Demi sekeping gambar selfie, kadangkala seseorang mampu bertindak di luar batasan akal termasuklah meletakkan diri sendiri dalam situasi penuh risiko.
Malangnya bagi wanita yang ibarat menempah ajal sendiri. Difahamkan ketika itu, dia bersama beberapa rakan lain kalut pergi ke atas landasan untuk menangkap gambar secepatnya tanpa menyedari ada kereta api sedang bergerak laju. Saat orang sekitar sudah memberi amaran agar mereka menjauhi tempat berkenaan, salah seorang daripada mereka terjatuh dan gagal melarikan diri.
Tidak sempat berhenti mengejut, kereta api terus melalui landasan dengan laju membuatkan wanita malang berkenaan meninggal dalam keadaan yang cukup menyayat hati. Menurut laporan tempatan, jasadnya dikeluarkan warga setempat manakala portal News Okezone melaporkan dia tidak dapat diselamatkan walaupun sudah mendapatkan rawatan susulan. Menurut salah seorang warga pengurusan stesen terbabit, sejak dahulu lagi ada orang luar yang degil menceroboh landasan untuk aktiviti bergambar sedemikian rupa walau amaran sering dikeluarkan. Dimaklumkan bahawa individu yang masuk ke kawasan rel kereta api boleh berdepan hukuman penjara tiga bulan atau denda sekitar RM5,000 sekiranya sabit kesalahan. Sumber: Kisah Dunia
|
ninjago replied at 7-9-2021 03:41 PM
yg rel keretapi kuala kangsar yg org duk sakan selfie tu pun still in-use ke tak eh?
risau tgk.. ...
aderaderker replied at 7-9-2021 08:08 PM
Klu : portal news okezone.
ChildrenOfBodom replied at 7-9-2021 03:48 PM
Whoever wrote this piece of shit article should seriously consider another career. Reporter haramjad ...
ADVERTISEMENT