CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

PU Amin Berperang Dengan Anti-Vaksin Sebab Kongsi Sijil Vaksin Zaman Kerajaan Uthmaniah

7-9-2021 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3614| Komen: 7

Tindakan pendakwah pencetus ummah (PU) Amin berkongsi sijil vaksin zaman kerajaan Uthmaniah menerima pelbagai reaksi netizen yang segelintirnya menganggap pendapat itu sebagai tidak relevan pada situasi sekarang.


Tampil menjelaskan perkara tersebut, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, 30, berkata, apa yang dilakukan itu hanya untuk memberi gambaran betapa pentingnya pengambilan vaksin atau bahan pelali bagi membendung penularan sesuatu wabak.


Foto: IG

"Kalau tengok pada post yang saya kongsi tu saya nak menunjukkan sebenarnya bahawa pengambilan vaksin ataupun rawatan mencegah wabak menggunakan vaksin telah diamalkan sejak 1900 masihi.

"Masa tu pun penciptaan vaksin telah wujud. Ini adalah hak saya untuk bercerita manfaat vaksin, saya tak kata vaksin tu menyembuhkan, yang menyembuhkan Allah.


"Tapi kita bercerita pasal manfaat vaksin tu hak kita la, sama macam mereka bercerita tentang darurat vaksin," katanya kepada mStar.



Sebelum itu, netizen mempertikaikan perkongsian PU Amin pada Ahad dengan menyifatkan tidak adil untuk menyamakan vaksin di zaman tersebut dengan vaksin Covid-19 pada ketika ini.

Sementara itu, PU Amin meluahkan rasa kesal dan kasihan kepada mereka yang menolak suntikan vaksin terutama yang terpengaruh dengan berita tidak sahih.



"Sebenarnya anti vaksin dan yang ragu-ragu dengan vaksin ini kasihan sebab terpengaruh dan banyak mendengar berita-berita yang tak tepat.

"Contohnya daripada orang yang tafsir mimpi atau daripada mesej yang disebar tiada asas.

“Tak nak ambil awak punya masalah, tapi jangan hasut orang, jangan cerita ini dajjal... ini fitnah,” katanya.

Selain itu, PU Amin juga isu mengatakan terdapat sumber haram dalam vaksin adalah tidak berasas berikutan ia hanya pendapat daripada pihak luar yang tidak tahu kesahihannya.



Malah, dia turut menolak dakwaan pengambilan vaksin disamakan dengan menolak amalan makanan sunnah Rasulullah.

"Vaksin memang tak boleh mencegah seratus peratus tapi ia menjadi pelindung kita pada waktu ini, mungkin pada masa akan datang kalau kena cucuk lagi kita cucuk je la.

"Tidak ada pihak yang berautoriti seperti Jakim, hub halal, pengkaji ubat halal haram yang mengatakan ada benda yang haram dalam vaksin.




"Kalau ada pun datang daripada persepsi atau pandangan pihak tertentu yang bukan daripada pihak autoriti.

"Ada yang kata kalau kita ambil vaksin kita menolak amalan sunnah. Tidak juga, saya sendiri makan makanan sunnah, makan madu, makan habatus saudah, minyak zaitun dan tetap ambil vaksin," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 7-9-2021 12:38 PM
Nenek rit x mau caounter attack kerr
Quote jargon 7-9-2021 03:39 PM
Sohai skali
Quote husna_amal 7-9-2021 04:09 PM
Cantik gigi keluarga PU Amin ni.
Quote LadyCarefree 7-9-2021 06:39 PM
Nampak comel bini dan anak2 dia.
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 08:33 PM
haaaa acanerrrr tu
Quote Mini.Me 7-9-2021 10:01 PM
Pu amin hensem manis gini relax je setia...tapi pu daie yg muka jamban tak siap tu kemain buang bini 1st
Quote sukabacaje 8-9-2021 04:03 PM
semua lah nak kait yahudi. tak tau yahudi pun makan haiwan sembelih. ko tak nak ikut yahudi ko pegilah makan ayam potong leher.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.122012 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top