerahkannya kepada ibu yang salah.


Laporan itu menyatakan, wanita itu mula merasakan bahawa dia berbeza daripada keluarganya ketika proses kehidupannya dari masa kecil sehingga meningkat dewasa.

Dia dapat merasakan perbezaan dari segi warna, watak, budaya, pendidikan dan gaya hidup.

Itu mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Wanita itu menjalani ujian berkenaan tidak lama selepas dia berkahwin dengan saudara dari keluarga bukan kandungnya dan melahirkan seorang anak lelaki.

Selepas mengetahui mempunyai hubungan dengan ayahnya, dia melakukan pencarian rekod hospital.

Ia kemudian menunjukkan identiti sebenar saudara kandungnya.

Bagaimanapun, ibu wanita itu sudah meninggal sebelum sempat mengetahui kebenaran mengenai pertukaran bayi itu atau berpeluang bertemu dengannya.

Sehubungan itu, sebuah mahkamah di Makkah memutuskan mustahil untuk menilai skala kesakitan dan kekecewaan yang harus ditanggung oleh kedua ibu bapa dan wanita itu.

Ia kerana mereka kehilangan peluang untuk menikmati hubungan antara ibu bapa dan anak.

Wanita lain yang terbabit dalam pertukaran bayi itu juga diberikan pampasan 1.7 juta riyal (RM1.8 juta) oleh mahkamah di Jeddah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 7-9-2021 11:56 AM
Laporan itu menyatakan, wanita itu mula merasakan bahawa dia berbeza daripada keluarganya ketika proses kehidupannya dari masa kecil sehingga meningkat dewasa.

Dia dapat merasakan perbezaan dari segi warna, watak, budaya, pendidikan dan gaya hidup.


Genetik is a powerful thing.
Quote whimsicalmusic 7-9-2021 12:41 PM
Ni mcm kes kembar tiga hr tu la kn..blh minta pampasan jgk la ni
Quote Mulotkoyak 7-9-2021 03:39 PM
whimsicalmusic: Ni mcm kes kembar tiga hr tu la kn..blh minta pampasan jgk la ni

Melayu xpe... Jji ketemu famili dh cukop huntong...
Quote star_karat 7-9-2021 03:42 PM
Lahir mati kat mekah ni mati masuk sorga kah? Orang sini berebut rebut nak mati kat mekah.
Quote Artemesiaa 7-9-2021 03:44 PM
Untunglah dapat juga imbuhannya ganti kesukaran yang dilalui masa lalu
Quote Firenzza 7-9-2021 07:59 PM
Siapa yg byr pampasan? Sepital ke? Kes budak pompuan kembar x seiras aritu x nk claim jg ke? 2 juta pun dh kira ok klau dpt
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 08:32 PM
Dia dapat merasakan perbezaan dari segi warna, watak, budaya, pendidikan dan gaya hidup.

haaaa ko hadoo? marhaen2 ni bukan kasta aku nehhh haa gitu
dari dalam perut dah merasa benda mahal, sekali kuar kena hidup marhaenah. how comeee?

kan best kalau iol gini. marhaen bela kucing, iol bela rimau
Quote edayildiz 7-9-2021 09:06 PM
kesiannn..korg yg kalau rasa kelainan drp adik badik mohon p buat dna test sblm terlambat..
kesian yg patutnya kaya tp kena jd miskin..kalau i pun xblh terima atas kesilapan org lain kita kena hidup susah..sibaik dpt pampasan
Quote missus_meow 7-9-2021 09:14 PM
dia dapat rasa diri dia berbeza ... famili yg bela dia dari kecik, esp maknya tak rasa ape2 kelainanke?
Quote kay781 8-9-2021 01:14 AM
While in Malaysia ....

Tak silap aku few months ago ada 2 kes tertukar baby kan, dah hidup bertahun-tahun dengan family asing lepas tuh baru terbongkar
Quote kay781 8-9-2021 01:17 AM
dua_chzy replied at 7-9-2021 11:56 AM
Genetik is a powerful thing.

Yeahh.. genetik dalam body ingat asal usul keturunan..sebab tu bagi aku istilah baby macam kain putih bersih suci tak boleh pakai sangat

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.054241 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top